Saturday, February 26, 2011

Bukit Kepong, Muar


Sebenarnya mukim di mana aku tinggal sekarang iaitu Bukit Kepong, mempunyai sejarahnya tersendiri, dan hampir di ketahui umum di Malaysia. Sejauh mana pengetahuan mereka aku tidak pasti. Bukit Kepong merupakan antara sebuah mukim yang terdapat di Daerah Muar.sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Muar, Johor. Ia terletak berhampiran Sungai Muar. Pekan ini terkenal dengan peristiwa Bukit Kepong yang tragik.

Bukit Kepong merupakan antara sebuah mukim yang terdapat di Daerah Muar.sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Muar, Johor. Ia terletak berhampiran Sungai Muar. Pekan ini terkenal dengan peristiwa Bukit Kepong yang tragik.

Ramai anak muda tempatan yang berhijrah ke kota mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Kebanyakan penduduk pekan adalah peniaga kecil. Sementara kampung berhampiran penduduk banyak yang terlibat dalam aktiviti pertanian. Terutama kelapa sawit,dusun buah-buahan dan getah. Segelintir pula terlibat dalam aktiviti menangkat ikan air tawar serta udang galah yang boleh didapati dengan amat senang suatu ketika dulu sepanjang Sungai Muar yang mengalir melalui pekan ini. Pada ketika ini hasil udang galah amat berkurangan disebabkan oleh masalah pencemaran sungai oleh kilang-kilang, terutamanya kilang getah. Suatu ketika dahulu Pekan Bukit Kepong amat mudah dinaiki air setiap kali musim hujan.






Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

  1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
  2. Keadaan balai polis yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis [[Melayu] di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.


video
sedutan filem Bukit Kepong yang berdasarkan kisah benar peristiwa sejarah itu.






Mereka yang terselamat

Anggota Polis

  1. Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
  2. Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
  3. Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
  4. Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)

Ahli keluarga anggota

  1. Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
  2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
  3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
  4. Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
  5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
  8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
  9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
  10. Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah

Mereka yang gugur dalam pertempuran

Anggota Polis

  1. Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
  2. Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
  3. Lans Koperal 7168 Jidin Omar
  4. Konstabel 9136 Hassan Osman
  5. Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
  6. Konstabel 8600 Jaafar Hassan
  7. Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
  8. Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
  9. Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
  10. Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
  11. Konstabel Marin 68 Awang Ali
  12. Konstabel Marin 181 Basiron Adam
  13. Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
  14. Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad

Polis Bantuan

  1. Ins. Kudarina Naknok
  2. AP 2130 Samad Yatim
  3. AP Mahmood Saat
  4. AP 1925 Ali Akop
  5. AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota

  1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
  4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis

  1. AP Redzuan Alias
  2. Embong Lazim
  3. Mendiang Koh Ah Cheng


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...