Salam Ukhwah.
Post kali ini bukanlah satu post yang penting mana pun, Kerana sahaja ingin berkongsi cerita dan apa yang sedang aku alami sekarang ini.
Begini, perkenalan aku dengan partner aku. Menjadikan aku melayan kebanyakan drama-drama television sekarang. Pada waktu sebelum, aku bukanlah seorang yang mengikuti drama-drama tv. Lebih suka menonton movie. Yang tiada berepisod.
Bagi aku, apabila kita menonton drama tv, dan telah mengikuti beberapa episod. Pasti akan terjadi, kita terikat dengan drama-drama tersebut. Ini kerana ingin mengetahui lebih lanjut apa yang akan terjadi seterusnya.
Pada waktu aku menulis blog ini. Antara drama yang sedang ditayangkan dan menjadi ikutan penonton dan menjadi viral di alam maya, dan aku mengikuti drama tersebut. Antaranya adalah, Andainya takdir, Semusim Rindu dan lain2. Kenapa aku meletakan dua drama ini sahaja? Kerana dua drama ini sahaja yang menarik minat aku untuk terus menonton.
ANDAINYA TAKDIR.
sedikit sinopsis tentang drama ini, aku sekadar berkongsi sahaja,
Drama ini mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita bernama Fatihah, yang cuba mempertahankan rumah tangganya bersama Airil. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri bernama Aleeya. Kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil. Bukan itu saja, Fatihah juga sering dipukul.
Fatihah yakin dia mampu bertahan dengan sikap suaminya itu hanya kerana Aleeya. Kesengsaraan Fatihah bukan hanya kerana suaminya saja, tetapi ibu mertuanya Normah, seorang yang keras kepala, suka menghasut dan berprasangka buruk terhadap Fatihah. Normah sememangnya tidak disenangi oleh orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat.
Fatihah tidak terlepas menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang oleh Normah. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya dan perkara itu membuat Fatihah berasa terpinggir.
Tidak kurang penderitaannya, Fatihah juga mempunyai adik iparnya Norlin, seorang yang obses kepada kanak-kanak. Dia amat mencemburui kecantikan Fatihah dan rezeki Fatihah kerana mempunyai zuriat. Seperti ibunya, Norlin juga bermulut jahat dan suka menghasut.
Walaupun Airil panas baran dan sering memukul Fatihah, jauh disudut hati dia amat menyayangi Fatihah. Tetapi dia tidak tahan dengan sikap cemburu butanya. Kerana sayangnya pada Fatihah, Airil cuba mengubah sikapnya.
Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni? Saksikan drama menarik ini di saluran Samarinda TV3.
Dan satu lagi drama yang aku ikuti setiap hari:
SEMUSIM RINDU
Drama ini mengisahkan tentang Hajar Adira (Intan Ladyana) yang telah kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun lagi, sejak itu dia tinggal bersama-sama dengan ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Oleh kerana tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilaluinya selama 5 tahun, Hajar telah nekad untuk melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar telah hilang punca tanpa mengetahui arah yang perlu dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan pasangan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.
Muncul pula Ikhman (Ben Amir), lelaki yang amat suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun disebabkan keegoannya yang tinggi telah menjadi penghalang untuknya berterus-terang. Pertemuaan diantara mereka itu juga telah membuka jalan untuk Hajar bertemu semula dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun untuk mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.
Hajar dan Ikhman pula telah setuju untuk disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka telah berlangsung dengan syarat, yang mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin.
Sekian, jom layan Drama.
#dramasangat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan