Monday, April 26, 2010

Kecewa

petang tadi sahabat aku call, dia lepaskan apa yang tersimpan dan apa yang berlaku pada dia. sebelum ini perkara ini telah pun berlaku, dan dia betul-betul tertekan dengan apa yang itu lakukan kepada dia. dahulu dia diburukkan. sebelum ini couple dia tu berlaku curang dengan dia. sememangnya dunia kini tidak ada yang boleh dipercayai. dan dengan tanpa rasa bersalah, dia menuduh member aku ini menghidap HIV.


hinggakan di forum juga diletakkan perkara tersebut. dan akibat tidak dapat menanggung apa yang telah diterima, sahabat aku ini telah pergi berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan, (blood test) nyata negatif. tetapi tuduhan tetap dilemparkan.

kemudian dia create satu account di myspace untuk menganiaya sahabat aku itu. dan bermacam-macam call yang masuk kerana number phone juga diletakkan di account tersebut. dengan bantuan rakan-rakannya, juga aku kenali, perkara itu disiasat dan dapat dikenalpasti siapa punya angkara. dan budak tersebut memohon maaf daripadanya. dan aku kenal dan juga pernah bersua dengan budak yang tidak berhati perut ini.


dengan perbuatannya yang sungguh tidak ada rasa bersalah, sahabat aku ini mengambil tindakan memakan pil tidur, dan macam-macam lagi yang telah dilakukan untuk menghadapi perkara tersebut. tapi atas nasihat rakan-rakannya dia cuba untuk pulihkan semangat dia semula.

tetapi beberapa hari ini, ada lagi tuduhan yang dia terima, terkilan rasa dihatinya. kerana dia masih lagi dituduh dengan tidak ada usul periksa. setahu aku dan sebelum perkenalan aku dengan dia, aku diterangkan tentang diri dia dari orang-orang yang pernah mendampinginya. kerana aku cukup berhati-hati dalam memilih kawan.

hari ini, dia call aku bahawa dia dapat call dari tiga number dan budak-budak yang call dia menyatakan ada satu account myspace yang meletakkan number phone dia di laman sosial tersebut. apa yang mereka mahu. setelah sekian lama member aku ini menjauhkan diri dari menimbulkan masalah dengan orang lain, tetapi dia tetap diperlakukan sedemikian rupa.

mungkin akan direportkan sahaja pada pihak berkuasa untuk mencari orang yang cuba menfitnah tersebut agar mereka sedar diri, tetapi aku cadangkan lihat dahulu apa yang mereka lakukan sebelum kita bertindak. kerana ini telah mengganggu hak privacy dan maruah seseorang. dan ini juga menyalahi undang-undang dan tindakan undang-undang boleh dilakukan.

terserah pada mereka untuk berfikir secara waras.


Cuka


CUKA sering digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya. Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.

  1. Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.
  2. Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.
  3. Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.
  4. Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.
  5. Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.
  6. Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.
  7. Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.
  8. Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.
  9. Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.
  10. Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.
  11. Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.
  12. Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.
  13. Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...