Isnin, 13 Julai 2015

Mersing.

Pada 5 Julai yang lalu aku telah dipelawa oleh sahabat aku untuk bertandang ke rumah abang beliau dan berbuka bersama. Pada awalnya aku agak keberatan kerana aku bukanlah seorang peramah, tetapi merupakan seorang yang sedikit pemalu dan tidah pandai berbual. Tapi difikirkan semula why not,

Oleh itu pada hari Jumaat 3 Julai, sahabat aku ini menaiki bas dari TBS menaiki bas dan turun di Segamat. Dan aku menanti beliau di bustand Segamat. Setibanya beliau di Segamat, kami meneruskan perjalanan menuju ke Mersing. Muadzam, Pahang merupakan lokasi pertama yang aku singgah, ini kerana ingin mengisi minyak dahulu sebelum meneruskan perjalan.



Kali pertama aku pergi ke Mersing dengan menggunakan jalan Muadzam ke Rompin. Apa yang menarik pada hari itu jalan agak lengang dan dapat menikmati pemandangan dan melihat suasana kampung orang. Perjalanan pada hari itu memang lancar,  mengikut kata sahabat aku, apabila musim perayaan, jalan tersebut menjadi sibuk juga dengan kenderaan.

Setibanya di Pekan Rompin, aku mengajak sahabat aku untuk berhenti melihat dan meninjau bazar Ramdhan di situ, mungkin boleh bertemu dengan kuih yang agak istimewa (kuih tempatan). Boleh juga merasa kuih-kuih tradisional negeri orang. Sahabat aku membeli kuih Akok, kalau tidak salah ejaan. Selesai "tawaf" bazar ramadhan tersebut, kami meneruskan perjalanan.

Azan Maghrib, waktu berbuka puasa aku tiba di rumah abang sahabat aku. Dan seperti "langkah kanan",  kami turut serta berbuka puasa pada petang itu. Kami dihidangkan dengan juadah berbuka, Laksa Johor. 
"pergh.... memang terbaiklah, kegemaranku", bicara aku di dalam hati. 
apa yang membezakannya pada hari itu, kakak ipar beliau mengguna laksa bukan spegetti seperti kebiasaan.

Alhamdulillah, kenyang pada petang itu. Manakan tidak, dua pinggan aku layan Laksa Johor itu.

Pada malam itu, sahabat aku mengajak aku pusing (berjalan) di Bandar Mersing, dan "lepak" di tepi laut. Tetapi, lepak tepi laut diwaktu malam, sekadar dapat melihat cahaya dari kapal-kapal dan cahaya dari rumah api yang berhampiran. Seronok juga, kerana terasa suasana  sejuk dan tenang terasa dalam diri.

Keesokkan paginya, seperti yang sahabat aku janjikan, kami perlu pulang semula ke Segamat, kerana aku bekerja pada hari Ahad. Maka bergeraklah kami dari rumah abang beliau meneruskan perjalanan pada jam 11.00 pagi. Sempat juga aku singgah basuh kereta kerana berbulan rasanya aku tidak mencucinya, dan agak comot kelihatan.

Sempat pula sahabat aku membawa aku singgah di Pantai Pasir Lanun, sekadar duduk-duduk dan menikmati pemandangan sahaja. Kerana berada di dalam bulan puasa, jika tidak dah pasti duduk berendam di dalam air yang nampak kebiruan itu.

Setibanya di simpang antara Bandar Pekan dan Bandar Muadzam, aku bagi request pada sahabat aku.
"Bandar Pekan jauh tak dari sini?", tanya aku.
"Tidaklah terlalu jauh, kenapa", jawab dan tanya beliau kembali.
"Boleh tak bawa pi ke sana", aku membuat permintaan.
"Boleh jer", ujar beliau.
"wow. best", jawab aku kegirangan.
Niat hati sebenanrnya ingin merasa sejenis makan yang ada di Bandar Pekan, Puding Raja namanya. 

Setibanya di Bandar Pekan, sahabat aku membawa aku ke Muzium Sultan Abu Bakar. Rupa-rupanya dia juga telah lama simpan niat nak berjalan-jalan di kawasan itu. Tetapi tidak keseluruhan kawasan kami lawati. Ini kerana cuaca agak panas dan dalam keadaan berpuasa. 

Apa yang aku nantikan telah tiba, pergi ke bazar ramadhan yang mana terdapat pelbagai juadah-juadah berbuka puasa yang dijual. Dan sudah tentu aku mencari Puding Raja. Dan aku dapat apa yang aku inginkan, terasa seperti tidak sabar ingin merasa juadah tersebut.

Perjalanan pulang ke Segemat diterukan kembali, Kami tiba di Segamat Yayasan hampir jam 7, dan memutuskan untuk berbuka di kedai makan berhampiran sahaja.

Di sini ingin juga lah nak ucapkan terima kasih kepada sahabat aku yang sudi membawa aku bersiar-siar walaupun dalam berpuasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...