Sabtu, 30 Januari 2010
PeTAk KUniNG

masih lagi memperkatakan tentang sikap manusia yang suka melakukan kesilapan samada disengajakan atau tidak disengajakan. tapi kedua-dua situasi tersebut seperti disengajakan atas cara mereka berhenti di petak kuning tersebut.
KeLAkuAn

DiPEnuHi AiR

sampai sahaja di putrajaya, member aku tu call dan bertanyakan samada aku boleh jemput dia di Perbadanan Putrajaya atau tidak. so aku pergi menjemput dia di sana. dalam keadaan yang hujan lebat.
dan tidak aku menyangka keadaan di laluan di hadapan perbadanan tersebut mengalami kenaikan air, boleh ke dipanggil banjir kilat, bagaimanakah sistem perparitan, atau pun sistemnya baik tetapi akibat hujan yang terlalu lebat tempat itu dipenuhi air. biarlah pihak pengurusan yang menguruskan perkara tersebut. lagipun perkara seperti ini bukan dijangkakan pun.
PaGOH

salam semua, salam satu malaysia. hari khamis yang lepas aku telah menerima panggilan dari pakcik aku yang mengatakan bahawa nenek saudara aku, atuk cik, panggilan kami telah kembali ke rahmatullah, al-fatihah untuk beliau.
pic kat atas tu adalah nenek-nenek yang tinggal dalam keluarga aku.
pic kat atas tu adalah nenek-nenek yang tinggal dalam keluarga aku.

for her family, "yang pergi biarkan pergi, sentiasa diingati dengan sedekah kan fatihah, dan yang hidup perlu diteruskan".
gambap nasi tu pula aku singgah di kedai kegemaran aku di pagoh. memang sedap lauk-lauk yang ada di situ. dan selesai sahaja, kami terus pulang ke rumah.
Khamis, 28 Januari 2010
Masya ALLAH

Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith) SoRRy

sorry sangat-sangat pada blog-blog yang aku terpaksa keluarkan dari blog list aku, bukan aku sengaja mahu buang blog-blog tersebut dari list aku, tetapi atas sebab-sebab tertentu. actually aku meminati dan suka membaca blog-blog tersebut, tetapi keadaan tidak mengizinkan aku terus menyenaraikannya di dalam list aku.
aku harap owner blog-blog tersebut tidak berkecil hati dengan tindakan aku ini, bukan sengaja tetapi terpaksa.
PeNInG


bagi aku, atau konsep aku, aku tak kisah nak berkawan, sesiapa sahaja. aku boleh berkawan selagi dia tak buat hal ngan aku, tapi ada sikap cemburu bila aku kawan dengan orang lain memang merimaskan aku, kita berkawan bukan berkasih atau apa pun. kenapa mesti macam tu, tak best langsung. sampai kekadang terlintas difikiran aku bahawa memang menyusahkan bila ada kawan yang sebegitu perangainya. bila berkawan dengan dia sahaja, tak boleh orang lain.
walhal, apabila aku ajak dia keluar pun, dia cakap tak boleh nanti ada seorang member dia akan kutuk atau caci atau tekan dia sebab keluar dengan aku. so aku ada apa kesah.... kalau tak boleh nak keluar dengan aku aku boleh keluar seorang.. tak mati pun. pening kepala dengan perangai orang tua yang tak berapa nak matang fikirannya. dan kekadang aku kecil hati juga apabila dia cakap yang dia tak boleh keluar dengan aku disebabkan perkara tersebut. beb kau dah besar, dah tua, keputusan pada tangan kau bukan pada orang lain. well, i just ask for hang out or luch only, not for anything else.

Selasa, 26 Januari 2010
BeNGkeL

sebenarnya aku mengikuti satu kursus yang diberi nama ' BENGKEL PEMANTAPAN SISTEM PENYAMPAIAN BERKESAN KEPADA RAKYAT MELALUI SALURAN ICT DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN NEGERI JOHOR'. macam-macam acara dan ilmu yang diberi di dalam bengkel ini. dan semuanya bermanfaat pada aku. apa yang menariknya, di dalam bengkel ini adalah aku dapat mengenali semua budak-budak dari skim f di negeri johor ni.

so bagi aku bengkel ini memang betul-betul aku suka.
DeSAru


aku berkursus selama 3hari dan 2 malam. dan memang menyeronokkan semasa kursus tersebut. sebenarnya aku membawa ibu aku dan menghantarnya ke rumah pakcik aku yang terletak di felda adilla, mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja ke desaru ni.



Khamis, 14 Januari 2010
piCTure
pic-pic koleksi aku...... saja jer nak letak kat sini, konon-konon nak jadi photographer.....hahahaha








Selasa, 12 Januari 2010
sepah dan madu

baru sebentar tadi, sahabat aku call aku dan meluahkan pada aku apa yang terjadi pada beliau, bekas dia, ex dia, call dia dan meluahkan rasa rindu pada sahabat aku ini, dan aku terasa ingin tergelak juga dengan apa yang berlaku, sebenarnya, dia lah yang meninggalkan sahabat aku ini, mungkin kerana telah bertemu dengan someone yang lebih baik dari sahabat aku ini, tetapi sebelum ini pun dia ada call rasanya.
macam itulah manusia yang bergelar manusia hipokrit, apabila seseorang itu memandang lebih pada harta yang ada pada someone itu, macam inilah yang akan berlaku, andainya dia tak pentingkan pada harta benda, sudah pasti rasa lebih tenang dalam perhubungan dan berkemungkinan besar hubungan itu lebih berkekalan.
tetapi itukan hak masing-masing, so tepuk dada tanya selera, ingin mencari seseorang yang betul-betul menyayangi kita bukan satu perkara yang mudah, tetapi bila dah dapat, diabaikannya pula, kerana ingin kejarkan kepuasan dan harta benda juga kejar apa-apa lagi, aku pun tidak tahu.
KuAntAN

salam, hari ini, aku telah menghantar adik perempuan kawan aku untuk mendaftar di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN. tempat aku futher study dulu, terlalu lama tidak menjenguk di kawasan ini, dan terimbas kembali detik-detik bersama sahabat-sahabat POLISAS dulu, dan banyak yang berubah.





Jumaat, 8 Januari 2010
pOLiSas

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), tempat aku meneruskan pengajian untuk mendapatkan diploma, macam-macam kenangan yang aku dapat di sana, dan yang paling utama adalah aku mendapat ilmu dari politeknik tersebut.
dan 12 jan ni, aku akan pergi semula ke politeknik tersebut setelah sekian lama aku tidak menjenguknya dan bandar kuantan tu, ini pun disebabkan oleh atas urusan untuk mendaftarkan adik sayang aku di politeknik tersebut.
dan kuantan, nantikan kehadiran ku, dan aku akan pergi ke tempat-tempat yang pernah aku pergi dan tempat yang pernah aku lepak-lepak dahulu, rindu pula suasana kuantan pada masa ini.
aku akan menghantar adik beliau kerana permintaannya untuk membawa family dia ke kuantan itu. kami akan pergi dengan dua buah kereta, dan kita tunggu lah masa itu nanti.
MaNUSia


baru-baru ini sahabat aku telah menalifon aku dan meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap orang yang baru dikenalinya, dan berjanji bagai, setia bagai, herm... dalam dunia sekarang ni semua itu telah hampir kepupusan dan hampir lenyap dalam dunia ni, nak cari yang betul-betul punyai ciri-ciri macam tu 1 dalam seribu, bukan tak wujud tapi nak jumpa tu susah lah sikit, sebab aku pun bukan ada ciri-ciri seorang insan yang baik, sama jer lebih kurang,

kepada member aku tu harap bersabar sahaja, tak perlu lah nak percaya pada orang sangat, lebih-lebih lagi kalau baru kenal, macam aku ni,dah lama kenal pun still ada perasaan berhati-hati, kekadang rasa rindu yang membuak-buak jer yang tak dapat nak control, begitu juga dengan sayang aku tu, aku dapat rasa yang dia percaya aku bukan 100%, ada juga keraguan di hatinya.
tetapi, apa yang kita boleh lakukan cuba mempercayai pasangan kita dan jika ada masalah, perlu dibawa berbincang dan jangan nak menuduh membuta tuli, kerana perkara tersebut akan merosakkan perhubungan, eleh macam lah aku ni bagus sangat dala hubungan, kekadang pun dalam berbincang tu pun kami selalu bertekak, but kena pandai-pandailah, sebab bila aku tengah panas dia slow, dan dia tengah panas aku slow, tapi kalau difikirkan pula, rasanya tak ada pun macam tu, bertekak kekadang melampau-lampau juga, walaupun begitu, kami saling percaya dan menyintai.....
Khamis, 7 Januari 2010
aKEdEMi FaNTAsia

tahun baru bermula, dan pencarian bintang akedemi fantasia juga bermula, dan kepada sesiapa yang merasakan diri mereka ada bakat yang boleh diketengahkan sila pergi ujibakat, dan tunjukkan bahawa anda boleh, dan serlahkan lagi bakat anda,
aku juga berminat, tapi ok ker suara aku ni, muka pun tak leh nak jual, inikan suara, lagi lah pula, lagi tak leh nak jual. dan pada mereka yang ingin pergi uji bakat, aku wish kau orang berjaya dalam melayakkan diri ke AKEDEMI FANTASI.
AnuGRAh JuaRA LaGU

anugerah juara lagu akan berlangsung pada 10 january ini. entah bagaimana persembahan yang bakal ditonjolkan pada kali ini, sama-sama kita nantikan ketibaan tarikh tersebut.
antara lagu-lagu yang berjaya untuk ke peringkat akhir ii adalah:
- Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
- Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
- Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
- Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
- Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
- Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
- Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
- Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
- Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
- Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
- Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
- Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
- Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
- Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)
kali ini ia akan diacarakan oleh tiga pengacara dan personaliti yang dikenali ramai, mungkin ada keserasian di antara mereka bertiga, kita tunggu sahajalah.
Rabu, 6 Januari 2010
PeRisTiwa TaHUn 2009
macam-macam kenangan yang berlaku dalam tahun lepas, suka duka semua kita lalui, dan aku saja nak berkongsi apa yang berlaku pada diri aku:
january:
january:
- aku dapat tawaran bekerja dengan goverment sebagai juruteknik komputer setelah sekian lama berusaha mendapatkan jawatan dalam sektor kerajaan ini, alhamdulillah.
feb:
- menganggur sementara melapor diri di PEJABAT TANAH DAERAH SEGAMAT.
- berkenalan dengan insan yang aku kasihi sekarang semasa ingin membuat medical check up di putrajaya.
- hubungan dengan yang lama semakin membosankan aku akibat sikap ex aku tu.
mei:
- lahir blog aku yang kekadang membosankan ni,
- hubungan semakin parah setelah aku mengangkat insan yang tersayang sekarang sebagai adik angkat aku, bagi warning, tetapi akibat ego dia langsung tak ambil peduli dengan hubungan aku ngan dia,
jun:
- tidak dapat menahan dengan sikap sambil lewa ex aku, last-last putus, setelah setahun aku menanggung semuanya dalam hati akibat sikap dan apa yang dia lakukan dibelakang aku, dia ingat aku tak kenal ngan budak-budak yang dia hubungi tu, kaki kelentong number 1. tapi aku pun bodoh gak, dah banyak kali kantol ngan aku still lagi nak bagi peluang, bukan setakat tiga kali beb..... banyak kali.
- aku dah tak percaya lagi, tetapi insan yang aku couple sekarang ingin adakan hubungan couple ngan aku, hermm....aku dah malas, tapi bagi lah peluang.
- yang lama jumpa adik aku dan menceritakan yang buruk-buruk tentang yang baru cuba untuk pisahkan kita org...hermm.....nasib baik family aku pandai menilai. yang tak tahan tu dia selalu ingat kan aku "awak akan menyesal kalau tinggalkan saya", please..... aku takkan nak memperbodohkan diri untuk selamanya, aku tak menyesal tinggalkan orang yang macam dia tu.
ogos:
- ramadhan tanpa ayah.....terasa sebab dia yang selalu masak juadah berbuka puasa.
sept:
- first time birthday party aku dibuat waktu bersahur oleh insan yang aku sayang,
oct:
- dan first time juga sambut hari raya tanpa ayah, sangat terasa kerana semualah dia yang sediakan, tak lagi kacau dodol, letih owh.......bulan pose nak kacau dodol, tapi semua tinggal kenangan.
dec:
- diburuk-burukan oleh rakan atau sahabat sendiri, macam-macam yang diceritakan pada family aku, teringat apa yang ex aku cuba lakukan....huh!!!!!!.............................dan semuanya berjalan dengan baik.
selamat tinggal 2009............
PIC KeNAngaN



Langgan:
Catatan (Atom)