Selasa, 23 Ogos 2011

Personel Loan.


Ini lagi satu hal, perkara ini selalu kita dengari sama ada dari kawan-kawan juga keluarga kita sendiri. Pada masa ini, bukan mudah kita ingin mempercayai orang lain, kerana banyak penipuan yang berlaku, walaupun yang meminta pertolongan itu sahabat tidur sebantal, sahabat yang dahulunya konon-konon mereka ini sahabat dunia akhirat. Sepanjang pengalaman aku, perkara tersebut adalah merepek.

Dalam dua minggu lepas, Kawan aku telah datang kepada aku dan meminta pertolongan. Pada awalnya dia meminta aku menjadi penjamin terhadap loan yang ingin dia buat, Dengan rasa berat hati aku mengatakan boleh, sebab sahabat aku. Mungkin atas dasar kawan aku lakukan begitu. Dan selang beberapa hari, dia bertemu aku semula dan meminta aku menjadi PEMINJAM, ini dah kes berat,





Aku tidak memberikan kata putus, hanya berdiam diri sahaja kerana rasa kasihan, bersalah dan berfikir bagaimana aku ingin menolak permintaannya. Sehingga aku membawa dia ke satu Bank ini, dan seperti biasa dia pergi mengambil borang untuk pinjaman tersebut. Ingin menyatakan aku tidak bersetuju dengan tindakan dia aku macam tidak sampai hati.

Borang dia telah siap di isi, borang aku masih lagi kosong tidak terisi. Di kepala masih lagi berfikir bagaimana ingin lafazkan kata-kata yang tidak mengecewakan dia. Perkara ini tidak boleh dilengahkan lagi, dan aku terpaksa lafazkan juga, difikiranku berfikir, andai aku lafazkan dan selepas ini dia tidak lagi bersahabat dengan aku, aku biarkan, kerana aku tidak mahu menanggung resiko. Aku hanya menghantar sms sahaja kepada dia.

Nasib baik dia ok, dan masih lagi berkawan dengan aku, tetapi bagi aku, sekali orang dah lakukan begitu tidaklah aku merapatkan diri sangat dengan orang itu, risau nanti aku akan terjerat.

Rabu, 20 Julai 2011

Facebook.

Ini lagi satu hal, aku akui sebelum ini account aku ini lebih tertutup. Kerana ingin menjaga status aku sebagai penjawat awam. Tetpi sejak beberapa bulan lalu aku lebih terbuka dan menerima sahaja sesiapa yang ingin mejadi rakan.

Ada beberapa perkara yang aku tidak senang. Ada yang minta bukan-bukan dari aku, tetapi aku menolak dengan cara baik, lagikan pula aku telah pun berpunya, dan bukan life aku terlalu sosial. Sekadar berkawan dan mungkin sesekali lepak di kedai minum boleh lah aku melayannya, jika sehingga ke bilik tidur tidak dapat lah den nak menolong.....

Memang aku juga teruja juga jika ramai yang ingin menjadi kenalan aku. Tidak lah salah, seperti pepatah " berkawan biar beribu, berkasih biar satu", hermm....... bagaimana pula yang tidak pandai menghormati orang lain? jika tidak dilayan akan dipanggil dan diberi title "sombong", walhal aku ini cuma kurang senang dengan cara dan apa yang mereka inbox atau comment. So sorry kepada yang telah aku block, bukan aku sengaja melakukannya tetapi ada sebab-sebab nya yang membuatkan aku terpaksa berbuat demikian.




Perkara.

Dalam masa beberapa bulan ini, banyak perkara yang aku lalui, baik manis pahit dan segala macam kenangan lah. Tetapi apa yang pasti, kebanyakannya amat meruntuhkan jiwa aku ini sebagai hamba Nya.

Aku sekadar manusia biasa yang tidak punya banyak kekuatan untuk melalui segala duka dan tidak juga aku mampu membuat keputusan yang mampu melukai hati seseorang, kerana sikap aku yang tidak sampai hati membuatkan aku tersepit antara dua.

Kedua-duanya amat menyenangkan hati aku. walaupun ada yang sentiasa membuatkan aku hilang sabar dengan tingkah lakunya, tetapi aku pasti tersenyum apabila dia bermanja dengan aku, satu sikap aku yang susah untuk aku hakiskan adalah sikap panas baran aku. Telah aku cuba, tetapi sukar. cuba untuk bersabar tetapi bagitu juga. yang pasti dia selalu menjadi mangsa aku.

Bukan aku tidak kasihan dengan apa yang terjadi kepadanya, tetapi apabila berlaku pertengkaran pastinya terjadi perkara itu. Entahlah, aku memang tidak mampu untuk membuat keputusan, kerana kedua-duanya aku cintai. Sukar, memikirkannya setiap hari, silap hari bulan aku sendiri yang merana dan menjadi gila agaknya.

Itu kisah perhubungan cinta aku, di dalam keluarga pun begitu juga, ada sahaja masalah yang berlaku, baharu saja ingin menarik nafas lega, ada sahaja perkara susulan yang berlaku.tentang masalah family aku itu tidak lah dapat aku cerita secara terbuka, kerana takut akan mendatangkan masalah yang besar lagi.

Jika di pejabat pula, setakat ini, alhamdulillah tiada bermasalah sangat.

Selasa, 21 Jun 2011

Segamat.

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat' atau ‘segar amat'. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis.
Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis.

Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.

Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan dua negeri lain iaitu Negeri Sembilan di utara dan Pahang di timur.

Keluasan Segamat ialah 2,825.4 km2. Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut - Segar-Amat. (Lihat pautan luar - Sejarah Segamat).

Terletak di antaraKuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan Felda serta Felcra. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan'.

Setelah pembentukan Daerah Segamat, kerajaan mula membangunkan Segamat terutamanya dengan aktiviti pertanian bagi memacu ekonomi Segamat. Ia termasuklah pembinaan Sistem Kereta api Kebangsaan yang melalui bandar Segamat.Stesen KTM Segamat memberi perkhidmatan kereta api bagi daerah Segamat, Ledang dan Muar Johor serta pembinaan jalan utama yang dikenali sebagai Laluan Persekutuan.

Pada tahun 1970-an, Lebuhraya Tun Razak telah dibina bagi memacu ekonomi Segamat sebagai hab pertanian, memendekkan perjalanan ke Kuantan serta untuk menyegerakan proses pembangunan di kawasan mundur di selatan Pahang.

Kampus cawangan Johor bagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dibina di Jementah pada penghujung 1980-an dan mula beroperasi pada tahun 1991. Pembinaan kampus UiTM di daerah Segamat menjadikan Segamat sebagai satu lagi hab pendidikan utama di Johor selain Skudai yang menempatkan Universiti Teknologi Malaysia.

Pada tahun 1996,Pelabuhan Darat Segamat dibina bagi menjadikan Segamat satu lagi hab pengangkutan utama, sebagai mana Nilai di Negeri Sembilan. Dengan pembinaan pelabuhan darat tersebut, pengilang hanya perlu menghantar barang ke Pelabuhan Darat Segamat dan kemudian barang tersebut akan dihantar ke pelabuhan terdekat seperti Pasir Gudang melalui Kereta api dan ini boleh meningkatkan kecekapan pengangkutan.

Pada tahun 1999, jambatan kedua Segamat, dibiayai terutamanya oleh pemaju swasta telah dibina bagi mengurangkan kesesakan di jambatan utama. Jambatan tersebut dimasukkan sebagai sebahagian pakej Jalan Lingkaran Dalam Segamat yang terdiri daripada kerja naik taraf kepada jalan 4 lorong di Jalan Pemuda, Jalan Hassan, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon, siap pada Ogos 2005.Jalan Lingkaran dalam tersebut amat berguna bagi mengalihkan aliran lalu lintas apabila jalan-jalan utama di pusat bandar ditutup bagi upacara khas seperti Hari Kebangsaan.

Daerah Segamat dibahagikan kepada 11 mukim. Setiap mukim ditadbir oleh Penghulu atau Ketua Kampung mewakili Pegawai Daerah untuk tugas harian. Mukim-mukim di Segamat adalah seperti berikut:-

  • Mukim Sungai Segamat – penempatan berdekatan bandar dengan lebih separuh penduduk
  • Mukim Gemereh – Mukim terkecil di Segamat
  • Mukim Bekok – Mukim terbesar di Segamat
  • Mukim Jabi
  • Mukim Sermin
  • Mukim Buloh Kasap
  • Mukim Jementah
  • Mukim Pogoh
  • Mukim Labis
  • Mukim Chaah
  • Mukim Gemas

Mukim Sungai Segamat merupakan penempatan yang padat kerana kebanyakan penempatan dibina berdekatan bandar. Populasi penduduk yang padat di Segamat adalah di Mukim Gemereh diikuti Mukim Sungai Segamat dengan lebih 200 penduduk per km2. Mukim Bekok merupakan mukim paling sedikit penduduk dengan 50 penduduk per km2.

Daerah Segamat dibahagikan kepada 2 daerah pentadbiran iaitu Majlis Daerah Segamat (di pusat bandar segamat sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Utara) dan Majlis Daerah Labis di pekan Labis dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Selatan.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...