Isnin, 4 Januari 2010

maNUSia BiaSA



salam, baru-baru ini aku ada terima email dari seseorang yang ingin bertanyakan hal sesuatu, dan soalan yang ditanyakan memang susah dan sukar untuk dijawab, dan soalannya juga mengingatkan kembali apa yang berlaku pada diri aku sebelum ini,

dan aku hanya manusia biasa yang ada baik dan juga buruknya, kita sebagai hamba Nya bukan lah sempurna, ada juga kesilapan yang telah kita lakukan tanpa kita sedari, apa yang aku katakan pada beliau adalah, kita perlu menghadapi dan melalui semua perkara dan kita akan nampak sama ada ianya adalah baik atau sebaliknya.






begitu juga dengan peristiwa yang aku alami baru-baru ini, mungkin apa yang telah terjadi itu adalah satu pembalasan terhadap aku sebelum ini, dan aku hanya memaafkan sahaja kepada mereka yang telah mengecewakan aku sebelum ini, mungkin ini pembalasan pada aku yang sebelum ini telah mengecewakan banyak hati manusia,





pada insan tersebut, minta maaf dengan jawaban aku, bukan tak mahu tetapi kita harus ingat bahawa manusia ini berubah tingkahnya, sama ada baik atau buruk, andai aku mengatakan ia adalah buruk, berkemungkinan mereka ini telah berubah menjadi seorang insan yang baik,



teringat satu cerita, di mana ada sebuah kampung dan tinggalnya dua beradik, si abang dan si adik, dan keduanya mempunyai karektor yang berbeda, si abang adalah dipandang mulia di kampung tersebut dengan amalan yang dia lakukan, manakala si adik pula di benci dan di keji kerana tingkahnya yang jahat dan selalu melakukan kejahatan, kehidupan mereka berdua juga jauh berbeza, di mana si adik memiliki kemewahan berbanding si abang,



pada satu hari, terdetik di hati mereka berdua,



"aku selalu beramal, manakala adik aku sentiasa melakukan maksiat dan kejahatan, ada baik nya aku mencuba untuk melakukan kejahatan", fikir si abang.



manakala si adik pula berfikir "aku malu dengan diri aku yang telah melakukan pelbagai kejahatan, aku malu pada abang dan seluruh kampung, ada baiknya aku melakukan kebaikan",



maka di takdirkan keduanya pun merantau keluar dari kampung untuk melakukan apa yang telah diniatkan, dan ditakdirkan juga, keduanya telah meninggal dunia dalam perjalanan mereka,



telah hadir malaikat kepa Allah dan bertanyakan hal tersebut, maka Allah telah perintahkan malaikat itu untuk mengukur jarak tujuan mereka, jarak si abang lebih selangkah kepada kajahatan dan langkah si adik selangkah lebih menuju ke kebaikan,



dan apa yang berlaku adalah, si adik telah dimasukkan ke syurga dan si abang di masukkan ke neraka,



jadi, aku ini hanya manusia biasa dan mana mungkin menentukan sama ada orang itu baik atau sebaliknya, dan tak terdaya aku menceritakan prihal terhadap apa yang telah berlaku pada diri aku, sama ada kecewa atau bahagia, biar ia tersimpan dalam memori aku sendiri.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...