Isnin, 18 Januari 2021

SEJARAH MASJID SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU.

 Artikal ini sebenarnya aku dapat daripada seorang kenalan aku di tempat kerja baru. Dia ada beri satu naskah tentang sejarah terbinanya masjid tersebut. Kebetulan, dan aku rasa macam menarik sahaja untuk di share kepada semua. Jom baca..


 

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar sangat terkenal dengan seni binanya yang menarik dan merupakan salah satu bangunan yang tertua di Johor. Ia terletak di tepi Pantai Lido, kira-kira satu kilometer dari Selat Tebrau yang tersergam indah di atas bukit Raden. Walaupun telah berusia melebihi 100 tahun, namun bentuk seni binanya tetap utuh dan teguh sehingga kini serta menjadi daya tarikan pelancong kerana keunikan seni binanya. Sempena mengambil nama Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar (Seri Maharaja) Ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Ibrahim.



26 Julai 1891, Selasa (1 Muharam 1310 Hijrah).

    Tuanku telah menitahkan pembinaan masjid dan meletakkan batu asas di tapak pembinaan.

Awal Tahun 1892.

    Pembinaan bermula dan mengambil masa 8 tahun.

4 Jun 1895, Selasa.

    Sultan Abu Bakar mangkat di London dan Yang Amat Mulia Tuanku Ibrahim telah di Mahkotakan            sebagai Sultan Johor.

Awal Tahun 1900.

    Masjid Sultan Abu Bakar siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan        Abu Bakar. Dihadiri oleh Menteri Besar Johor Dato Jaafar Bin Haji Mohamed.

2 Febuari 1900, Jumaat. (1 Syawal 1317 Hijrah).

     Masjid telah digunakan untuk solat Jumaat.

Sebuah penyodok perak bertangkai gading dibinkai binatang dan bulan sabit digunakan meraikan upacara meletak batu asa Masjid Sultan Abu Bakar oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar pada 1310 hijrah. Berukiran Jawi. Dipercayai berasal dari Great Britain sekitar tahun 1892 dengan ukuran panjang 28.5cm.

 


KEUNIKAN SENI BINA.

 Masjid ini adalah hakmilik Kerajaan Negeri Johor dan di tadbir olej Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Pada permulaannya, Masjid Sultan Abu Bakar hanyalah terdiri daripada sebuah block bangunan simetri. Keunikan seni bina pada empat menara berasaskan reka bentuk Moorish dan seiras dengan kebanyakan masjid lama Mesir.

Antara Masjid Ibn Touloun yang berinspirasikan dari Sammara dibina pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah (mesopotamia) manakala bentuk menara Masjid sultan Abu Bakar adalah mengikut bentuk bangunan dan binaan pada zaman Mamluk awal iaitu Qaluan (1250-1350) dan zaman Mamluk akhir iaitu Masjid Sultan Abu Bakar ini juga didekorasi dengan elemen seni era klasikal Roman dan Victoria. Masjid ini telah bertahan lebih dari satu abad  dan kekal sebagai warisan Johor. 

Senibina bangunan masjid ini mempunyai persamaan dengan masjid-masjid di negara Timur Tengah dan Asia Barat. Pangkal-pangkal tiang yang diukir indah tiada bezanya di beberapa buah masjid di Mesir seperti Masjid Kaiet Bey, Masjid Markouk, Masjid Azhar Sultan Zamandan dan Masjid Imam Shaf'ie.



KHUTBAH PERTAMA SULTAN ISKANDAR.

Dengan kemangkatan ayahandanya Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada hari Ahad 10 Mei 1981 jam 6.12 petang, maka pada esoknya jam 4 petang 11 Mei 1981 AlmarhumSultan Iskandar dengan rasminya diisytiharkan sebagai Sultan Johor dalam satu istiadat yang penuh kebesaran diraja di tangga Agong Istana Besar Johor.



TRANS ANGSI via ULU BENDUL

 

 

 
24 Disember 2020, Aku mengikuti group yang aku baru sertai, MASUK AIR HIKER, melakukan TRANS ANGSI via ULU BENDUL, negeri sembilan.
 
Penyertaan aku untuk trans ini tidak aku rancang, kerana 24 hingga 26 Disember aku telah menjadi crew untuk perkhemahan di Asahan, Melaka.
 

 
TraNs Angsi via Ulu Bendul ini hanya melibatkan kami berenam, Affendi Fnd (chip), Isni Zakia Zainul Arifin (pa chip) Ejam Shah, Mohd Hafiz Hafiz dan Mohammad Muarie Bin Khalil. Mereka semua ni ajk tertinggi dalam Group Masuk Air Hiker.
 

 
Selesai sahaja kami membawa keluar peserta Perkhemahan Ampung Jatuh, kami berkumpul di rumah bob untuk selesaikan perkara-perkara yang perlu. 
 

Perjalanan ke Gunung Angsi bermula jam 0600 pm. Dengan menaiki dua buah kereta kerana kereta akan diletakkan di dua lokasi berbeza, iaitu bermula di Pintu Masuk Gunung Angsi dan keluar di Pintu Air Terjun Ulu Bendul. Singgah mencari makan di Kuala Pilah, sebenarnya kami terpisah dalam setengah jam jarak waktu kerana aku tertinggal barang yang perlu dan penting untuk dibawa. 
 

Bob, Fendi dan Isnin telah tiba awal, setibanya aku di kedai makan tersebut. muka Fendi seperti dicurah cuka makanan sekilo. Aku hanya mengagak dia berasa bengang dan marah sebeba kami tiba lewat di kedai makan tersebut. tetapi dia beri alasan perut dah masuk angin dan telah mengalami gastrik, (husnuzon) kalau dia marah, aku tahan bas memalam tu juga untuk balik semula ke segamat,
"hahahahaha", berani lah dia nak marah aku.
 
Kami tiba di Pintu Gerbang Gunung Angsi dalam jam 1100 pm. Maka tercipta sejarah berkhemah di tepi jalan raya Bukit Putus.
 

Seawal jam 0630 am, kami telah bangkit dari tidur dan bersiap siaga untuk memulakan pendakian dengan aturcara dimulakan dengan membeli permit di kaunter pejabat. Dan pendakian kami terus mulakan tanpa menunggu hal-hal lain.
 
Kami tiba di Pintu Gerbang Air Terjun Ulu Bendul dalam jam 0400 pm. waktu dan jam aku mengagak sahaja kerana aku lupa nak pastikan minit2 jam.
 
Macam-macam hal yang terjadi yang boleh kami simpan sebagai kenangan semasa melakukan TRANS ANGSI via ULU BENDUL ini, termasuk bob pecah handphone kerana tergelincir dan jatuh.
 
 

Ahad, 25 Oktober 2020

BFF HIKING siri 5, Gunung Lambak. Kluang.

 

23 November 2020, Gunung Lambak, Kluang, Johor.

Merupan destinasi pendakian seterusnya yang kami, BFF HIKING pergi untuk mencuba ketahanan diri dan mental. Mempunyai ketinggian setinggi 510m (1670ft) dari aras laut.

 


 

Dalam pendakian kali ini, bukan hanya kami berempat sahaja. Kami telah menjemput beberapa orang kenalan dari Segamat yang sememangnya telah mendaki Bukit Jementah beberapa kali, dan kami mengajak mereka untuk mencuba mendaki gunung pula pada kali ini.

 


 

Kebanyakan mereka tidak pernah mendaki gunung dan hanya beberapa buah bukit sahaja di Segamat dan kawasan sekitar.

Hanya Ayong dan Bob, yang pernah menaiki Gunung Berlumut sebelum ini. Aku dan Ejam pula merupakan kali pertama melakukan pendakian menaiki gunung ini.

 


 Alhamdulilah, selamat mendaki dan menuruni gunung semuanya.

Sedikit coretan aku lampirkan dalam post  ini.

8.00 pagi - Sahabat aku yang bertiga tiba di rumah aku, menjemput aku menuju ke Kluang, perjalanan mengambil masa selam satu jam setengah dari kediaman ibu aku.

 


9.30 pagi - Tiba di Bandar Kluang, Dan destinasi pertama.. (MAKAN). Kami telah bersarapan di Railway Station yang merupakna cafe kegemaran penduduk setempat dan pelancong dari dalam negara jika bertandang ke Bandar Kluang.

10.30 pagi - Tiba di kawasan meletak kenderaan di Gunung Berlumut. Pendakian tertangguh seketika kerana terdapat dua biji kereta yang tersasar dari laluan sebenar (sesat).

 


 

12.30 tengahari - kami berjaya tiba di Puncak Gunung Lambak. Alhamdulillah, semuanya tiba ke puncak dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Perjalanan menuruni gunung mengambil masa selama satu jam. Dan seterusnya bersurai ke rumah masing-masing.


 

Bagi aku, gunung ini tidak kurang hebatnya, Kerana trek pendakian yang mula memberikan cabaran kepada pendaki terutamanya pendaki-pendaki baru yang berjinak di dalam dunia pendakian.

Kepada yang ingin menyertai pendakian ke Gunung Berlumut, Kluang. Boleh mendaki gunung ini dalam mencari stamina sebelum melakukan pendakian ke Gunung BeRlumut.

Boleh klik di sini untuk melihat semua gambar semasa kami mendaki Gunung Lambak.

Rabu, 21 Oktober 2020

Suprise Birthday By My Friend.

11 September, alhamdulillah, masih lagi aku bernafas dalam tahun ini dan mencapai umur yang sekarang,
"berapa yer?.... hahahaha......", andaikan dan teka jer lah umur orang tua ni.


 

Kebetulan aku telah mengambil cuti di jabatan baru dan pulang ke Segamat untuk habiskan masa bersama rakan-rakan di jabatan lama. Kerana aku telah berjanji aku luangkan sedikit masa bersama mereka.

 


 

Hakikatnya aku sendiri lupa harijadi aku pada waktu itu, dan tidak menyangka mereka telah mengingati dan telah melakukan perancangan untuk acara kejutan untuk aku.


Pada awal pagi, aku telah tiba di jabatan lama aku, dan berjumpa dengan rakan-rakan satu pejabat yang lain. Macam biasalah, aku seorang yang suka menyakat orang lain dan bergurau. Macam-macam lah ramah mesra dengan dia orang yang telah sekian lama tidak lepak bersama.

 

 

aku menghabiskan masa di jabatan tersebut hampir ke waktu makan tengahari akibat daripada desakan rakan baik aku supaya makan tengahari bersama.
"baiklah..... bukan selalu", ujar aku.

 


 

Maka tiba waktu makan tengahari kami bergerak satu kereta menuju destinasi kegemaran mereka, Oldtown Segamat. Sedang aku leka bermain handphone, tiba-tiba mereka menyanyikan lagu hari jadi, agak terkejut juga lah pada masa itu. hampir sahaja terlepas handphone dari tangan kerana betul-betul terkejut. Nasib baik tidak keluar latah.

 


 

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua kerana telah merancang majlis kejutan tersebut.
"serious, sayang kau orang semua, tak ada yang terbaik",

 


 

Banyak kenangan aku bersama mereka, seolah seperti adik beradik, manakan tidak, 11 tahun menjadi keluarga satu jabatan, banyak yang telah dilalui bersama. Ketawa.. menangis dan lain-lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...