Isnin, 21 November 2011

Perkampungan Felcra Bukit Kepong.

Dalam post yang lepas aku pernah berceritakan tentang sejarah atau peristiwa Serangan Komunis Di Bukit Kepong. Aku masih lagi mencari maklumat penubuhan perkampungan aku sebenarnya, perkampungan Felcra Bukit Kepong. Apa yang aku dapat hanya sedikit sahaja, apa-apa pun aku hanya bercerita sedikit tentang penubuhannya dan apa aktiviti yang ada di perkampungan aku.

Asal Bukit Kepong.

Sebenarnya  nama bukit kepong itu bukanlah berdasarkan pada peristiwa serangan komunis, tetapi berdasarkan kepada sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan tersebut. Dan sebenarnya kawasan ini ramai di diami oleh orang asli, dan kemudian datang pula orang Cina dan Indonesia yang datang mengusahakan Ladang Gambir dan lada hitam.


Felcra Bukit Kepong,

Pada tahun 1972, tertubuhnya perkampungan ini dengan pembukaan kawasan ladang peringkat 1 Tambahan dengan mempunyai keluasan 1,235.22 hektar. kawasan ladang ini ditanam dengan tanaman kelapa sawit pada 1973 dan mula mengeluarkan hasil pada 1976.

Seterunya pada tahun 1980 ladang peringkat 2/3 mula mengeluarkan hasil. Projek ini dikenali juga dengan Rancangan Tanah Belia Felcra dengan pengambilan peserta seramai 378 orang dengan setiap orang mempunyai pegangan seluas 10 ekar.

Sebenarnya, perkampungan/ projek rancangan ini terbahagi kepada dua, iaitu

  1. peringkat 1 Tambahan yang mempunyai 226 orang peserta dan
  2. perinkat 2/3 yang mempunyai 152 orang peserta.
Pada tahun 1980 mula wujudnya perkampungan yang aku diami sekarang, Perkampungan Felcra Bukit Kepong. mengambil nama sempena nama di mana perkampungan ini terletak iaitu di Mukim Bukit kepong.

Selanjutnya akan aku cuba sisipkan di dalam post yang akan datang.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...