Tuesday, November 1, 2011

Serang Menyerang.

Salam, dah beberapa hari aku sibuk dengan family aku, Dalam weekend yang lalu aku telah membawa ibu aku ke Johor Bahru ke rumah makcik aku yang berada di Skudai, kerana pada hari Ahad, beliau akan ke Kota Tinggi atas urusan menghantar pengantin (bahasa pasar). Pada mulanya ingin menaiki dua buah kenderaan (kereta), tetapi makcik aku mengusulkan agar menaiki sebuah sahaja, dan aku mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sahaja kerana cuaca di sana agak terik dan tidak sanggup untuk aku memanjakan diri aku dengan panahan sinar mentari terik itu.



Sepanjang aku duduk di rumah makcik aku itu tidak ada lain yang aku lakukan hanyalah beristirehat sahaja. Juga melayan mata aku yang agak suam-suam kuku mengantuk kerana cuaca yang sedap-sedap untuk tidur. Tiba-tiba aku dekejutkan dengan satu sms dari sahabat lama aku, beliau menyatakan bahawa beliau sedang kesedihan.

Setelah aku bertanya, rupa-rupanya ada seorang rakan lama beliau telah mengutuk beliau di dalam internet. Perkaranya sedikit sahaja tetapi aku membacanya agak keras juga kutukan tersebut. Aku tidak mendengar cerita dari kedua belah pihak, so aku tidak lah berapa pasti apa sebenarnya.


Begini, jika ingin membincangkan perkara kutuk mengutuk ini, adik aku sendiri telah mengalami perkara tersebut, sehingga habis facebook belia dikutuk oleh beberapa umat yang tidak ada maruah diri. i"m sorry to say, mengapa aku berkata demikian? pada pendapat aku, adalah lebih baik jika kita bersemuka dan cuba meleraikan benang yang kusut itu. singkap dan buka secara perlahan, baik dan teratur agar benang tidak putus. Tetapi sekarang ini kebanyakan orang mengambil jalan dengan membalasnya dengan mengadakan post-post di facebook, twitter dan macam-macam lagilah, asalkan berasa puas di dalam hati.


Tidak elok begitu, bukan satu penyelesaian yang baik, makin memburukkan keadaan jadinya. Entah lah, aku kasihan juga dengan sahabat aku itu, tidak dapat aku membantu kerana aku tidak tahu apa cerita sebenar, aku dapat tahu perkara ini telah lama berlarutan tiada penyelesaian, dan ada orang yang menjadi batu api sebenarnya.

Buat sahabat aku itu, seperti yang telah kau maklumkan kepada aku bahawa sahabat lama engkau itu sebenarnya salah faham, dan perkara itu bukanlah ditujukan kepada beliau. Hanya aku mampu bagi cadangan kau diam sahaja, biarlah dia dengan dunia dia. Lebih baik kau tumpukan kepada kerja kau yang dia kata tak berapa nak voke itu janji duit yang kau itu halal dan diberkati.



Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, janganlah dijadikan perkara itu untuk kita menjatuhkan air muka orang lain, fikir dahulu sebelum bertindak, siasat dan bukannya terus melulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...