Isnin, 18 Januari 2021

SEJARAH MASJID SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU.

 Artikal ini sebenarnya aku dapat daripada seorang kenalan aku di tempat kerja baru. Dia ada beri satu naskah tentang sejarah terbinanya masjid tersebut. Kebetulan, dan aku rasa macam menarik sahaja untuk di share kepada semua. Jom baca..


 

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar sangat terkenal dengan seni binanya yang menarik dan merupakan salah satu bangunan yang tertua di Johor. Ia terletak di tepi Pantai Lido, kira-kira satu kilometer dari Selat Tebrau yang tersergam indah di atas bukit Raden. Walaupun telah berusia melebihi 100 tahun, namun bentuk seni binanya tetap utuh dan teguh sehingga kini serta menjadi daya tarikan pelancong kerana keunikan seni binanya. Sempena mengambil nama Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar (Seri Maharaja) Ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Ibrahim.



26 Julai 1891, Selasa (1 Muharam 1310 Hijrah).

    Tuanku telah menitahkan pembinaan masjid dan meletakkan batu asas di tapak pembinaan.

Awal Tahun 1892.

    Pembinaan bermula dan mengambil masa 8 tahun.

4 Jun 1895, Selasa.

    Sultan Abu Bakar mangkat di London dan Yang Amat Mulia Tuanku Ibrahim telah di Mahkotakan            sebagai Sultan Johor.

Awal Tahun 1900.

    Masjid Sultan Abu Bakar siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan        Abu Bakar. Dihadiri oleh Menteri Besar Johor Dato Jaafar Bin Haji Mohamed.

2 Febuari 1900, Jumaat. (1 Syawal 1317 Hijrah).

     Masjid telah digunakan untuk solat Jumaat.

Sebuah penyodok perak bertangkai gading dibinkai binatang dan bulan sabit digunakan meraikan upacara meletak batu asa Masjid Sultan Abu Bakar oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar pada 1310 hijrah. Berukiran Jawi. Dipercayai berasal dari Great Britain sekitar tahun 1892 dengan ukuran panjang 28.5cm.

 


KEUNIKAN SENI BINA.

 Masjid ini adalah hakmilik Kerajaan Negeri Johor dan di tadbir olej Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Pada permulaannya, Masjid Sultan Abu Bakar hanyalah terdiri daripada sebuah block bangunan simetri. Keunikan seni bina pada empat menara berasaskan reka bentuk Moorish dan seiras dengan kebanyakan masjid lama Mesir.

Antara Masjid Ibn Touloun yang berinspirasikan dari Sammara dibina pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah (mesopotamia) manakala bentuk menara Masjid sultan Abu Bakar adalah mengikut bentuk bangunan dan binaan pada zaman Mamluk awal iaitu Qaluan (1250-1350) dan zaman Mamluk akhir iaitu Masjid Sultan Abu Bakar ini juga didekorasi dengan elemen seni era klasikal Roman dan Victoria. Masjid ini telah bertahan lebih dari satu abad  dan kekal sebagai warisan Johor. 

Senibina bangunan masjid ini mempunyai persamaan dengan masjid-masjid di negara Timur Tengah dan Asia Barat. Pangkal-pangkal tiang yang diukir indah tiada bezanya di beberapa buah masjid di Mesir seperti Masjid Kaiet Bey, Masjid Markouk, Masjid Azhar Sultan Zamandan dan Masjid Imam Shaf'ie.



KHUTBAH PERTAMA SULTAN ISKANDAR.

Dengan kemangkatan ayahandanya Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada hari Ahad 10 Mei 1981 jam 6.12 petang, maka pada esoknya jam 4 petang 11 Mei 1981 AlmarhumSultan Iskandar dengan rasminya diisytiharkan sebagai Sultan Johor dalam satu istiadat yang penuh kebesaran diraja di tangga Agong Istana Besar Johor.



1 ulasan:

Unknown berkata...

Hi, macam mana saya nak tahu carta organisasi masjid ini ye? Sebab saya perlu buat assignment berkaitan masjid ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...