Selasa, 26 Januari 2010

BeNGkeL


sebenarnya aku mengikuti satu kursus yang diberi nama ' BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM PENYAMPAIAN BERKESAN KEPADA RAKYAT MELALUI SALURAN ICT DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN NEGERI JOHOR'. macam-macam acara dan ilmu yang diberi di dalam bengkel ini. dan semuanya bermanfaat pada aku. apa yang menariknya, di dalam bengkel ini adalah aku dapat mengenali semua budak-budak dari skim f di negeri johor ni.


dan semasa di kursus tersebut tercipta satu group yang diberi nama JIT (Johor Information Teknologi) yang dianggotai oleh semua budak-budak di bawah skim f di Johor. apa yang baik apabila JIT ini ditubuhkan adalah, dapat berhubung dengan budak-budak dari skim f di johor, dan boleh berkongsi juga berbincang dengan masalah yang dihadapi dan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih berkesan, pantas dan sebagainya lah.


so bagi aku bengkel ini memang betul-betul aku suka.

DeSAru

salam....terlalu lama tak update blog aku ni, sibuk dan letih kerana baru pulang dari kursus di Desaru, dan pergi ke kuala lumpur. untuk berjumpa dengan somebody dan menghantar barang untuk adik aku yang belajar di damansara.



aku berkursus selama 3hari dan 2 malam. dan memang menyeronokkan semasa kursus tersebut. sebenarnya aku membawa ibu aku dan menghantarnya ke rumah pakcik aku yang terletak di felda adilla, mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja ke desaru ni.


sebenarnya ku sudah terlalu lama tidak datang ke sini lebih kurang 15 tahun dan begitu juga dengan rumah pakcik aku tu pun aku telah 15 tahun aku tak datang, aku hanya singgah sebentar sebelum mendaftar di DESARU BEACH RESORT. lupa nak bagi tau bahawa kursus tersebut diadakan di hotel tersebut. dan for all, aku nak bagi tahu bahawa memang nice hotel ni dan permandangan di situ juga menarik sangat-sangat.


dan bilik tempat aku menginap memang nice sangat-sangat. boleh lah walau pun bukan bertaraf 10 bintang but hotel tersebut memang selesa sangat. dan aku di tempatkan bersama seorang sahabat technician aku dari muar.


dan aku letakkan beberpa view kat hotel tersebut.

Khamis, 14 Januari 2010

piCTure

pic-pic koleksi aku...... saja jer nak letak kat sini, konon-konon nak jadi photographer.....hahahaha

dataran johor bahru.



zoo negara.




zoo negara, kuala lumpur.



masjid putrajaya, putrajaya.


masjid putrajaya.



masjid bandar muar, muar, johor.



masjid kedua bandar muar,


masa mahu ke kuantan, ternampak benda comel ni.









di dataran putrajaya,









istana mahkamah, putrajaya.




Selasa, 12 Januari 2010

sepah dan madu


baru sebentar tadi, sahabat aku call aku dan meluahkan pada aku apa yang terjadi pada beliau, bekas dia, ex dia, call dia dan meluahkan rasa rindu pada sahabat aku ini, dan aku terasa ingin tergelak juga dengan apa yang berlaku, sebenarnya, dia lah yang meninggalkan sahabat aku ini, mungkin kerana telah bertemu dengan someone yang lebih baik dari sahabat aku ini, tetapi sebelum ini pun dia ada call rasanya.


macam itulah manusia yang bergelar manusia hipokrit, apabila seseorang itu memandang lebih pada harta yang ada pada someone itu, macam inilah yang akan berlaku, andainya dia tak pentingkan pada harta benda, sudah pasti rasa lebih tenang dalam perhubungan dan berkemungkinan besar hubungan itu lebih berkekalan.


tetapi itukan hak masing-masing, so tepuk dada tanya selera, ingin mencari seseorang yang betul-betul menyayangi kita bukan satu perkara yang mudah, tetapi bila dah dapat, diabaikannya pula, kerana ingin kejarkan kepuasan dan harta benda juga kejar apa-apa lagi, aku pun tidak tahu.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...