Rabu, 12 Julai 2017

Cate N Coco

Assalammualaikum, Salam 12 Syawal.

Pagi tadi, sahabat aku telah datang ke rumah, dengan tujuan membawa Cate dan Coco ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sebenarnya keduanya adalah haiwan peliharaan kami. 

Berkenalan dulu dengan mereka berdua,



Cate, kucing pertama yang sahabat aku bawa ke rumah aku, tujuannya menemani dia bila dia balik ke rumah untuk membuat kerja part time kami, membuat kek apabila aku tiada di rumah (bekerja), jantina betina, dan agak nakal juga, suka bermain, tak silap aku telah dua bulan dia bersama aku. Kenakalan dia ini, kadang-kadang boleh buat aku naik hangin. aku juga suka melayan karenah dia, manakan tidak, kebanyakan masa aku hanya bersendirian di rumah. Dan dia lah peneman aku.

Tetapi sejak kedatangan Coco selama seminggu ini, Cate agak kurang bermanja dengan aku. Kalau tidak, pantang aku berbaring menonton tv, pasti baring di dada dan menggigit dan menjilat-jilat.

Coco pula baru sahaja seminggu bersama aku. Kebetulan aku bersama sahabat aku dan ibu aku pergi berjalan ke rumah makcik aku. Dan kitten (Coco) hanya seeokor sahaja yang mampu hidup dan bertahan, kerana ibunya tidak pandai mengasuh anak. Empat ekor mati begitu sahaja.

Aku perhatikan sahabat aku, seperti berminat dengan Coco. Aku pun bertanya, adakah dia menginginkan kucing tersebut. Sekadar senyum yang menampakan dia seolah-olah rasa ingin tetapi malu untuk meluahkan. Dan akhirnya aku bertanyakan kepada makcik aku samada boleh atau tidak aku membawa pulang kitten tersebut, dan jawapan positive. Terpancarlah seri muka sahabat akau itu.


Lupa pula aku nak cerita, bagaimana kehadiran Cate, merupakan anak kucing terbiar yang berada di berek sahabat aku. Sahabat aku bertanyakan kepada aku, samada boleh atau tidak dia membawa pulang kucing tersebut ke rumah kami. Aku membenarkan sahaja, sebab memang aku gemarkan kucing dan aku juga tahu sahabat aku ini juga sukakan kucing.

Ingin dijadikan cerita, Cate merupakan kucing liar yang diambil untuk dijadikan peliharaan, jadi berkemungkinan berpenyakit itu besar, masalah Cate adalah masalah kutu. Memang penuh kutu. Dan kehadiran Coco pula menjadikan perkara tersebut lebih rumit, kerana Coco kucing rumah yang dibela. Masalah kutu tersebut berjangkit ke Coco. Dan jumlah kutu yang ada agak besar.

Jadinya, hari ini sahabat aku membuat keputusan membawa mereka ke Jabatan Veterinar untuk diberikan rawatan. Aku harap masalah kutu tersebut selesai, Petang nanti aku perlu mandikan keduanya. Mengikut pegawai veterinar itu, aku perlu mandikan terus apabila sampai ke rumah. Tetapi aku bekerja dan sahabat dapat panggilan untuk masuk kerja. Jadi itu sahaja story untuk hari ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...