Aku pernah bercerita tentang BFF HIKER, dan bagaimana kewujudan group tersebut, perkenalan aku dengan Ayong. Sebenarnya aku hanya bercerita tentang ayong sahaja. Nanti aku akan bercerita tentang lebih lanjut tentang perkenalan aku dengan mereka seorang demi seorang.
Merupakan bukit pertama yang kami tawan setelah wujudnya group BFF HIker. Ayong orang yang bertanggung jawab dalam penglibatan kami dan trip mendaki ini. Perancangan tidak teliti, boleh dikatakan last minute kerana tetiba sahaja mereka terus cakap pendakian bukit ini adalah confirm.
Sebenarnya lokasi Bukit Manis ini tidak jauh dari Bandar Segamat, Mengambil masa dalam setengah perjalanan sahaja.
Seawal jam 7.00 pagi, kami telah berkumpul di Felda Pemanis, Segamat. Menanti persediaan guide yang akan membawa kami naik ke puncak bukit serta menanti tiba peserta-peserta lain yang telah berdaftar untuk menyertai trip tersebut.
Jam 8.00 pagi, bermula expidisi pada hari tersebut, kami bergerak menaiki kenderaan masing-masing menuju ke tapak meletak kenderaan yang merupakan kawasan kebun kelapa sawit peserta felda tersebut.
Setelah semua bersedia dan telah meletakan kenderaan masing-masing dan merasakan kenderaan mereka selamat diletakkan di kawasan tersebut. Kami mula mendaki bukit tersebut. Hanya beberapa meter sahaja dari kawasan meletakkan kenderaan.
Mengambil masa tidak lama untuk tiba ke puncak bukit, kerana ketinggian hanya dalam 300 meter lebih sahaja dari aras laut. Tetapi seperti pendaki-pendaki yang biasa mendaki gunung.
"Setiap gunung dan bukit punya cerita dan tahap kesukaran tersendiri, di situ lah pendaki akan menerima pengalaman dan pembelajaran",
Aku share sedikit gambar di sini, selebihnya aku akan sediakan link nanti, kerana gambar tersebut belum lagi aku upload ke dalam page facebook aku.
Tidak banyak yang dapat aku ceritakan kerana, perkara dah lama berlalu. Mungkin apabila aku dapat mengingatinya aku akan update cerita tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan