Rabu, 4 November 2009

KaWAn



hari ini ada seorang member aku tu datang cerita masalah dia kat aku, tu pun aku tanya pada dia, kenapa dia termenung sampai macam tu sekali, dia pun cerita lah masalah dia ni,

dia baru jer kerja di tempat aku (office), dan mempunyai seorang kawan yang asal dari negeri yang sama, duduk serumah dan satu pejabat, satu pejabat juga dengan aku lah, dan tarikh masuk kerja pun sekali,

macam ni, member aku ni ada seorang pakwe, baru jer kenal dalam 6 bulan kot, then member dia ni curi-curi simpan number pakwe dia, dan selalu sms or contact dengan pakwe member aku ni, pada mulanya member aku ni just syak jer, tapi satu hari tu, ketika member dia sedang mandi, dia pun ambil phone budak tu dan tengok saper kah gerangan yang selalu dia sms, dan dia terkejut besar kerana nombor tersebut adalah milik pakwe dia...ermmm.....

dan dia story lagi, dalam bulan lepas member dia ni ada pi perak, dia inform kat member aku yang dia pi perak dengan bas, tetapi hari ini, budak tu mengaku yang dia pergi dengan pakwe member aku ni, lagi budak tu bengang, dan satu malam di perak, dan terjadi perkara tersebut....ermmm faham-faham jer lah.

member aku tak terkata apa kerana kecewa dengan sikap member dan pakwe dia, then aku nasihat kat dia, nak buat apa kau fikir, kau kenal ngan pakwe kau tu pun baru lagi, dan nasib baik Tuhan tunjukkan sebelum hubungan tersebut lebih jauh, dan lebih sakit kau nak tanggung, dan kau termenung bukan dapat apa, member dia yang makan kawan tu pun bukan nak simpati dengan dia, so buang masa jer, kau ada benda penting lagi yang nak fikir.

adalah lagi aku bebel kat dia, tapi takkan nak letak kat sini, berjela-jela lah pulak nanti, just letak sample dah lah...hahaha......

so ikut dia lah sama ada nak ikut atau tak.






MaJLis TaHLil





salam.....hari ini, sedang aku membuat kerja di office, dapat satu kad jemputan, aku ingatkan kad jemputan kahwin, setelah membukanya, aku dapati ia adalah kad jemputan untuk majlis tahlil di Istana Bukit Serene, jb. yer ker....so kena pergi lah esok nampak nyer, tak per lah jadi lah rakyat johor yang baik kan.



tapi esok nak pergi sendiri ker, sebab dia pilih 30 orang dari pejabat aku untuk hadir di majlis tersebut, so aku ingat nak tumpang jer dia orang, duit minyak kena bagi lah kan, nanti apa plak org cakap. ermmm yang bagusnya aku belum pun bertanya dengan sesiapa pun.

esok pagilah aku tanya pada budak-budak ni sapa yang sudi nak tumpangkan aku yang menyibuk ni...huhuuhu.....



Selasa, 3 November 2009

LuNcH





aku pi mcd hari ini dengan ekin, dia yang ajak, kalau ikutkan malas nak masuk bandar tu, sesak dan susah nak cari parking, walaupun bandar kecil, dia belanja aku.

sejak akhir-akhir ni dia pun macam happy jer sebab di dah dapat barang kemas dia balik, yang member dia pinjam (gadai), so aku ingat kan pada dia jangan buat lagi macam tu, jangan senang-senang percaya kan org.

dan dia ni sebenarnya sensitif juga orang nyer.....so ekin apa yang berlaku pada kau just ambil sebagai pedoman dan apa orang lain nak buat ker nak mengata ker lantak kan, kau bersuami dan mempunyai anak, itu lagi penting, memang kawan-kawan juga penting, tapi kalau selalu nak peningkan kepala dan menyusahkan, kawan ker tu?





Isnin, 2 November 2009

KArNiVAL PerBadaNAn

pada hari ahad yang lepas, perbadanan putrajaya telah mengadakan satu karnival di presint 9, so member aku ni telah pun menjadi urusetia untuk majlis pertandingan karaoke, dan aku menemaninya sehinggalah acara tersebut tamat.


letih telinga mendengar nyanyian dia orang



bermacam-macam aksi dan ragam yang telah peserta tunjukkan, dan ada yang mencuit hati para penonton, tidak kurang hebatnya juga dengan yang mempunyai suara yang menarik dan sedap didengar. apa-apa pun tahniah bagi pemenang.


seorang peserta yang menyusahkan pihak urusetia,


untuk pengetahuan semua, 40 orang telah menyertai pertandingan tersebut, dan ada yang menarik diri di saat akhir, mungkin suara dah tak keluar, kerana hari pun semakin petang dan hujan renyai-renyai pada hari tersebut, mungkin mereka takut akan merosakkan majlis akibat memanggil hujan kot, ada-ada jer aku ni, kalau suara sedap tak per gak nak kutuk orang.


pengacara pada hari tersebut,



mempunyai dua peserta kanak-kanak, kedua-duanya mempunyai suara yang boleh tahan, tapi sempat ambil satu jer.....


salah seorang peserta kanak-kanak,


di bawah ni, aksi seorang peserta yang begitu menyusahkan orang lain, lagaknye seperti penyanyi hebat, tetapi lihat sahaja aksi yang begitu mencuit hati penonton di karnival tersebut. boleh lah buat hiburan ataupun iklan pada hari tersebut.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...