Assalammualaikum dan Salam Muafakat Johor.
Masih tidak lewat lagi rasanya untuk aku menyampaikan ucapan
"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2018"
Aku masih lagi belum fikir apa azam untuk tahun 2018 ini,
"hahahaha......",
Seharusnya aku fikirkan sebelum masuk tahun baru,
"betul tidak?",
Abaikan, post kali ini aku ingin share tentang segelintir orang yang memang memerlukan bantuan atau sekadar mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain?
Tidak berapa nak bijak aku untuk menilainya.
Begini ceritanya,
Situasi 1:
Aku ada berkenalan dan berkawan dengan seseorang yang berasal dari johor juga, perkenalan kami bermula di satu buah kelas, dan membawa ke beberapa ketika dengan menghubungi melalui teks (whats app) dan beberapa kali dia telah datang ke Segamat untuk bertemu dan lepak bersama aku.
Aku juga ada beberapa kali datang ke rumah beliau, memandangkan aku telah menganggap dia sebagai seorang sahabat, mungkin dia berfikir begitu juga.
Susah senang beliau ada juga aku ketahui, ada beberapa masalah yang beliau hadapi termasuk berhutang dengan beberapa orang Ah Long. Dan sering kali beliau menunjukan teks dari pemberi hutang kepada dia. Terasa kasihan juga pada awalnya.
Setelah beberapa ketika berkawan dan bersahabat, dia berani bersuarakan permintaan, bertanyakan kepada aku sama ada aku boleh memberikan pinjaman kepada dia dan dia telah berjanji untuk membayarnya kembali dalam beberapa hari selepas. Mungkin telah lama kenal, aku memberikan pinjaman tersebut. Sekadar ratus sahaja nilainya. Beberapa bulan kemudian, dia menghubungi aku untuk membuat pinjaman lagi, kali ini pinjaman dia berjumplah rm3000 dan berjanji bahawa akan membayarnya dalam tembpoh seminggu.
Pinjaman kali kedua ini, tidak aku berikan kerana, pinjaman yang pertama berjumlah RM400 masih lagi belum dia langsaikan. Walaupun telah berjanji akan membayarnya dalam beberapa hari.
Dah hampir setahun berlalu, bayang RM400 masih juga aku tidak nampak. Dan hubungan melalui call dan whats app, juga terhenti.
Situasi 2:
Seorang ini aku berkenalan hanya di dalam instagram. tidak pernah bual melalui dm atau lain-lain media.
Tiba-tiba aku mendapat teks dari beliau menyatakan ingin membuat pinjaman, dan beliau menyatakan juga apa permasalahan yang sedang beliau hadapi.
Meminta bantuan RM100 untuk membeli susu anak yang telah kehabisan. Aku tidak memberikan pinjaman tersebut kerana ada beberapa dokumen yang aku minta tidak diberikan.
Situasi 3:
Pertama kali berjumpa setelah tiga tahun bersahabat di instagram.
Sepanjang beliau di Segamat, aku tidak berkira untuk belanja makan minum dia ketika bersama aku. Kerana bagi aku dia tetamu aku walaupun dia tidak bermalam di rumah.
Sepemergian dia sehari selepas, beliau menghantar teks menyatakan ingin membuat pinjaman daripada aku dengan sejumlah wang yang sememangnya aku mampu untuk berikan. Tetapi aku berfikir, adakah dia akan membayar kembali atau tidak?
Apa yang ingin aku keliru sekarang ini adalah,
Individu yang berada di situasi 1 dan 2.
Adakah dia tidak berasa malu? Menagapa aku cakap begitu?
Setiap kali mereka post di instagram. Seperti orang-orang yang punya banyak duit dan besar kewangannya. Pergi bercuti, makan dengan makanan yang mahal dan lain-lain.
Tetapi hutang masih lagi tidak dilunaskan.
Sedangkan orang yang memberi pinjaman hanya makan maggie sahaja.
MACAM MANA TU?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan