Rabu, 26 Ogos 2009

DiMasUki

salam ramadhan buat semua.........



sebelum tiba 1 ramdhan hari tu, rumah aku dimasuki oleh orang, akibat kecuaian ibu aku sendiri yang tidak memastikan pintu berkunci atau tidak, huh........nasib baik tak ada apa yang hilang sangat,





sebenarnya aku mengesyaki seorang budak yang mengalami kecacatan mental di kampung aku ini, bukan nak menuduh, tetapi memang kerja dia masuk ke rumah orang lain dan buat hal, dah banyak rumah dia masuk, dan apabila diadukan perkara tersebut kepada ibu budak tersebut, dia akan menyalahkan orang yang mengadu itu, kerana meletakkan barang bersepah-sepah, ermmm berangin juga aku mendengarnya, sebab dah dalam rumah kita, barang-barang tu pun letak di tempat yang biasa kita letak lah kan,









mengapa aku tuduh dia, pertama, barang-barang beharga tidak hilang pun, hanya duit ibu aku, RM 100 dan duit syiling aku yang nilai nya RM0.50, nilai yang lain langsung tidak diusik, dia masuk dalam bilik aku dan hanya duit syiling tersebut yang diambil, camera, laptop dan handphone aku yang lagi satu tak diambil pun,

lihat sahaja duit syiling aku yang bersepah di atas lantai tu, dan laptop aku tu hanya di atas meja sahaja, tetapi tak hilang, dan cd-cd lama yang bersepah di atas lantai, lain kali aku nampak dia kat kawasan rumah aku, memang kena lah budak tu.......








Rabu, 19 Ogos 2009

CuCi KereTa


hari ahad, aku bangun awal-awal lagi sebab sahabat aku dah gerakkan aku takut mak aku dah tunggu, dia pula yang risau, sepatutnya planning hari ini, adik aku akan hantar adik aku yang bongsu balik ke damansara, dan aku planning nak bawa sahabat aku pi IOI Mall puchong, nak tengokkan kan handphone dia, problem. kami pun bersiap dan terus menuju ke Puchong.



sampai sahaja di Puchong, kami pergi lah sarapan dahulu, selepas pergi sarapan aku pergi lah bawa kereta aku tu basuh, sebab dah kotor, mahu basuh sendiri, berkulat lah kereta aku tu, nak basuh sendiri tah bila lah aku nak basuh....



sebenarnya, kami berdua ni tak cukup tidur, masing-masing dah kuyu jer, boleh pula adik aku tak jadi hantar my younger sister balik damansara, dia minta aku yang hantar, sebenarnya aku malas nak pergi damansara tu, sebab mata aku pun dah mengantuk......

Isnin, 17 Ogos 2009

KeLmaRIn

salam, sebenarnya ku bukan lah dalam mood yang baik, ada sesuatu yang berlaku yang membuatkan aku begini, entah lah, kekadang tak faham dalam dunia ni, bermacam-macam masalah yang perlu dihadapi, kewangan dan lain-lain termasuk percintaan, dalam bercinta memang indah, tetapi ada juga suka dan duka, kekadang sesuatu yang tidak dijangkakan boleh berlaku, huh..... bukan niat aku nak ceritakan hal org lain, tetapi diri aku sendiri yang mengalami kerungsingan...........

Sabtu, 15 Ogos 2009

H1N1


salam........


sekarang ini, wabak yang sangat ditakuti ini telah pun merebak di semenanjung malaysia, sehingga ada diantara kita yang taku untuk keluar pergi ke tempat-tempat awam, sama ada untuk beriadah bersama keluarga atau sebagainya, dan kes-kes kematian di malaysia semakin meningkat dan sangat membimbangkan, sehingga aku sendiri berfikir banyak kali untuk keluar pergi besiar, dan lebih selesa duduk di rumah, dan di segamat, tempat aku pun telah pun ada beberapa kes,


ada yang mensarankan agar kita memakan bawang putih lebih, kerana kandungan di dalam bawang putih tersebut dapat meningkatkan antibody badan kita, memang telah ada kajian yang membuktikan bahawa bawang putih ioni baik untuk kesihatan, tidak salah untuk mencuba,



dan apa yang penting, kita sebagai umat islam hendaklah kita berserah kepada Nya, sesungguh nya Dia lebih mengetahui dan lebih menyayangi kepada mereka yang sentiasa berserah pada Nya, dan bersamalah kita bermohon kepada Nya agar wabak yang menyesakkan fikiran kita sekarang ini dapat diselesaikan........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...