Tuesday, August 13, 2013

Tentang Seorang Sahabat.

Pernah punya sahabat? Bohong kalau tidak pernah. Paling kurang pun seorang pasti ada. Tapi bagi aku, istilah sahabat baik hingga mati itu adalah mengarut mungkin. Kerana pengalaman aku belajar mengenali nilai seorang manusia. Sekarang sekadar seorang rakan dan sahabat sahaja, tiada yang bawa ke mati. Yang ada hanyalah saudara-saudara terdekat, juga yang paling berharga sebuah keluarga.

Di sini aku ingin bercerita tentang seorang sahabat yang aku kenali dahulu, dan tidak berapa lama. Merupakan seorang rakan sartu pejabat/ rakan sekerja. Mungkin aku ingin luahkan rasa kasihan padanya di sini. 

Kerana beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai bendul. Awal tahun ini, beliau telah berpisah secara pasakh dengan suami beliau. Di sini boleh sahaja aku katakan, beliau bercerai akibat orang ketiga, mengikut apa yang beliau luahkan kepada aku setiap kali kami keluar minum di cafe.

Ramai rakan-rakan memberi nasihat agar beliau memikirkan semula tindakan beliau sebelum ini, tetapi akibat janji-janji yang ditaburkan oleh pihak ketiga itu menjadikan dia berubah dari seorang yang bendul kepada seorang yang berani mati.

Akibat dari itu juga, beliau telah membuang keluarganya di kampung kerana keluarganya menekan beliau akibat tindakan yang telah beliau lakukan. Mempunyai empat orang anak, yang kini dua orang bersama beliau seorang bersama keluarganya di kampung dan yang tua berada di rumah mertua belia. 

Apa yang aku bengang sangat dengan dia ini adalah kerana, apa yang dia ceritakan pada aku tidak boleh diterima pakai. dengan orang yang ini dia cerita beginu, dan dengan aku dia cerita begitu dan semua perkara yang  diceritakan tidak pernah ada yang tetap dan sentiasa berubah-ubah.

Terasa membuang masa sahaja sebelum ini memberikan nasihat kepada beliau kerana tindakan kami rakan-rakannya sekadar mencurah air pada daun keladi. Dalam bulam Ramadhan yang lepas beliau ada membuat panggilan kepada aku bahawa dia telah ditipu oleh lelaki tersebut. Dan hari ini, aku dikhabarkan bahawa beliau telah bernikah dengan lelaki tersebut.

Ada banyak perkara yang membuatkan perkara itu tidak boleh diterima akal, Tetapi biarlah. Biar dia bahagia dengan tidakan yang dia lakukan. Seperti apa yang telah aku cakap pada kawan-kawan aku, itu pilihan dia biar dia rasa yang baik atau yang buruknya.

Lagi juga, bukan aku dapat apa-apa, mahupun wang akibat daripa mengambil tahu tindakan beliau itu. Just waste my time only. Aku hanya ingin meluahkan rasa kasihat pada anak-anak beliau yang entah di mana duduknya dengan tidak ada yang tempat untuk menumpang kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...