Sabtu, 3 April 2010

ApAKaH

dalam beberapa minggu yang lepas, aku membuat panggilan ke seorang sahabat aku, tetapi phone dia off, dan aku call dia lagi satu number dia, dan dapat. rupa-rupanya ada cerita tentang tu. aku juga kurang mengerti dengan sahabat aku itu. rupa-rupanya dia berkawan dengan seorang lelaki dan suami kepada orang lain.

akibat dari aku tercall number yang lama tu, perempuan itu sering call bertanyakan tentang sahabat aku itu. sungguh bosan, tiap-tiap hari call atau sms bertanyakan perkara itu. aku malas nak melayan kerana ini adalah urusan rumah tangga orang lain.


aku pernah beri nasihat pada kawan aku itu supaya lupakan sahaja budak tersebut, tetapi dia cakap pada aku yang dia tak boleh lupakan orang tersebut. bagi aku sampai porak peranda macam ini, nak buat apa lagi, hingga aku juga menjadi mangsa keadaan, memang lah kalau ikut seronok macam tu..... tapi kena juga fikir akibatnya, keperluannya, kesudahannya, jangan pakai tempuh sahaja. fikir orang lain.

It'S RaiNIng

alhamdulillah, setelah sekian lama menanti dengan sabar, akhirnya hujan turun juga dikampung aku. walaupun hanya satu atau dua jam sahaja, cukup syukur, dapat juga sejukkan alam dan suasana kampung aku, begitu juga dengan masalah air yang dihadapi, pihak-pihak yang dipertanggungkan juga menyelesaikan perkara tersebut, dan keadaannya kembali seperti dahulu.


sesungguh aku cukup bersyukur atas rezeki yang diberikan, dan hanya padanya lah aku berserah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...