Rabu, 27 September 2017

11 September.


genap umur aku 36 tahun, masih lagi membujang. Bila agaknya Rezeki aku untuk berumahtangga akan tiba.

Post ini aku ingin mengucapkan terima kasih buat sahabat aku kerana melakukan kejutan buat aku. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga.



Di sini, aku inginmemohon kemaafan andai sahabat mu ini:
  1. sering menyakiti hati,
  2. sering melukakan,
  3. sering lepas percakapan,
  4. dan lain-lain.




Aku juga ingin menyatakan, bahawa tidak ada sahabat terbaik yang aku pernah jumpa selain kau. Aku cuba menjadi seorang sahabat yang baik dan seorang rakan kongsi yang sentiasa bersama menaikan lagi apa yang kita lakukan.

alahai, aku bukan mat jiwang nak bagi ayat-ayat manis. tidak pandai aku.

 
 

Kisah Kitchen Tisue

Tidak silap aku kisah ini terjadi dalam tahun lepas. Semasa aku dan partner biz aku (ejam) pergi ke satu pasaraya untuk membeli beberapa perkakasan membuat kek yang telah habis.


Begini, pada hari itu antara barang keperluan yang perlu dibeli adalah tisu dapur. Pada mulanya, kami berdua memilih dan berbincang tisu mana yang ingin dibeli, biasanya kami akan mengambil kira harga tisu-tisu tersebut.

Setelah selesai memilih dan mendapat kata muktamad dan persetujuan, kami membawa hala memasing, mencari keperluan diri memasing. Pada masa itu aku sedang memilih dan mencari mana satu shampoo yang terbaik.

Tiba-tiba aku terpandang semula ke tempat tisu tadi, dan sahabat aku itu ada di situ. dan dalam keadaan muka berkerut (confius)  dalam hati aku:
"dah kenapa?"
aku menuju ke beliau dan bertanyakan prihal masalah beliau.

Dia menerangkan, 
"Di packing  ni menyatakan ada 6 gulung tisu dan dua percuma", ujarnya
"haah lah, ada dua percuma siap dalam packing", terang aku.
"habis tu mana lagi dua?", tanya beliau dengan muka yang berkerut.
aku pun mengira tisu tersebut di hadapan beliau, genap lapan gulung.
"kenapa ko kira cukup, aku kira tak cukup dua", tambah beliau.
"ko dah kenapa?", tanya aku.
aku pun tak tahu, macam mana dia kira boleh dapat 6 gulung sahaja, tidak cukup 8 gulung. Nasib baik dia tidak pergi ke kaunter pertanyaan dan bertanya:
"mana lagi dua gulung?",

berdekah kami ketawa  dengan ke"sengal"an beliau di situ.

#angingila dah sampai. macam-macam perangai
sahabat aku itu.

Tentatif Ke Kuala Terengganu

Assalammualaikum dan salam sejahtera, salam mauafakat Johor.

Semalam aku ada bercerita tentang aku membuat kelas di Terengganu. Seramai empat orang pelajar yang telah menyertai kelas aku itu. Bolehlah, kerana baru sahaj aberjinak-jinak ingin mengadakan kelas. Walaupun apa yang aku ada tidak seberapa banyaknya.

di rumah saudara partner biz aku.

Post  kali ini, aku sahaja ingin bercerita perjalanan aku ke sana dan apa yang aku lakukan di sana. Sebenarnya pada hari kahmis (hari bertolak) aku masih lagi bekerja. Dan pada ketika itu, kerja-kerja di pejabat amat banyak sehinggakan aku tidak tahu bagaimana ingin menyiapkan kerja tersebut dengan kadar segera. Due Date adalah hari khamis itu juga.

tu dia, teh ais ombak kasih, kedai makan kak ros

Berkejaran juga aku ingin menyiapkan kerja-kerja itu. Kerja ersebut sebenarnya kerja berpasukan, dan  ada yang terlalu lama menyiapkan satu task tersebut, dan aku merupkan orang yang seterusnya dalam carta kerja tersebut.

Tapi, alhamdulillah kerja tersebut selesai.

sarapan bersama

Bergegas aku pulang ke rumah mengemas barang-barang keperluan kelas dan pakaian yang ingin aku bawa pada hari tersebut. Dan keletihan yang teramat, usah ditanya. Selesai mengemas semua keperluan, terbaring aku di atas katil ingin menghilangkan lelah. Terlelap juga sebenarnya.

Kampung Atas Tol

Kekadang di dalam hati, terdetik dan berkata juga. semuanya aku kena settelkan sendiri ke? 
"hahahhaahah......."
biasalah kalau dah penat, semua benda pun ada rasa nak marah.

Tidak mengapalah, aku cuba menjadi seikhlasnya. kerana ada kebaikan di situ.

Jam 10.30 aku menaiki bas menuju ke Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa dalm tempoh 6 jam. Tiba di Kuala terengganu dalam jam 5.30 pagi pada hari itu. tiba pada hari Jumaat. Setibanya di rumah, kami berehat sebentar sebelum pergi solat Jumaat dan terus bersiap untuk kelas.

Kesokan harinya, Sabtu. kami menyiapkan satu set kek perkahwinan. Yang telah di tempah oleh sepeupu sahabat aku. Dan terus sahaja ke Majlis perkahwinan.

Apa yang seronoknya, dalam keletihan itu. Kami telah pun menuju ke Empangan Kenyir. Kerana kawasan tersebut tidak jauh dari rumah majlis perkahwinan itu.










 


Selasa, 26 September 2017

Koleksi Kek Perkahwinan.

Saja, aku ingin kongsikan hasil kek perkhawinan yang kami Polies Cake telah hasilkan selama setahun lebih ini.

Alhamdulillah, ada yang mempercayai kami dan membuat tempahan dengan kami. Sekadar share gambar-gambar sahaja.












Kelas Polies Cake.

Assalammualaikum, lama x update  blog kesayangan ini. Masih ada pengikut atau tidak? aku tidak pasti. Tidak mengapalah, aku sekadar suka-suka sahaja di dunia blog ni.

Minggu lepas, hari Jumaat, aku telah pergi ke Kuala Terengganu, kerana ada yang inginkan kami mengadakan dan mengajar cara-cara menghias kek.

Kelas bermula jam 3petang sehingga siap. Ambil masa yang agak panjang kerana kelas tamat dalam jam 10 malam. Agak keletihan juga, rata-rata mereka ini tiada basic untuk menghias kek, oleh itu mengambil masa yang agak panjang.

Aku sebenarnya tidak berpuas hati juga, manakan tidak. Pelajar-pelajar masih lagi tidak mampu bersendiri untuk membuat bunga dari buttercream.  

mungkin sekadar itu sahaja yang aku boleh update. Sebab tiada yang menarik hanya aku mengajar org sahaja.
"hahahaha.........."










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...