Sabtu, 1 Ogos 2009

KeaDAan

huh, tak tau lah apa nak jadi dengan dunia sekarang ni, bermacam2 yang berlaku, dari pelbagai segi kita sedang alami sekarang, contohnya: peperangan, kesihatan, politik alam sekitar dan macam2 lagi,
sekarang, berlakunya keadaan yang tidak menyenangkan kita, pertamanya jerebu, yang mana telah pun berlarutan beberapa hari sejak beberapa bulan kebelangan ini, apa kah puncanya, pembakaran terbuka dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil jalan mudah untuk membersihkan sesuatu kawasan untuk pembangunan mahupun pertanian, dan kita yang tidak berkaitan secara langsung menjadi mangsa keadaan, dengan melibatkan kesihatan kita sendiri, di mana kah kesedaran mereka untuk melindungi dan memelihara alam sekitar, merupakan tanggungjawab dan kewajipan kita untuk menjaganya....kerana kita telah diberi tanggungjawab tersebut sabagai khalifah di muka bumi ini, akibat dari ketamakn manusia apa yang telah kita lakukan,
keduanya peperangan yang melibatkan etnik2 di dunia, hermmmm.......berlakunya perebutan kawasan lah dan sebagainya, perkara ni pun sejak dari dulu pun telah berlaku, untuk meluaskan empayar, tapi ada tempat-tempat yang melakukan peperangan ni pun untuk menegakkan keadilan......tapi cuba kita bersatu........
keamanan juga tidak boleh kelihatan lagi, di mana berlakunya keganasan, kadang-kadang aku tak faham, aku dulu pun sekolah agama juga, tapi tak lah alim sangat pun, di dalam islam misalnya, kita digalakkan mengadakan rundingan secara damai, tu yang pertama lah, tetapi manusia di zaman ini terlalu ego hanya ingin menegakkan konsep dan pendirian diri sendiri sahaja tanpa memikirkan kesannya, yang hanya menguntungkan pihak2 tertentu sahaja, dan di dalam islam juga tidak dibenarkan membunuh kanak-kanak dan para wanita, juga org yang berada dalam rumah ibadah dan org2 yang tidak berkeupayaan, tapi apa yang berlaku sekarang, merekalah org utama yang menjadi mangsa keganasan, betul ker perjuangan tersebut berlandaskan islam,
politik sekarang begitu juga, tak faham......walhal semua boleh dibincangkan secara baik, mengapa terjadinya pertengkaran dan caci mencaci, hermmmm...... biarlah sesungguhnya mereka lebih mengetahui apa yang mereka lakukan, entah lah....asalkan jangan jadikan negara yang aku sayang sangat ni menjadi porak peranda sudah.......tapi tu aku tgok dalam satu keluarga yang mempunyai perbezaan parti pun boleh bertekak dan bergaduh....hermmm...betul ker apa yang mereka lakukan? entah......
lagi satu yang semakin parah sekarang ni, dan Malaysia telah pun mempunyaio beberapa kes kematian akibat wabak tersebut, H1N1, ada khabar angin yang mengatakan wabak ini sengaja di cipta oleh pihak tertentu untuk menarik keuntungan, betul ker..... may be kot, sebab zaman sekarang ni mana ada keperimanusiaan, hanya peri keewangan sahaja yang ada dalam hati lalu menjadikan mereka2 ini berperi kebinatangan, boleh ker cakap macam tu.....sebab otak hanya pikir kocek sendiri jer...... macam binatang lah juga yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa mengira apa yang akan berlaku pada org lain.........entah lah........
lastly.....minta maaf jika aku telah menyinggung pihak2 tertentu dan menyatakan perkara yang salah...............

Jumaat, 31 Julai 2009

BisMiLLaHirRahMaNirRahiM


di sini aku nak berkongsi ilmu, apa fadhilat yang kita dapat dengan membaca bismillah:-



  • Allah akan memerintahkan malaikat mencatat amal manusia yang membaca nya sebanyak 400 kebaikan.

  • membacanya sebanyak 21 kali ketika hendak tidur akan aman dari syaitan, kecurian, maut mendadak dan bala.

  • membacanya ketika mahu jimak akan melahirkan anak yangh cerdas, terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh, dan kebajukannya pula sejumlah tarikan nafas anaknya itu,

  • membacanya sebanyak 41 kali pada telinga orang yang pengsan boleh menyedarkannya kembali.

  • membaca sebanyak 313 kali beserta selawat sebanyak100 kali pada hari ahad saat matahari terbit dengan menghadap kiblat, insyaallah diberikan rezeki yang tidak diduga.

  • membaca 386 kali dan ditiupkan pada air, lalu diberikan kepada org yang bebal selama tujuh hari, insyaallah lenyaplah kebebalannya.....

  • membaca 50 kali pada org yang zalim, akan tunduklah dan takutlah org yang zalim itu.

begitulah fadhilatnya, yang penting, kita sebagai manusia hendaklah menurut perintahnya dan jangan sesekali kita melakukan amalan dengan niat balasan, dan beramal lah dengan seikhlas mungkin, sesungguhnya Dia lebih mengetahui..........

FloRia


to all my friend, please welcome to Putrajaya, kerana terdapatnya satu pesta flora yang diadakan setiap tahun, dan ia kembali pada tahun ini pada 1 hingga 8 ogos, saksikan lah pemeran bunga yang berjenis-jenis, hahahaha.......promote plak, mesti lah rakyat malaysia yang sayangkan negaranya, huhuhuhu....... tapi cuma yang berminat pada bunga-bunga jer.....mat bunga? ermmmm minat ker.......bekan mat bunga tu pencinta wanita.....minat ke bunga ni, cuma mengayat awekz sahaja rasanya........tapi kalau nak dating kat sini pun tak best gak, ramai sangat org, so aku hari ni dah pun berada di putrajaya dan ingin menyaksikan keindahan ciptaan Allah untuk hamba2 nya untuk mensyukuri segala nikmatnya yang diberikan kepada kita.......

Khamis, 30 Julai 2009

alHaMDuLiLLaH






alhamdulillah, syukur kepada NYA, kerana rezekinya aku mampu memiliki barang2 yang aku idamkan, tak tergambar gembira di hati kerana apa yang aku ingin kan aku berjaya miliki......ermmmm xcited sangat sampai ulang dua kali, huhuhu..... aku kumpul sikit-sikit beli barang2 ni, dan meminta izin dulu pada mak aku sama ada dia bagi tak aku bazirkan duit nak beli barang ni, dan tanya kan pendapat sayang aku sama ada dia pun setuju atau tidak, kedua-dua nya membenarkan.....so aku pun beli lah.........

pertamanya, aku miliki lap top aku sendiri, wah......gembira nye.......dah lama aku nanti kan bila agaknya aku dapat membelinya.........haha.....dan aku dah masuk internet kat umah aku........

kedua, aku beli handphone ni, hahahaha lagi skali, gumbira hati beta...............perabiskan duit.......macam tu plak kan......hermmmmm

last, camera......dah lama aku nantikan, cemburu tgok kawan aku tu beli camera dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...