Tidak silap aku kisah ini terjadi dalam tahun lepas. Semasa aku dan partner biz aku (ejam) pergi ke satu pasaraya untuk membeli beberapa perkakasan membuat kek yang telah habis.
Begini, pada hari itu antara barang keperluan yang perlu dibeli adalah tisu dapur. Pada mulanya, kami berdua memilih dan berbincang tisu mana yang ingin dibeli, biasanya kami akan mengambil kira harga tisu-tisu tersebut.
Setelah selesai memilih dan mendapat kata muktamad dan persetujuan, kami membawa hala memasing, mencari keperluan diri memasing. Pada masa itu aku sedang memilih dan mencari mana satu shampoo yang terbaik.
Tiba-tiba aku terpandang semula ke tempat tisu tadi, dan sahabat aku itu ada di situ. dan dalam keadaan muka berkerut (confius) dalam hati aku:
"dah kenapa?"
aku menuju ke beliau dan bertanyakan prihal masalah beliau.
Dia menerangkan,
"Di packing ni menyatakan ada 6 gulung tisu dan dua percuma", ujarnya
"haah lah, ada dua percuma siap dalam packing", terang aku.
"habis tu mana lagi dua?", tanya beliau dengan muka yang berkerut.
aku pun mengira tisu tersebut di hadapan beliau, genap lapan gulung.
"kenapa ko kira cukup, aku kira tak cukup dua", tambah beliau.
"ko dah kenapa?", tanya aku.
aku pun tak tahu, macam mana dia kira boleh dapat 6 gulung sahaja, tidak cukup 8 gulung. Nasib baik dia tidak pergi ke kaunter pertanyaan dan bertanya:
"mana lagi dua gulung?",
berdekah kami ketawa dengan ke"sengal"an beliau di situ.
#angingila dah sampai. macam-macam perangai
sahabat aku itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan