Isnin, 25 April 2016

Isu "Update"

Alhamdulillah, perjalan hidup aku agak tenag sekarang tidak seperti dulu semasa aku dikawal oleh seseorang. Ingin melakukan sesuatu terpaksa berhati-hati supaya aku tidak melukakan dan mengecewakan hatinya. 

"Eyh... sebelum aku lari tajuk",

Kerja aku sekarang ini semakin baik, alhamdulillah. Walaupun aku bukanlah seorang pekerja yang baik dan juga merupakan salah seorang pekerja yang bermasalah.

"hahaha........", ketawa sendirian.
 

Berbalik kepada tajuk yang ingin aku kongsikan pada post kali ini. Ia tentang beberapa orang kawan pejabat aku yang konon-konon agak bijak dan pandai. 

Sekarang, apabila kita update komputer. Kita akan mendapat offer dari pihak windows untuk menaik taraf window 7 kepada windows 10. Dan dengan sekali klik setuju, window akan dinaik taraf.

Tetapi, ia amat menyusahkan aku sebenarnya. Kerana golongan yang kenkonon bijak pandai ini, menaik taraf komputer masing-masing tanpa bertanyakan dahulu perkara tersebut kepada aku. Bagi aku windows tersebut tidaklah susah untuk dikendali, hanya interface sahaja yang agak berbeza. Bagi aku, ia hanya mengambil masa 5 minit sahaja untuk kita dapat mengusai dan menggunakan windows tersebut.



Tetapi, golongan tersebut pula, merupakan golongan yang agak malas untuk explore benda-benda ini.

Eyh.... terlalu emo pula aku. Bukanya apa. tadi ada seorang staff yang menghubungi aku bertanyakan prihal tersebut. Dan dia meminta aku downgrade kan pc beliau. memang menyusahkan. 
"hahahaha......................".




Tahniah

Dalam kita mengejar dunia, kadang-kadang kita terlupa dengan apa yang bakal kita lalui selepas kehidupan. Sebagai manusia aku tak lari dari segala masalah dan dosa.

Hari ini, aku ingin berkongsi satu kisah seorang sahabat aku. Pada mulanya, aku memang rapat juga dengan beliau. Tetapi setelah mengetahui beberapa kisah hidup beliau, aku mula menjauhkan diri.

Bukannya apa, sekadar berhati-hati supaya tidak teribat dengan masalah-masalah yang beliau hadapi. Masalah dari segi perbualan dan kata-kata masyarakat, itu sahaja.


Dalam beberapa hari yang lepas, beliau selamat diijab kabul. Dan alhamdulillah kerana bergelas isteri orang semula. Pada hari pernikahan beliau, aku dan beberpa orang yang rapat telah datang ke majlis pernikahan tersebut.

Selepas beberapa ketika, perkara tersebut menjadi satu isu, kerana tidah melaporkan kepada bahagian-bahagian tertentu dan juga tidak menjemput kawan-kawan sepejabat. Nasib aku agak baik juga kerana nama kau tidak beberapa disebut orang dengan majlis tersebut.

Bagi aku, perkara tersebut kecil sahaja dan tidaklah menjadi sesuatu kesalahan yang besar. Kerana sekadar tidak menjemput keseluruhan orang di pejabat.

Mungkin cara pemikiran lain-lain. Tetapi dalam masa yang sama, pelbagai cerita juga yang muncul tentang perkara itu. Banyak versi dari mulut ke mulut. Aku sekadar mendengar sahaja dan tidak berminat untuk mengambil tahu.

Aku sekadar ingin mengucapkan tahniah sahaja dengan pernikahan tersebut. Alhamdulillah.

Selasa, 19 April 2016

Langkawi Skim F


Pada hujung bulan March 2016, aku mendapat tawaran untuk mengikuti rombongan di bawah jabatan tempat aku bekerja ke Langkawi.

Segala perbelanjaan telah ditanggung oleh jabatan, Aku sekadar menyediakan duit untuk berbelanja dan untuk makan sahaja selama berada di sana.

"Alhamdulillah", Bisik hati ku.

dalam feri menuju Langkawi
Setiap seorang kakitangan dibenarkan untuk membawa ahli keluarga, memandangkan aku hanya punya ibu aku. Oleh itu, aku hanya membawa beliau sahaja. Pada mulanya aku ingin membawa anak saudara aku. Tetapi hari cuti Negeri Johor dan negeri tempat dia bersekolah tidak sama, aku sekadar mematikan sahaja niat aku.


Pada mulanya, tidak mahu juga aku menyertai lawatan ini kerana kekangan kewangan yang aku hadapi, Tetapi segalanya ditanggung kecuali makan dan perbelanjaan sendiri, aku kuatkan juga semangat untuk sertai. Dan pula, aku tidak pernah sampai lagi ke pulau lagenda tersebut.

underworld Langkawi
Tantitif perjalanan bermula dengan menanti ketibaab bas rombongan di Kota Iskandar, Nusajaya. Pada awlnya, ada yang mengajak aku menaiki bas dari Air Keroh, Melaka sahaja. Memandangkan aku tidak punya rakan dan sesiapa yang ingin menghantar ke tempat itu, maka membuat keputusan untuk turun sahaja ke Kota Iskandar.

Perjalanan mengambil masa selama 11 jam, dan tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 4.30 a.m. Masing-masing membuat keputusan untuk tidur sahaja di dalam bas menantikan waktu menaiki feri ke pulau.

Beras Terbakar, Langkawi

Kami tiba di hotel penginapan dengan menaiki yang telah disediakan. Dan pada jam berikutnya, kereta sewa yang telah ditempah tiba di perkarangan hotel.

Pada petang harinya pula, Aku membawa ibu aku bersiar-siar di pekan Kuah sahaja.

sky park Langkawi
Antara tempat yang aku pergi selama 3 hari 2 malam.





Pengganti.

Assalammualaikum, Salam Sejahtera.

Telah masuk bulan April dan hampir ke hujung bulan juga. Bermacam yang aku lalui sepanjang tempoh setahun menjadi seorang yang seperti hilang pertimbangan juga pedoman.

sekadar hiasan
Sepanjang tempoh aku ditinggalkan, aku cuba perbaiki kehidupan aku yang telah aku abaikan, dari segi kehidupan juga kewangan. Dan akibat mengabaikan dan melebihkan, aku seperti terkais-kais sendiri. Banyak yang telah aku perhabiskan dalam mengejar kasih sayang. Tetapi smeua dusta belaka, penipuan demi mendapatkan kehendaknya. Aku menjadi seorang yang bodoh kerana mengikuti sahaja kehendaknya selama ini.

"Kau memang bodoh", tempik rakan aku kepada aku, yang juga meruoakan kawannya dan sememangnya mengetahui tentang dirinya yang sebenar.

Argghh...... ya, memang aku pernah bodoh kerana percayakan janji-janji yang telah dia berikan. Tidak aku sangka janji tersebut hanyalah janji kosong yang hanya mahu memenuhi kehendak dia dan kemahuan juga kemewahan mungkin.

Setelah beberapa ketika selepas perpisahan, Ada pelbagai orang yang teks kepada aku menceritakan segalanya. Memberitahu kapada aku siapakah dia sebenarnya. Dalam tempoh aku bersama dia, ramai juga yang dia cuba mengajak untuk menjadi couple, jika scandle itu sememangnya sudah pasti.

sekadar hiasan

Dan baru-baru ini, aku mengenali seseorang, dan tempoh dia kenal si dia agak seusia tempoh aku bersama-sama (mempunyai hubungan). Dan sering bertemu. Sungguh aku tidak menyangka.

Biarlah, dia dah punya kehidupan dia sendir dan mungkin sekarang lebih bahagia. Untuk apa aku mengingati kisah-kisah bersama dia. Sekadar menambah kesakitan dan luka di hati.

Dan sekarang punya teman baru. Mungkin tidak sempurna, tapi dia mempunyai hati yang baik. Mengapa aku cakap sedemikian? Dalam tempoh dua bulan ini, dia sering mengajak aku ke majlis keluarga dia dan sering juga bersama. Dan dalam tempoh itu aku melihat, siapa dia sebenarnya. Bagi aku dia lebih baik dari yang dulu.

In Sya Allah, tahun depan aku cuba untuk mendirikan rumah tangga. Ya Allah, kau permudahkan, AMin.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...