Thursday, April 22, 2010

Penghibur

dalam aku berkeadaan yang tidak ok. dengannya ada orang yang mengkelas aku sebagai apa dengan tidak mengenali aku sebenar atau dengan lebih dekat dia sesuka hati kelas kan kita di mana dan siapa kita, terhibur juga dengan haiwan-haiwan peliharaan aku, seperti kucing-kucing aku, dan ikan-ikan belaan aku. lupa seketika masalah yang aku hadapi.

kekadang aku berasa kasihan pada member aku kerana menjalani dan menghadapi masalah ini sendirian dan punya family yang jauh di kampung. bersabar sahaja dengan dugaan yang tiba dan terima sahaja. mungkin ada sebab kita diuji sedemikian rupa. biar lah meraka. sesungguhnya tidak mampu untuk kita halang.
banyak juga karenah anak-anak kucing aku ini. actualy mereka tidak cukup susu akibat kekurangan susu dari ibunya. dan terpaksalah aku memberi bantuan dengan memberikan susu. dan terpaksa membawa mereka ke mana aku pergi. kerana tidak ada yang dapat membantu aku untuk memberi susu kepada anak-anak kucing aku ini.


semasa beberapa minggu sebelum ini, mereka kelihatan tidak sihat akibat kekurangan susu. dan sekarang alhamdulillah semuanya sihat dan boleh bermain. itu lah penghibur aku apabila pulang dari office.

Terkilan

aku terkilan dengan sikap beberapa blogger di sini. entah lah apa silap kami aku pun tak tahu. dan pada dia, aku akui bahawa aku dan orang yang dia cakap itu bukan lah manusia yang mempunyai hanya kelebihan, sesungguhnya kami sedar bahawa kami hanya manusia biasa yang ada kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan. kami bukan lah jenis orang yang suka membangga-bangga diri.

kami hanya orang kampung sahaja yang hanya kekurangan sahaja yang ada, tidak ada apa yang boleh dibanggakan sangat. dan kami hanya bersyukur dengan Nya, dengan apa yang telah dianugrahkan. walaupun seseorang tu buruk atau indah. semua makhluk tuhan, semua yang diciptakan adalah indah dan juga adalah yang terbaik.

hanya kita sebagai manusia yang menguruskan anugerahNYA. sama ada pada jalan yang baik atau buruk. dan aku juga ingin menyatakan di sini bahawa aku juga bukan manusia yang baik atau nak cakap aku ni seorang yang betul-betul beriman.



jangan hanya memandang dan melihat kita boleh tentukan bagaimanakah sikap, sifat, perangai dan apa jua lah tentang seseorang. kita hidup bukan seorang, cuba jaga sensitiviti dan hati orang lain. bukan hanya menghukum dan bertindak mengikut diri sendiri, kadang-kadang mata juga melakukan kesilapan, oleh itu ada caranya sebelum menghukum seseorang, siasat, selidik dahulu sebelum bertindak. entah lah aku pun tidak faham.

terserah lah pada mereka jika mereka berasa tindakan yang mereka lakukan adalah benar atau tidak. sesungguhnya tuhan anugerahkan kita dengan akal fikiran, jadi berfikirlah. sesungguhnya dengan mengaibkan orang lain tidak dibalas. sesungguh nya Dia maha mengetahui dan Dia lebih berkuasa. dan segalanya akan dibalas jua. terserah pada kita yang menentukan.

dan aku ulangi di sini. aku bukan lah hamba Nya yang penuh iman di dada, tetapi aku menjaga sensitiviti orang lain. fikir lah dengan baik, siasat lah dulu sebelum menghukum.

Right Klik

salam, aku begitu kecewa sekali dengan apa yang aku alami sekarang. dan sedayanya aku cuba control perkara tersebut. kerana terdapat blog yang copy pic dari blog aku dan gunakan pic tersebut untuk menghiasi blog mereka.

andainya, kami telah melakukan kesalahan pada mereka kami minta maaf sangat-sangat dan memohon agar pihak-pihak itu remove pic-pic aku dan orang-orang yang ada dalam hidup aku. minta mohon dengan jasa baik dari pihak itu. jika kami pernah melakukan kesalahan kita boleh face to face dan settle kan perkara tersebut.

niat post ini bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan tetapi mencari penyelesaian bagi kedua-dua belah pihak. dan berharap sangat perkara ini dapat diselesaikan. mengharap, memohon dan merayu.

pasti kita marah juga apabila ada orang lain copy and paste pic privasi kita dan meletakkannya dengan sesuka hati. dan pasti bagi warningkan. begitu juga dengan orang lain, ada hati ada perasaan. kalau kita marah pada mereka yang berbuat demikian kenapa kita perlu lakukan juga. kami memohon maaf sekali lagi. harap dipertimbangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...