Khamis, 8 Oktober 2009

HaRi Raya i




tak nampak org lain bila dah makan




macam biasa hari raya pertama masa bersama keluarga tercinta, selepas sembahyang sunat aidilfitri, kami melawat pusara ayah tercinta, kemudian kami pulang ke rumah untuk makan juadah di pagi raya, seperti: ketupat, rendang dan sebagainya.... kalau semua nak tulis jenuh bro....tetapi biasa nya aku tak makan sangat ketupat ni, kerana perut aku bermasalah sikit, terpaksa memilih sikit bila nak makan makanan yang berempah......



di rumah nenek




seterusnya kami akan bermaaf-maafan, tradisi turun menurun, tetapi selepas itu, kebiasaannya dibuat semula, tetapi nasib baik lah adik beradik aku ni tak berapa nak ambil hati, sebab masing-masing mulut macam celaka, laser.... hahahaha...... termasuk aku, kekadang tu orang akan pelik bila datang umah aku, kami ni bergaduh/bertekak atau pun apa...... dah cerita lain pula.......


selepas itu, kami akan pergi ke rumah nenek, tak lah jauh sangat, hanya ambil masa setengah jam sahaja, kampung ibu aku, di langa, muar. bertemulah sanak saudara, actualy my father tak suka sangat dengan family mak aku ni, ada lah sebab-sebab yang mereka lakukan hingga ayah aku merajuk nak pergi, dan dia melarang adik aku membawa anak dia ke rumah nenek aku, kerana ada sumber mengatakan yang nenek aku tak mengaku anak adik aku tu cucu dia, ermmm..... boleh nampak, but, org tua....macam kata fara fauzana.... layaaannnnn........


aktiviti yang biasa kami lakukan pada hari raya pertama ni, kami terus ke kampung ayah aku, melawat makcik dan pakcik, walaupun ayah dah tak ada, saudara tetap saudara...... dan terus pulang ke rumah..... letih...




salam aidilfitri

salam....

lama juga rasanya tidak update blog ni, tak berkesempatan, kesibukan beraya dan bekerja,




hari raya pertama, pertama sekali selepas selesai bersembahyang aidilfitri, kami sekeluarga pergi melawat pusara ayahanda tercinta, so ini adalah hari raya pertama yang kami sambut tanpa ayah tercinta, ermmmm..... terasa juga kerana biasanya beliau yang memasak pada hari raya ni, so bila dah tak ada kami lah yang terpaksa menyediakan dan menyiapkan apa yang perlu.


tugas aku berbelanja, semua keperluan untuk memasak tu aku pergi beli, ermmm.... kekok kerana aku tak pernah nak belanja barang-barang dapur ni, tak minat. so first tima lah aku berbelanja untuk lauk-lauk hari raya,









Selasa, 15 September 2009

AktivitI OfFiCE di BlN raMadHAn

sebenar macam-macam program yang dilakukan pada bulan ramadhan ni di office aku, antaranya mengaji setiap pagi sebelum memulakan kerja dan macam-macam lagi lah,




pada 13 september yang lepas aku telah menghadiri satu majlis tadarus di masjid jamek segamat, acara bermula pada jam 3.00 p.m dan berakhir sehingga berbuka puasa beramai-ramai, sebenarnya majlis ni diadakan di bawah negeri johor, dan diaturkan oleh rakan muda peringkat negeri johor, so ramai yang terpilih dari daerah lain dan datang ke segamat untuk menjayakan program tersebut.




dan pada hari ini, rakan-rakan office telah berpakat untuk menghias office sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelma ini, antara menganyak ketupat untuk digantiungkan di dalam office,


bukan main lagi mereka menganyam ketupat tersebut, dan bukan main khusuk lagi dan lupa sebentar kerja-kerja yang menimbun di atas meja.









Sabtu, 12 September 2009

BirTHday ParTY

salam ramadhan.....

pertama sekali aku nak ucapkan sangat-sangat terima kasih pada sahabat aku yang buat perancangan untuk suprise party untuk aku waktu bersahur tadi, kemudian adik-adik aku juga yang ada bersama menyambutnya untuk aku, dan geram sangat kat lover aku tipu yang dia tak balik,



pukul 4 a.m ibu aku kejut kan aku dengan mengetuk pintu bilik aku untuk bersahur, dan aku sedikit pelik kerana itu bukan waktu yang selalu ibu aku kejutkan untuk bersahur, dan terasa sunyi pula rumh sebab adik aku pun ada balik juga, 1 kereta, tak tahu pula yang satu kereta lagi pun balik dengan membawa sahabat aku,


aku pun membuka pintu bilik aku dan berkumandang lah lagu happy birthday, and thanks for all, terutama sahabat aku.

siang nya pula aku menantikan sahabat aku yang teman kan ummi dia pergi klinik, sebab dia kena bertolak naik bas pukul 1 p.m, dan dah pukul 12.15p.m still tak sampai lagi rumah aku, risau juga, dia sampai, dan beri aku hadiah dan aku terus hantar dia naik bas di segamat.


then ini dia peneman tidur aku sekarang, seekor dolphin, macam nakal jer rupa dia tu, macam orang yang bagi, thanksterima kasih sahabat.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...