Assalammualaikum dan salam sejahtera, salam mauafakat Johor.
Semalam aku ada bercerita tentang aku membuat kelas di Terengganu. Seramai empat orang pelajar yang telah menyertai kelas aku itu. Bolehlah, kerana baru sahaj aberjinak-jinak ingin mengadakan kelas. Walaupun apa yang aku ada tidak seberapa banyaknya.
di rumah saudara partner biz aku. |
Post kali ini, aku sahaja ingin bercerita perjalanan aku ke sana dan apa yang aku lakukan di sana. Sebenarnya pada hari kahmis (hari bertolak) aku masih lagi bekerja. Dan pada ketika itu, kerja-kerja di pejabat amat banyak sehinggakan aku tidak tahu bagaimana ingin menyiapkan kerja tersebut dengan kadar segera. Due Date adalah hari khamis itu juga.
tu dia, teh ais ombak kasih, kedai makan kak ros |
Berkejaran juga aku ingin menyiapkan kerja-kerja itu. Kerja ersebut sebenarnya kerja berpasukan, dan ada yang terlalu lama menyiapkan satu task tersebut, dan aku merupkan orang yang seterusnya dalam carta kerja tersebut.
Tapi, alhamdulillah kerja tersebut selesai.
sarapan bersama |
Bergegas aku pulang ke rumah mengemas barang-barang keperluan kelas dan pakaian yang ingin aku bawa pada hari tersebut. Dan keletihan yang teramat, usah ditanya. Selesai mengemas semua keperluan, terbaring aku di atas katil ingin menghilangkan lelah. Terlelap juga sebenarnya.
Kampung Atas Tol |
Kekadang di dalam hati, terdetik dan berkata juga. semuanya aku kena settelkan sendiri ke?
"hahahhaahah......."
biasalah kalau dah penat, semua benda pun ada rasa nak marah.
Tidak mengapalah, aku cuba menjadi seikhlasnya. kerana ada kebaikan di situ.
Jam 10.30 aku menaiki bas menuju ke Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa dalm tempoh 6 jam. Tiba di Kuala terengganu dalam jam 5.30 pagi pada hari itu. tiba pada hari Jumaat. Setibanya di rumah, kami berehat sebentar sebelum pergi solat Jumaat dan terus bersiap untuk kelas.
Kesokan harinya, Sabtu. kami menyiapkan satu set kek perkahwinan. Yang telah di tempah oleh sepeupu sahabat aku. Dan terus sahaja ke Majlis perkahwinan.
Apa yang seronoknya, dalam keletihan itu. Kami telah pun menuju ke Empangan Kenyir. Kerana kawasan tersebut tidak jauh dari rumah majlis perkahwinan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan