Sunday, November 21, 2010

Sejarah Islam


Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Saturday, November 20, 2010

Aku BUkan Baik

salam, untuk menjadi yang terbaik bukannya mudah, aku hanya manusia biasa ada kelebihan dan ada kekurangan, aku tidak sempurna, untuk :-

menjadi seorang anak yang baik = kerana aku punya kenakalan aku sendiri, aku akui bahawa aku sering melakukan kesilapan. Sering juga melawan kata ibu aku. aku mungkin pandai berlakon dihadapan ibu aku. menjadi baik dihadapannya tetapi di belakang aku sering melakukan kesalahan yang mungkin secara sengaja.

menjadi seorang teman atau sahabat yang baik = kerana sering kali juga aku mengeluh dengan sikap mereka, dan aku juga bersikap hipokrit dihadapan mereka, tetapi di sebaliknya aku sering mengeluh dengan tindakan mereka juga dengan kelakuan mereka walaupun di luaran aku nampak baik sahaja.

menjadi kekasih yang baik = kerana kekadang aku terfikir untuk mencari yang lain, akibat dari diri aku yang kadang-kadang tidak tahan dengan sikapnya, sungguh mencabar dalam dunia bercinta ini, banyak dugaannya, terluka kecewa, dan macam-macam lagi yang terpaksa ditempuhi.

menjadi seorang yang jujur = ini merupakan satu perkara yang amat sukar untuk aku lakukan kerana aku sering berbohong, dan terpaksa berbohong, seperti yang diperkatakan oleh budak muda sekarang "bohong sunat" tidak ada istilah itu sebenarnya.

dan yang paling utama adalah = aku bukan hamba Nya yang baik, kekadang bila sendirian, sering terfikir, sampai bila aku akan jadi seperti ini, banyak dosa yang aku lakukan, hingga ada masa untuk duduk ditikar sejadah pun aku terasa malu pada diri aku sendiri. entah lah.

Friday, November 19, 2010

Pulau Aur


Pulau Aur, seperti Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang yang terletak di Taman Laut Johor berhampiran Mersing terkenal sebagai salah sebuah destinasi menyelam skuba yang terunggul. Kawasan laut yang lebih dalam di sekitar pulau ini menjanjikan jarak penglihatan bawah laut yang jelas serta pelbagai jenis spesis hidupan laut yang mempesona yang dapat menarik ramai pelancong dan penyelam di hujung minggu.

Keadaan hidupan laut yang sihat dan pelbagai di sini juga menarik minat pemancing ikan yang berharap dapat menangkap spesis ikan besar seperti ikan mersuji atau ikan layaran di luar kawasan Taman Laut yang terlindung. Banyak kapal-kapal layar bersauh di perairan laut tenang antara Pulau Aur dan Pulau Dayang.


Terumbu karang utama terletak di sebelah selatan Pulau Aur dan Pulau Pinang. Bahagian teratas terumbu di sini terletak di kedalaman lebih kurang 12 meter dan melandai ke bawah sedalam lebih 25 meter membuatkan lokasi ini amat menarik untuk diselam.

Terdapat tempat penginapan calet yang kadangkala tutup sewaktu hari minggu sekiranya tiada pengunjung yang datang di sini


Thursday, November 18, 2010

Tersilap

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Wednesday, November 17, 2010

Baju Melayu Teluk Belanga


Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali;

  1. Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek.
  2. Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.

Pada masa dahulu, wanita Johor memadankan baju kurung dengan kain dagang luar, iaitu sehelai kain sarung yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan. Kain dagang luar ini dikenakan di pinggang seperti kain samping lelaki dengan ombak-ombaknya di bawa ke rusuk kiri dan disaukkan pada lengan atau dipegang dengan tangan. Kain mantul, iaitu sehelai selendang pendek yang bertekat dengan kelingkan emas biasanya akan disangkutkan ke bahu apabila si pemakai mengenakan baju kurung dengan kain dagang luar ini. Walaubagaimanapun, baju kurung pada hari ini tidak lagi dipakai dengan kain-kain tradisional sebegini yang lazimnya hanya digunakan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu.

Baju Melayu



Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.


Berdua

Salam Aidiladha untuk bagi yang muslim, dan terima kasih juga kerana mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini, tahun ini aku menyambut Aidiladha dengan suasana yang sedikit sunyi kerana adik-adik aku yang lain tidak dapat bersama bagi menyambut Aidiladha pada tahun ini. jadi sedikit bosan.

Aktiviti hari ini:

Jam 7.00 a.m = Aku dikejutkan dengan deringan hanphone panggilan dari sahabat aku Fitrie, pada malam tadi dia berpesan kepada aku supaya tidak lupa untuk menghantar baju melayu nya, kerana baju tersebut dalam simpanan aku, aku terlupa untuk beri kepadanya semalam, oleh itu terpaksa aku bangun awal untuk menghantar pakaiannya itu, kalau tidak pakai jeans and t-shirt sahajalah budak itu.

Jam 8.00 a.m = Aku telah pun bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidiladha, dan aku menjemput sahabat ku Fitri dahulu sebelum ke masjid,

Jam 8.15 a.m = tiba di masjid dan turut serta membaca takbir, sedikit lengang kerana Aidiladha jatuh pada hari rabu, dan hanya 1 hari sahaja bercuti, ramai yang mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung,

Jam 9.30 a.m = tiba di rumah, dan terus sahaja ke dapur kerana perut aku terasa sangat lapar,

Jam 10.00 a.m = pergi ke pusara ayah tercinta, membaca yasin dan membersihkan kawasan sekitar,

Jam 10.45 a.m = menanti kehadiran Fitri, dan makan ketupat sekali lagi bersama beliau.

Jam 1.00 p.m = start kereta terus menuju ke rumah nenda bersama ibu dan Fitri, bertemu dengan pakcik dan makcik aku yang pulang ke kampung.

dan seterusnya aku membawa ibu dan Fitri ke Bukit Pasir dan Bukit Gambir, cuci mata kerana tidak ada apa yang ingin dilakukan di rumah.




Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya Aidiladha



(Bahasa Arab : عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha danHari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas Khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.




Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Monday, November 15, 2010

Fitnah



salam, dalam mood sedih dan tertanya, mengapakah aku dilakukan sedemikian rupa? entah aku tidak pasti apa punca dan sebab aku diperlakukan sedemikian.

Begini, pada hari ini, sekali lagi dan kali kedua ada yang menyampaikan kepada aku, bahawa ada seorang budak di pejabat aku mengatakan pada dia, berbunyi :-

Budak tersebut, "engkau masih lagi mahu berkawan dan ingin keluar dengan danny (nama gelaran aku pada sesetengah kawan aku)",

Kawan aku, "kenapa pula?",

Budak tersebut, "dia di depan engkau sahaja nampak baik, tetapi di belakang engkau dia kutuk dan mengata macam-macam tentang engkau, dia kutuk engkau tapi tidak beri tahu nama",



Kawan aku ini menyampaikan dan bertanya kepada aku, sama ada betul atau tidak perkara tersebut, aku hanya menyatakan kepada beliau,

"terserah pada engkau ingin mempercayainya iaitu menerima aku mengutuk dan mengumpat dia mengikut kata budak tersebut, atau engkau mempercayai aku, aku tidak akan memaksa engkau dan menghasud engkau, terserah pada engkau ingin membuat keputusan, tiada point aku ingin mengata engkau, terserah",

sudah kali kedua aku difitnah begini, kadang-kadang aku sedih aku diperlakukan sedemikian rupa, aku tidak pula pernah ganggu kehidupannya, konsep aku, bila di pejabat, aku hanya berkawan di pejabat, dan habis waktu pejabat, hal engkau engkau punya hal, aku ada urusan aku sendiri.

Masuk tahun kedua aku bekerja di pejabat tersebut, tetapi dia tetap juga begitu, mengapa? aku betul tidak mengerti mengapa dia bersikap demikian, sering bertanya pada diri sendiri, apa salah aku, apa yang telah aku lakukan,

Entahlah, biarlah dia, tuhan akan membalas juga, aku hanya berdoa dan dielakkan segala perkara buruk,



Thursday, November 11, 2010

Endau - Rompin National Park

Taman Negara Endau-Rompin merangkumi kawasan seluas lebih kurang 80,000 hektar yang mengandungi kekayaan tumbuhan dan haiwan eksotik termasuk kawasan takungan air Sungai Endau dan Sungai Rompin di mana taman negara ini mendapat namanya melalui nama kedua-dua sungai ini. Pintu masuk ke taman negara ini melalui sebuah perkampungan Orang Asli.

Walaupun telah banyak dipengaruhi dunia moden, penduduk di perkampungan ini masih lagi mengamalkan cara hidup lama seperti berburu dan mengumpul makanan di hutan. Mereka juga mempunyai pelbagai cerita dan legenda berkenaan hutan ini yang telah diperturunkan dari generasi ke generasi.

Anda boleh berkhemah, meneroka hutan, menaiki sampan, menyusur jeram, meneroka gua, mendaki gunung, memerhati burung dan berenang di dalam taman negara yang menakjubkan ini. Taman Negara ini mempunyai spesis burung, haiwan mamalia, katak, serangga dan pelbagai jenis bunga orkid yang eksotik, tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubat dan pelbagai jenis pokok.




Malahan, setiap kali kumpulan kajiselidik sains pergi menjalankan ekspedisi ke Endau-Rompin, mereka pasti menemui spesis yang baru!Dalam usianya yang lebih dari 130 juta tahun, hutan ini mengandungi tumbuhan dan haiwan yang jarang ditemui yang kebanyakannya tidak terdapat di kawasan tropika yang lain.

Antara spesis yang paling utama ialah Badak Sumbu Sumatera (Sumatran Rhinoceros). Penerokaan ke dalam hutan ini membolehkan pelawat melihat lotong, monyet, ungka, gajah, rusa, tapir dan kadang-kala harimau bintang. Pelawat yang gemar mengembara dan meneroka hutan dan sungai terdapat beberapa buah jeram dan air terjun di sini.

Bagi melindungi taman negara ini dari sebarang pencemaran, hanya tempat-tempat tertentu dibuka kepada pelawat untuk tujuan aktiviti eko-pelancongan. Pelawat perlu mendapatkan permit dari Johor National Park Corporation sebelum dibenarkan masuk ke dalam taman negara ini.

Taman negara ini ditutup semasa musim hujan (November hingga Mac). Sila teliti syarat dan peraturan taman negara sebelum masuk ke dalam hutan.

Tuesday, November 9, 2010

Gagal Dalam Matematik

Pada satu hari,Saiful pergi ke sekolah seperti biasa

selepas itu, Cikgu yang bertugas masuk ke kelas Saiful

hendak mengajar mata pelajaran math,

Soalan tersebut 1 + 1 = ?

lalu dia memberi soalan tersebut,Cikgu bertanya kepada Saiful,

Cikgu : Saiful, sila jawab soalan yang diberi oleh saya , Saiful, 1 + 1 brp?

Saiful : aaaaaa...,saya tidak tahu cikgu

Cikgu : Biar betul, ini soalan mudah Saiful,

Saiful : Saya tidak tahu juga.

Cikgu : tidak mengapa, kamu pulang ke rumah dan tanya keluarga.

Saiful : baiklah cikgu.

Kemudian Saiful pulang ke rumah dalam keadaan bingung,

Dia menuju ke dapur dan bertanya kepada ibunya,

Ketika itu ibunya sedang memasak nasi goreng,

Saiful inginkan jawapan soalan yang diberi oleh cikgunya tadi, lalu bertanya kepada ibunya,

Saiful: hmm... ibu, saya ingin bertanya, apa jawapan 1+1?

Ibu Saiful : Haii !! Nasi Goreng !! ~ Hai Nasi Goreng !~ "( sambil menyanyi )"

Saiful : tidak mengapa.

Kemudian Dia pergi bertanya kepada abangnya,

Ketika itu abangnya sedang menyanyi lagu black matal dalam keadaan rock,

Saiful : Abangg, apa jawapan 1+1?

Abang Saiful : kau Diam la Setan !! ( dalam keadaan menyanyi lagu blck metal)

Saiful : ( Saiful mendiam,lalu pergi dari situ )


Kemudian dia bertanya pula kepada datuknya,

Datuk saiful sudah nyanyok dan pekak,

Saiful bertanya,

Saiful : datuk, 1+1 berapa?

Datuk Saiful : Let's go babeh

Saiful : okay,

Dia pergi pula kepada ayahnya,

Ketika itu ayahnya baharu sahaja sudah menunaikan solat dan berdoa,

Kemudian dia bertanya,

Saiful : ayah, apa jawapan untuk 1+1?

Ayah Saiful : alhamdulillah

Saiful : oh. okay2

Keesokan harinya, Saiful pergi ke sekolah seperti biasa

dan cikgu Saiful bertanya semula tentang soalan semalam

Cikgu : Saiful, apa jawapan 1+1

Saiful : Hai !! Nasi Goreng !! ~ Hai Nasi Goreng !~ "(sambil menyanyi)"

Cikgu : Saiful!!!!!! jawab betul-betul, jangan main-main,

Saiful : Kau Diam Setan!

Cikgu : Kurang ajar !! Saiful mari ikut saya ke pengetua !

Saiful : Lett's Gooo Babehh !!

Cikgu : Saiful !! kamu sudah melampau, saya buang kamu dari sekolah !

Saiful : Alhamdulillah,

Cikgu : Berdebah punya budak.

Gunung Ledang


Diselubungi legenda misteri dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus menarik minat penduduk tempatan dan para pelancong.

Menurut legenda Puteri Gunung Ledang, Sultan Melaka ketika itu berkenan untuk mengahwini Puteri tersebut tetapi oleh kerana Puteri tidak mahu berkahwin dengan Sultan, dia telah meminta Sultan menyediakan hantaran yang sukar disediakan iaitu tujuh balang airmata dara, tujuh dulang hati nyamuk, dan tujuh mangkuk darah anak Sultan itu sendiri.



Apabila Sultan tidak dapat menyediakan hantaran tersebut, Puteri tersebut melarikan diri ke Gunung Ledang. Ada yang mempercayai Puteri tersebut masih hidup hingga ke hari ini dan tinggal di sebuah gua di gunung ini.

Gunung Ledang amat sesuai sebagai destinasi aktiviti luar dengan jejak hutan yang mencabar, air terjun yang jernih dan nyaman, serta tumbuhan dan haiwan yang eksotik termasuk pelbagai spesis unggas yang menarik.


Dari kawasan puncak gunung yang terletak di ketinggian 1,276 m dari paras laut dan mempunyai permukaan yang agak mendatar, pelancong boleh menikmati pemandangan Selat Melaka hingga ke pantai Sumatera sekiranya cuaca cerah. Air Terjun Sagil yang terletak di kaki gunung ini juga merupakan tempat berkelah yang popular.

Di sini terdapat sebatang laluan hutan dan jalan tidak berturap yang menghala ke puncak gunung. Jika anda mendaki ke puncak, anda akan menemui air terjun yang segar tetapi anda disarankan mengatur supaya ada orang lain menanti anda di puncak.

Bas atau Teksi
Bas untuk ke Gunung Ledang boleh dinaiki di Tangkak, sejauh kira-kira 16 km. Perkhidmatan teksi ke sini juga boleh didapati di Tangkak.





Kereta
Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar terletak 25 km selepas Air Keroh. Hala menuju ke Tangkak. Terus memandu sepanjang Jalanraya 23 sejauh 6 km lagi, melewati pekan Sagil, sebelum belok ke kanan memasuki jalan ladang kelapa sawit dan terus memandu sejauh 1 km lagi. Dari sini, jalan untuk sampai ke kaki Gunung Ledang atau Mount Ophir, boleh kelihatan.

Penginapan
Terdapat sebuah resort yang menarik di kaki Gunung Ledang, begitu juga tempat penginapan yang murah di pekan Tangkak yang tidak jauh dari sini. Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan yang terdapat di sini.



REMEMBER THE PAINT ON KIDS TOYS

This is very true as I heard it in news from one of our local radios here that our govt has to be extra careful on these cheap imports from china.. These includes clothes, food, toys, slippers and even glasses because the Chinese are using some strong but cheap chemical in their manufacturing process. Cheap is becoming expensive and at the same time fatal.















Monday, November 8, 2010

Hair Bands


Salam, baru-baru ini aku telah mendapat e-mail dari kenalanku, mungkin aku bukan seorang wanita yang berambut panjang, tetapi aku terpanggil untuk kongsikan perkara ini kepada semua supaya lebih berhati-hati dalam memilih dan membeli barangan. Terutama dari China, niat di sini bukan untuk memboikot barangan dari China, tetapi lebih berhati-hati, kerana aku juga membeli barangan yang di hasilkan dari negara tersebut.


Sebagai seorang muslim kita harus selidik barangan yang ingin kita gunakan.




BEIJING (AFP) - kondom yang telah digunakan dikitar semula menjadi band rambut di China selatan, pada awalnya ia digunakan untuk mengelakkan penyebaran penyakit seksual-transmitta dan dengan bertujuan untuk mencegah penyakit tersebut dari berjangkit,

Dalam contoh terbaru dari produk buatan China yang berbahaya, getah pita rambut telah ditemui di pasaran tempatan dan salon kecantikan di bandar-bandar Dongguan dan Guangzhou di wilayah Guangdong, lapor China Daily.

"Band-band getah murah dan berwarna-warni dan ikatan rambut dijual dengan berleluasa. ini boleh mengancam kesihatan masyarakat tempatan, "kata itu .. Walaupun kitar semula, pita rambut masih boleh mengandungi bakteria dan virus, katanya.

"Orang lain boleh dijangkiti AIDS, kutil atau penyakit lain jika memegang pengikat rambut tersebut, mungkin juga digigit semasa ingin mengikat rambut.

Satu beg yang penuh dengan pengikat rambut tersebut dijual dalam sekitar Rs5, yang harganya jauh lebih murah berbanding getah pengikat rambut jenama lain.




Mengikut kata seorang pegawai kerajaan, perbuatan mengutip kondom dan dikitar semula adalah menyalahi undang-undang industri pembuatan. Sebelum ini, China telah pun mengalami beberapa masalah dalam barangan yang dihasilkan oleh negara terbabit yang melibatkan barangan jelek mahupun barangan yang merbahaya untuk digunakan sama ada di pasaran domestik atau luar negara.

periksa pengikat rambut anak-anak anda dan pastikan mereka tidak meletakkan pengikat rambut di dalam mulut mereka ketika cuba untuk mengepang atau mengikat rambut mereka.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...