Saturday, January 30, 2010

TAhNiaH

tahniah diucapkan pada sahabat aku yang seorang ni, kerana beliau akan melangsungkan perkahwinan beliau pada hari ini, dan aku doakan semoga berkekalan sehingga ke hujung hayat. amin

PeTAk KUniNG


masih lagi memperkatakan tentang sikap manusia yang suka melakukan kesilapan samada disengajakan atau tidak disengajakan. tapi kedua-dua situasi tersebut seperti disengajakan atas cara mereka berhenti di petak kuning tersebut.

cuba fikirkan adakan dia akan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain...... semestinya memang menyusahkan orang lain, betul tak?

KeLAkuAn

boleh lihat tak keadaan di hadapan rumah tersebut, sungguh menyakitkan mata, semasa gambar ini diambil, dah kira ok lah, tetapi sebelum ni dah sepertu pusat pengumpulan sampah di tingkat 15. tak faham sungguh dengan sikap manusia yang sambil lewa dan tidak perihatin dengan keadaan jiran-jiran beliau, atau jiran-jiran dia pun mempunyai sikap yang sama lebih kurang.


DiPEnuHi AiR

hari ini, aku bertolak ke putrajaya jumpa dengan someone. dan ada jemputan pada hari ahad, juga perlu menjemput adik aku yang berada di Damansara dan membawanya pulang ke kampung kerana ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan.

sampai sahaja di putrajaya, member aku tu call dan bertanyakan samada aku boleh jemput dia di Perbadanan Putrajaya atau tidak. so aku pergi menjemput dia di sana. dalam keadaan yang hujan lebat.

dan tidak aku menyangka keadaan di laluan di hadapan perbadanan tersebut mengalami kenaikan air, boleh ke dipanggil banjir kilat, bagaimanakah sistem perparitan, atau pun sistemnya baik tetapi akibat hujan yang terlalu lebat tempat itu dipenuhi air. biarlah pihak pengurusan yang menguruskan perkara tersebut. lagipun perkara seperti ini bukan dijangkakan pun.

PaGOH


salam semua, salam satu malaysia. hari khamis yang lepas aku telah menerima panggilan dari pakcik aku yang mengatakan bahawa nenek saudara aku, atuk cik, panggilan kami telah kembali ke rahmatullah, al-fatihah untuk beliau.

pic kat atas tu adalah nenek-nenek yang tinggal dalam keluarga aku.



aku bertolak dari rumah dalam pukul 8 a.m dan tiba dalam pukul 10a.m, ketika kami sampai mayat sedang dimandikan. dan kami menunggu sehingga mayat dikebumikan. setelah itu kami pun pulang ke lokasi memasing kerana masih ada lagi urusan yang perlu diselesaikan.

for her family, "yang pergi biarkan pergi, sentiasa diingati dengan sedekah kan fatihah, dan yang hidup perlu diteruskan".


gambap nasi tu pula aku singgah di kedai kegemaran aku di pagoh. memang sedap lauk-lauk yang ada di situ. dan selesai sahaja, kami terus pulang ke rumah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...