Isnin, 15 Jun 2009

PiSAng


kan aku dah cakap ari tu, pisang tu busuk jer kat aku punya meja, tak tau lah aku ngan bebudak office ni, malas nak cakap lantak kat dia org, huhuhuhu....... jangan nanti jadi rubbish desk sudah, huhuhuu..........

sAtURday


hari sabtu sebelum pi kubur tu aku bawa mak aku dan member aku tu pergi ker tangkak, macam yang aku cakap mak aku nak membeli belah, sebenarnya nak beli barang untuk adik aku, last2 dia plak yang berbelanja beli kain, org ppuan, aku pun join gak beli kain untuk buat baju batik, terpikat sebab cantik dan kain nya lembut, makan tengahari sekali kat tangkak....... gelap sikit pic tu, camera murah.... huhuhuhu

ERmmM....


aku pergi kedai 1.90 kat labis, apa yang aku tak puas hati adalah tentang fenomena yang berlaku kat dalam gambar tu, tau tak apa tu, lagi satu benda tu dijual di kedai bukan muslim, di dalam islam kita sebagai muslim salah membeli ayat2 quran di kedai2 bukan muslim, sila ambil perhatian yer........





ini lah gambar kat atas yang telah didekat kan, hanya diletakkan di dalam bakul di atas lantai sahaja, sungguh tak patut......

pUAsaRA


hari sabtu kelamrin, aku temankan member kesayangan aku pergi menaikkan kepuk kubur, tak tau lah org2 panggil kepuk, aku pun panggil kepuk juga lah, sebelum tu aku bawa dia dengan mak aku pi tangkak sebab mak aku nak belikan barang untuk adik aku, kemudian terus jer pergi ke kubur ibu dia, sebab satu jalan jer.....






proses pemasangan kepok dijalankan, first dia meratakan kawasan kubur tersebut, bagi memudahkan pemasangan dan nampak rata tidak sengat lah,








pengukuran dilakukan supaya kepuk dipasang dengan baik, memastikan kedudukan kepuk tersebut memenuhi kehandak member aku tu, proses memasang kepuk dilakukan dengan berhati-hati supaya kepuk tersebut tidak rosak semasa proses






pemasangan, berat juga sebab aku tolong dia org angkat, lagi pun kawasan kubur tersebut berbukit, memang susah sikit nak lalu, sebab kubur2 yang lama yang tak ditanda, so kena pastikan betul2,







setelah siap memasang kepuk, proses memenuhkan 3/4 tanah ke dalam kepuk berkenaan, dulu aku ingat just letak pasir jer kat dalam tu, rupanya tanah yang diletakkan dulu, member aku sedang meratakan kawasan sekitar sambil mengambil tanah tersebut untuk memnuhkan kepuk tersebut.....................





lebih baik dan afdal jika anak sendiri yang membuat kerja tersebut, sungguh bersopan memasukkan tanah ke dalam kepuk tersebut, semasa tanah dimasukkan, batu nisan juga perlu diletakkan, supaya ia kekal dan tidak senget dikemudian hari, tanah2 yang dimasukkan juga diperoi kan sepaya setiap penjuru betul dipenuhi dengan tanah, supaya tidak berlaku pemendakan........



setelah siap memasukkan tanah, tanak di dalam kepuk tersebut diratakan dan dimampatkan untuk memastikan tanah tersebut cukup atau tidak......supaya pasir kecil yang diletakkan kemudian nampak memenuhi pusara tersebut...............setelah siap, dan pasti dengan kuantiti tanah, tanak di kawasan keliling pusara diratakan dan di kemaskan lagi................



proses meletakkan pasir kecil diletakkan, aku tak pasti berapa berat dan jisim pasir yang diguanakan untuk memenuhi pusara tersebut, tapi senang cakap satu guni lah, kemudian pokok puding ditanam di tepi supaya tak berlaku hakisan terhadap tanah................. kemudian pasir tersebut perlu diratakan dan diperkemaskan supaya nampak cantik........




pusara telah siap, dan nampak kemas dan cantik, jika mahukan tempahan jangan hubungi saya, tetapi org yang membuat kepuk terbabit di setiap daerah memasing, kemudian diadakan majlis doa yang diuruskan oleh datuk member aku tu....... SEMOGA ARWAH DICUCURI RAHMAT........ AMIN..........AL-FATIHAH......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...