Memaparkan catatan dengan label luahan rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan rasa. Papar semua catatan

Rabu, 30 Oktober 2024

Puaka Atau Celaka.

Beberapa minggu lepas, aku telah didatangi oleh seorang rakan, kenalan lama, sejak aku mula bekerja di dalam sektor ini. Beliau menyampaikan perihal ada seorang ustaz ini telah datang berjumpa dengan timbalan.hadirnya beliau ke bilik timbalan tersebut aku tidak pasti untuk apa. Tetapi dalam perbincangan tersebut sempat memperkata dan mengumpat tentang aku.

Apa yang mereka bahaskan adalah, bahawa aku tidak pandai membuat montaj yang hebat,  dan mengatakan bahawa aku tidak boleh harap.

Aku tidak pasti mengapa dia orang ini terlalu bangang atau bodoh adakah mungkin? aku punya background adalah electronik komputer, bukan multimedia. dua perkara ini adalah berbeza, mengharapkan hasil aku sehebat montaj2 di televison, astro. tv3 dan lain-lain. Tidak kisah tentang perkara tersebut.

untuk meperbaiki kekurangan aku itu, walaupun bukan bidang aku juga bukan skop kerja aku, aku ambil inensiatif untuk belajar dan memperbaiki tentang perkara itu. Ada satu even ini, sebenarnya, proses menyipakan video itu telah 85% siap. Tetapi timbalan aku hadir tanpa bercakap elok. depan semua orang cakap aku tidak pandai. terus aku akui,

"oh... yer betul, saya memang tidak pandai", tutup cerita. dalam mereka berbual, aku mengemaskanh barang-barang aku dan terus beredar.

topik perbualan mereka, adalah untuk mengupah vendor bagi kerja penyediaan video tersebut. Itu juga menjadi sebab mengapa aku tinggalkan mereka. Sebab, adalah suatu perkara bodoh bagi aku lakukan, aku menyiapkan video tersebut tetapi tidak dapat bayaran, sedangkan mereka telah masukan di dalam  budget untuk video di dalam majlis tersebut.

Antara perkara lain, timbalan aku tu kaki kaut sebenarnya. semua pun nak diupah vendor, biar lah, aku tidak ambil hal tentang perkara tersebut.

Tetapi orang yang menajdi punca perkara ini, sampai bila-bila aku tidak lupa nama dan muka beliau. Bukan niat berdendam. tapi ingat untuk mengelak daripada bertembung.

Begitu juga dengan ustaz yang aku nyatakan di atas tadi, sebelum ini, banyak majlis dia yang aku bantu dan selesaikan, tidak sangka juga sedemikianlah perangai seorang uztaz. Yang ini, teks dan call daripada beliau, aku tidak akan pick walaupun secara tidak sengaja. aku akan mengelak dari bantu beliau selepas ini. 

Jika telah menyatakan itu, maka itu jugalah yang mereka akan dapat.

Rabu, 3 Julai 2024

Yang Cuba Digenggam Erat Tetapi Tidak Rapi.

Di dalam langkah aku meneruskan hari-hari aku dengan cuba tertibkan langkah dengan bergitu berhati-hati agar tidak tercalar walau satu garis di betis. Lumrah bagi sesiapa pun di dunia ini siapa tidak ada kesilapan yang berlaku dan membawa kemudaratan pada diri sendiri. Kebanyakan kita lebih suka dalam keadaan selesa daripada menghadap masalah-masalah yang mendatang. Tetapi kita hanya manusia yang biasa yang sentiasa didatangkan dengan dugaan dan cabaran, 


Selama ini aku berpegang bahawa, aku memerlukan seseorang paling kurang sebagai seorang rakan atau sahabat yang boleh menyokong, menasihati, membantu dan banyak perkara lain, kerana bagi aku, aku bukan seorang yang sempurna dan tidak mempunyai semua kelebihan.

Aku bukan seorang yang baik dan hebat, tetapi setiap perkara aku akan perhatikan dan teliti dan berfikir hujungnya menilai tentangnya. Hampir setiap perkara, termasuk memerhatikan orang-orang yang ada di sekeliling aku.

Yang paling rapat dengan aku juga tidak terkecuali. Setiap yang aku terima samada yang baik mahupun yang buruk, aku akan simpan di dalam memori atau hati, bukan bertujuan untuk aku berdendam atau ada perkara buruk lain dari aku kepada dia.

Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku selama ini, tetapi aku hanya bersikap tidak kisah sangat dengan semua perkara yang berlaku. Tetapi setiap satunya tidak pernah aku lupakan, paling besar kisah yang berlaku di kawasan berhampiran yang melibatkan pihak berkuasa, sebenarnya tindakan aku pada hari tersebut adalah kerana kehendaknya, apa yang berlaku dan amat mengecewakan aku adalah apa yang keluar dari mulut dia sendiri, seperti mahu melepas tangan

"Entah, tidak tahu apa kena dengan dia ni?", jawaban dia.

Pada saat itu, memang aku sangat terkedu dan terkesima, tapi satu kelebihan aku adalah boleh mengawal emosi, termasuk riak muka aku. Aku tidak menunjukan sebarang perubahan muka kecewa atau sedih dan sebagainya, tetapi berlagak seperti tidak ada apa-apa yang terjadi. Sebenarnya sepanjang hari tersebut aku bersama dia dan sepanjang hari di dalam hati aku sentiasa bertanya dan berputar-putar dengan peristiawa tersebut. Di dalam hati, memang tidak menyangka dengan tindakan dia.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang sepertinya, tetapi itu yang paling besar, aku berikan ia sebagai contoh untuk aku bercerita. Dan banyak juga bantuan yang aku minta daripada dia, tetapi banyak beralasan, adakah selepas ini, dia perlukan bantuan dari aku, aku juga perlu beralasan juga, aku rasa ini yang akan aku lakukan selepas ini, bukan untuk membalas dendam, tetapi cukup berbuat baik. Seperti kata perpatah:

 "BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI-KALI"

Dalam tahun 2024 ini, aku cuba jadi seorang yang berkeras hati, tidak mudah ringan tangan untuk membantu orang lain, serapat mana seseorang itu dengan kita, bukan sepenuhnya ikhlas dengan kita. Bukan membenci, aku berpegang, bahawa yang betul-betul ikhlas ada dengan aku adalah, ibu aku dan  Tuhan yang sentiasa memerhatikan aku yang sentiasa dalam kealpaan.

Hakikatnya, walau aku jauh dari mereka-mereka semua, aku menilai setiap darinya melalui laman sosial dan juga group perbualan yang ada. 

"APABILA HATI AKU DIJENTIK DENGAN KATA - CUKUPLAH, BIARLAH"

Isnin, 1 Julai 2024

Perkhidmatan Yang Sementara.

Membaca ayat sahaja seperti yang pelik telah berlaku, perkhidmatan apa yang sementara, jari di dagu. Sebenarnya tidak ada apa yang terjadi, Hanya perkhidmatan oleh pelajar yang menjalani sesi amali di syarikat-syarikat bagi memenuhi syarat untuk kelulusan institusi di mana mereka belajar.

Mai nama beliau, datang dari Kluang, Institusi tempat beliau ini belajar terlupa pula untuk aku bertanyakan di mana tempatnya.

Terima kasih yang tidak terhingganya, kerana telah membantu unit kami tidak sedikit sebanyak juga sepanjang tiga bulan bersama-sama kami menjalani dan menghabiskan dengan jayanya sesi latihan industri.

Banyak juga yang telah membantu dan meringankan beban dengan kerja-kerja yang sedia ada di sini.

Tu Jer lah, Rasanya, hahaha.....



Selasa, 11 Jun 2024

Scamer Oh Scamer

 


Scammer, atau penipu dalam Bahasa Melayu, merupakan individu yang menggunakan strategi penipuan untuk mendapatkan wang atau maklumat peribadi dari mangsanya secara tidak sah. Fenomena ini semakin meningkat dengan pesat dalam era digital ini, di mana teknologi memudahkan akses kepada pelbagai jenis penipuan. Dari e-mel palsu yang meminta maklumat perbankan hingga panggilan telefon yang menggoda, scammer memanfaatkan pelbagai platform untuk menjalankan aktiviti mereka.

Kejadian penipuan ini bukan sahaja memberi kesan kewangan kepada mangsa, malah boleh merosakkan reputasi serta kepercayaan dalam komuniti secara keseluruhan. Dalam masyarakat yang semakin terhubung secara digital, penting untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman scammer serta cara-cara untuk mengenal pasti dan mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan ini.

Baharu sebentar tadi, tidah sampai tempoh setengah jam, sekian kalinya aku menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, "+60163834**", yang menyatakan beliau ini dari DHL cawangan Durian Tunggal, Melaka. Beliau menyatakan aku ada membuat penghantaran bungkusan di cawangan tersebut dan barangan yang ada di dalam bungkusan tersebut merupakan sehelai t-shirt dan terdapat buku cheque dan ada lagi satu item yang aku terlupa apa item yang dinyatakan,

Beliau juga telah menyatakan aku telah melakukan kesalahan yang mana barang-barang tersebut telah menyalahi undang-undang. Walau bagaimana pun, adakah pihak perkhidmatan mempunyai kuasa untuk membuka semua bungkusan-bungkusan yang menggunakan perkhidmatan mereka? bukan itu satu kesalahan? 

Aku terus melayan panggilan tersebut, dan belia menyatakan ada menghantar notis secara sms di nombor telefon aku, dan tarikh-tarikh penghantaran pesanan tersebut tidak pernah aku terima. dan hujungnya beliau menyatakan bahawa aku perlu bercakap dengan pegawai polis yang akan disambungkan oleh beliau kepada aku untuk membuat laporan polis. Sambungan-sambungan talian ini hanya pihak scammer yang akan lebih bijaksana untuk lakukan sedemikian, untuk pengetahuan umum, tidak ada perkhidmatan yang begitu yang dilakukan oleh agensi-agensi. 

 


 

Sebelum ini, aku ada terima panggilan tentang penyalahguna urus niaga import/export, dan penyalahan gunaan lisen perniagaan yang kesemuanya berada sangat jauh dari tempat aku tinggal dan bekerja. dan banyak lagi panggilan tidak masuk akal yang aku terima. 

Mengikut pengalaman aku daripada rakan-rakan aku yang terpedaya dengan pihak scammer ini, sebenarnya tidak perlu dilayan dan perlu berhati-hati dalam menilai dengan setiap tuduhan yang dinyatakan kepada kita.Perlu lebih bijak dalam melayan scammer ini supaya tidak menjadi mangsa. Yang lebih penting tidak perlu menggelabah walaupun pihak scammer ini akan cuma membuat kita gelabah secara menerus dan akhirnya kita terpedaya disebabkan gelabah tidak mampu menangani panggilan tersebut.

Apabila pihak mereka berkata akan menyambungkan ke pihak ketiga dan keempat, iaitu dari agensi ini kepada agensi itu, maka itu ada penipuan, kerana tidak ada perkhidmatan tersebut di Malaysia, yang menyambungkan dari agensi ke agensi.

Juga, jika perlu membuat laporan polis, biasanya pihak scammer ini akan menakutkan kita, bahawa kita perlu membuat laporan polis di balai yang agak jauh dari kita yang sememangnya kita tidak sempat untuk melakukan perkara tersebut. Saya ingin nyatakan bahawa, laporan polis pada masa kini boleh dilakukan di mana-mana bali dan ia adalah secara online dan report tersebut kita boleh nyatakan di mana balai polis tersebut dan balai polis di sana boleh menerima laporan tersebut dari dalam talian.

Dalam perkara ini, kita akan meneroka lebih jauh tentang modus operasi scammer, kesan yang ditimbulkan oleh aktiviti mereka, dan strategi untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan. Dengan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang penipuan ini, kita dapat lebih berwaspada dan melindungi diri daripada ancaman yang dihadapi dalam dunia digital masa kini.


Isnin, 15 April 2024

Salam Syawal 1445H.


 Assalammualaikum w.b.t.

Telah tiba syawal tahun 1445H, dan umur aku pun dah semakin nak senja, 

"hahaha.... cenggitu",

Macam biasa, tiaap-tiap tahun aku akaqn mengatakan,

"dah bersawang blog aku ini", 

sekadar alasan mungkin atau bukan,  banyak perkara yang berlaku sepanjang hampir setahun aku tidak mengarang di blog aku ini. 

Pertama, kesibukan aku di tempat kerja hakiki, seperti biasa. Macam biasa lah dalam pejabat, ada suka ada duka, bila ramai mulut, macam itu lah keadaannya, oleh itu, hadap dan hadam sahaja lah apa jua yang ada.

Kedua, Aku telah berkecimpung dalam satu perniagaan di Johor Bahru ini, Dengan seorang kawan, tapi aku akan ceritakan juga perkara ini, mana yang mengenali beliau, diam-diamkan sahaja. tapi rasanya aku tidak akan menyatakan nama sebenar belau, bukan jenis aku nak mengaibkan org.

Ketiga, "hahaqha.....", 

aku warded, ini pun akan aku ceritakan. post yang ini, hanya untuk pengenalan dan pembukaan untuk lembaran baru tahun 2024, dengan keberkatan syawal ini, aku cuba untuk aktivekan semula, dengan menaip dalam blog ini, kekadang boleh rasa tenang jugakan?

Apa pun jua, aku ingin ucapkan, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin.


Khamis, 29 September 2022

Hari Letih.


29 September 2022. Bukan buletin bukan surat khabar juga, cuma kongsika aktiviti aku dalam meniti hari-hari aku sebelum nafas terhenti, 

"hahahaha..... ke situ pula", hakikatnya semua pasti nadi terhenti, hanya Allah sahaja yang mengetahui bilakah nafas kita terhenti. Segalanya telah terlulis dan telah ditentukan perjalanan kita, Pernah diajar dan dipesan bahawa setiap nasib seseorang itu berubah dengan ikhlasnya doa kita kepada Nya. 


 

Seawal jam 4 pagi aku telah membuka mata menikmati embun subuh, terkulat-kulat mata memerhatikan wajah yang suram dicermin. persiapkan diri kerana perjanjian memulakan perjalanan seawal jam 5 pagi. Seawal jam 4.45 pagi juga aku telah terpacak diperkarangan pejabat. Tetapi paling berterima kasih, kerana mereka tiba di pejabat jam 5.30 pagi.

"Trampil bro.....!!!!",  terbaik sangat yang boleh dipegang dengan janji-janji yang bergelar MELAYU. 

"eyh... aku juga melayu, hahaha......", ingat pesan tuhan tentang masa, sehingga diturunkan wahyu berkanaan pentingnya masa, dan juga telah diturunkan wahyu tentang berpegang kepada janji. 

"Tidakkah begitu? setuju atau tidak?",

Keletihan aku hari ini, kerana sepanjang hampir tiga tahun aku bertugas di jabatan baru, ini pertama kali aku keluar dari negeri sendiri kerana urusan kerja. Task hari ini, aku bersama-sama tiga orang lagi dari bahagian lain di jabatan pergi ke Kuala Lumpur atas urusan mencadang dan mencipta satu data base


 

Tujuan pengkalan data itu diwujudkan adalah untuk menyimpan beberapa dokumen tentang sesuatu premis di dalam kerajaan negeri bagi memudahkan mereka mengurus tadbir segala perihal.

Anjuran daripada MOSTI yang mana ingin membantu beberapa syarikat kecil bagi memulakan perniagaan teknologi data dengan bantuan daripada kerajaan pusat. merupakan sagtu pertandingan juga bagi syarikat-syarikat tersebut yang mana mereka perlu mencipta satu laman sesawang atau aplikasi dan akan dinilai oleh pihak MOSTI. Pemenang akan mendapat habuan bernilai RM250k. 

Jika aplikasi dan laman sesawang itu ingin diteruskan oleh agensi atau jabatan, mereka perlu menyambung pembayaran kepada syarikat yang dilantik bagi tujuan menyokong syarikat mereka daripada belakang. Hakikatnya bagi kerajaan negeri pula, proses pembayaran tersebut perlu mendapat kelulusan daripada beberapa agensi dan jabatan untuk kelulusan kewangan. 

"Panjang melewey pula aku bercerita bab lain",

Ada beberapa penyertaan daripada beberapa agensi dan jabatan tadi, setiap kertas kerja dibentangkan di dalam dewan untuk didengarkan kepada semua agensi dan jabatan dan akhirnya mereka akan menilai semua perbentangan dan memberikan undi. 

"urmm..... daripada jabatan aku, hahaha... sedih, diam-diam sudah", 

Mengapa? atas pemerhatian aku, memang tiada kekuatan dan impak besar yang dapat dimanfaatkan kepada masyarakat, kerana tujuan mereka mencipta laman sesawang ini atas sebab kegunaan di dalam jabatan sahaja, bukan untuk kepentingan kepada masyarakat. Sebenarnya aku telah lama mengetahui tentang laman sesawang yang mereka ingin wujudkan dan apa sebab kerajaan negeri menolak permohonan mereka. Aku sekadar berdiam diri dan memerhati, tetapi ada juga cadangan yang aku keluarkan semasa perbincangan tersebut.

Tunggu dan lihat sahaja di mana kesudahan cerita mereka. Aku ingin menilai dan comment  lebih, siapalah diri aku ini kan, sekadar semut merah kecil,

"hahahaha......",

Itu sahajalah cerita untuk hari ini, dan amat meletihkan kerja pada hari ini.

Isnin, 26 September 2022

LAIN.

Hari ini, setelah seperti aku tidak ambil kisah, tetiba sedang termenung di dalam toilet aku terfikir. mengapa hari ini, tidak boleh pick up phone, sebelum ini boleh sahaja pick up. Dan pernah aku dimarahi kerana aku tidak call bila berada di rumah. Tetapi hari ini lain.

Boleh sahaja aku menghubungi orang-orang yang ada disekelilingnya, untuk bertanyakan perihal, tapi malas aku lakukan sedemikian. Untuk apa?

Dan cara reply teks juga ada sedikit berbeza. Biarlah. lagi pun. "orang dah bahagia" memang sedar sahaja bahawa diri aku ini di mana letaknya. 

Pandai-pandailah, aku memang tidak meletakkan harapan yang begitu tinggi melangit kerana bermacam-macam yang telah aku lalui.


Ahad, 25 September 2022

Kerinduan Yang Tiada Batas.

Assalammualaikum, 4 Sept 2022 bersamaan 7 Safar 1444 hijrah  hari ini. Genap 3 minggu pemergian arwah adik aku Fauzi Husin, Dalam hati ini, hanya tuhan yang tahu betapa rindunya aku kepada Allayarham. Manakan tidak, setiap minggu mesti sehari aku datang bertandang ke rumah beliau, lepak bersama dan melayan karenah anak-anak beliau.


 

Aku juga berkongsi hobi yang sama, memancing. Sejak di kampung kami luangkan masa pergi memancing di sungai berhampiran, samada Sungai Chemplak, Sungai Labis atau sungai bersempadan dengan Felda Maokil. Telah aku berjanji dengan beliau, hari terakhir aku datang lepak bersama beliau, 30 Ogos 2022, sembang yang aku akan beli mesin dan joran baru, kerana perkakasan itu telah dipinjamkan kepada adik ipar aku yang di Bukit Jelutong, Tetapi tidak aku sangka, beliau pergi tanpa menantikan aku.

 

 

Setiap minggu aku berasa seperti tidak lengkap sekarang ini, kerana kurangnya satu aktiviti gurau senda gelak ketawa bersama beliau. Aku akan call dahulu sebelum hadir ke rumah beliau kerana, beliau punya jadual duty yang tak menentu, bergantung kepada kem, dan sentiasa akan mendapat panggilan hadir bertugas.

 

Kebiasannya, beliau akan masak jika aku datang bertandang ke rumah beliau. Dan kebiasaannya aku akan melarang beliau memasak untuk kehadiran aku. tetapi setibanya di rumah beliau, telah siap dihidang. kadang-kadang, aku akan berbual dengan beliau ketika beliau sedang memasak.

 

 

Masing ingat lagi hari terakhir, selepas pulang membawa beliau bersama anak-anak beliau bersiar menaiki baby red aku pergi ke kedai berhampiran. Dia pesan dengan anak-anak beliau, "nanti ajak Pak Long jalan-jalan tau", dan sering sahaja beliau pesan kepada aku, "ko tengok-tengokkan anak aku ni", In Sya Allah, anak-anak kau tanggungjawab aku kerana aku adalah wali utama kepada mereka.

 


Sememangnya aku merindukan dia, sentiasa. Cuba kuatkan hati dan cuba sibukkan diri dengan kerja-kerja harian dan di pejabat. 

Tetapi aku kekadang terasa sayu bila melihat anak-anak arwah yang kecil-kecil lagi, bagaimanakah kehidupan mereka yang merindukan abah. Memang aku manjakan mereka semua sejak dari dulu, tetapi sayang kepada ayah lain dengan sayang kepada pakcik. Allahu..

 

 

Along doakan kau sentiasa aman dan sentiasa diberkati di sana, sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang sentiasa diberkati dan dicucuri rahmat. Aku di sini akan sentiasa sedekahkan Al Fatihah untuk kau dan arwah abah, amin.



Rabu, 11 Mei 2022

Menjauh Tidak Membenci

Persahabatan adalah hubungan antara dua atau lebih orang yang didasarkan pada kepercayaan, pengertian, dukungan, dan rasa hormat satu sama lain. Ini adalah ikatan emosional yang kuat yang terbentuk melalui pengalaman bersama, komunikasi yang terbuka, dan saling pengertian. Persahabatan sering kali melibatkan berbagai aspek seperti kepercayaan, saling menyokong, keterbukaan, selesa dan saling menghormati,

Post pada kali ini aku ingin berkongsi tentang seorang sahabta aku yang baharu sahaja aku kenali dalam tempoh dua tahun. Di sini aku tidak menyatakan bahawa aku ini seorang yang baik dan mempunyai sikap dan budi pekerti yang boleh di sanjungi oleh semua pihak. Sekadar ingin  berkongsi sahaja apa yang telah aku terima daripada seorang sahabat.

Tidak perlu untuk aku bercerita bagaimana aku mengenali beliau di sini, cukuplah untuk pengetahuan umum, aku mengenali beliau melalui satu urus niaga beliau dengan aku.

Dalam tempoh persahabatan aku dengan beliau, banyak perkara dan kesabaran yang tinggi perlu aku hadapi. Yang tidak pernah aku lupakan di mana beliau telah campur tangan urusan aku dengan sahabat-sahabat lama aku, di mana perhubungan kami terjejas akibat daripada perbuatan beliau.(mungkin aku ceritakan kisah tersebut di lain post

Satu-satunya, perhubungan persahabatan yang aku keluhkan dan amat menyesal mengenali beliau. Tidak pernahh aku punya rasa seperti ini dengan sahabat atau kenalam-kenalan aku yang lain, yang mana aku perlu hadap dengan pelbagai tuduhan hampir setiap hari, dan ada sahaj pergaduhan juga pertelingkahan antara kami.

Pada tahun lepas Jun 2024, satu-satunya keputusan yang amat aku kesali, seperti yang diketahui umum, bahawa aku ada menjalankan perniagaan secara dari rumah iaitu perniagaan kek, yang aku teruskan dari dahulu. Kesinambungannya dengan mengenali beliau, aku bercadang untuk membuka satu kedai kek berkonsepkan vendor.

Dalam tempoh perniagaan tersebut, ada sahaja yang dia pertikaikan, termasuk harga keuntungan setiap barang yang diletakkan di kedai. yang mana setiap barangan tersebut pada asalnya aku letakkan keuntungan dalam RM5 setiap barangan yang diletakkan di kedai, tetapi dengan kehendak beliau yang menurut kehendak pembekal, aku akur dengan kehendaknya dengan meletakkan harga keuntungan hanya RM2. Di mana dengan nilai tersebut, kedai idak mempunyai hasil untuk membayar utility dan perkara-perkara lain. Dan tentnag perkara ini, aku akur dengan kehendak beliau, akhirnya aku dipersalahkan.

Apa yang tidak boleh diterima dengan tuduhan yang beliau berikan adalah, aku pecah amanah dan mengambil atau menggunakan duit kedai untuk kepentingan aku sendiri. Dan beliau meminta aku lampirkan statement bank untuk menilai dan menyemak perkara tersebut. Dan aku berikan lapiran tersebut kepada beliau, yang mana ada menampakkan aku ada menambah duit aku sendiri untuk membayar bayaran kepada pembekal-pembekal. Dan beliau telah hadir menemui aku dan meminta aku mebayar sejumlah RM600, kerana beliau menyatakan aku telah mengambil duit kedai untuk kegunaan aku sendiri, setelah lampiran bank diberikan, beliau terdiam setelah menili urus niaga di situ dan tidak ada yang boleh membuktikan bahawa aku telah mengambi9l sejumlah yang beliau nyatakan.

Ada beberapa perkara lain sebenarnya, tetapi aku berkongsi cerita yang besar di sini, aku tidak boleh menerima dengan tindakan beliau terhadap aku. mungkin aku akan konsikan di lain post.

Apa yang aku cuba terima dan bersabar dengan beliau dengan sikap yang tidak mahu mengakui kesilapan dan sentiasa mengulang-ulang perkara lepas dan sentiasa cakap berbolak balik. 

Di sini juga aku mengikut nasihat daripada orang yang peting dalam hidup aku iaitu ibu aku, dan beberapa rakan dan sahabat juga staff aku yang mengenali beliau, supaya menjauhkan diri dari beliau. Aku menjauhkan diri supaya dapat mengelak perkara-perkara negatif. Tidak berdendam dan tidak membenci.

Aku bukan bercerita kosong, tetapi apa yang aku kongsikan dalam post kali ini aku boleh sertakan dengan bukti-bukti dari perbualan aku dengan beliau di dalam whats app. Mengapa aku simpan semuanya, kerana apa yang aku nyatakan kemblai kepada dia, semua perkara dan tuduhan beliau terhadap aku, dia mengelak dan menyatakan tidak pernah berbuat seperti itu. Mujur aku masih simpan semua tuduhan beliau terhadap aku.

Tidak sesekaliu aku akan berjumpa dengan beliau dan meluangkan masa bersama. Biar menjadi sejarah yang terus kabur dalam ingata. Bukan seperti rakan-rakan aku yang lain, walaupun telah memberikan luka dan terkesan, tetapi aku masih lagi boleh duduk bersama meluangkan masa sambil menikmai secawan kopi.

Jumaat, 5 Januari 2018

Yang Terlepas.

Assalammualaikum dan Salam Muafakat Johor.

Dalam kita berkawan tidak kira di dalam alam maya mahupun di alam nyata. Pasti ada permasalahan antara sesama kita. Malahan sekarang teknologi komunikasi telah berkemajuan dengan wujud pelbagai aplikasi-aplikasi yang memudahkan kita berhubung dan merapatkan tali sillaturrahim. 


Hanya kita bersama yang menangani sama ada ia menuju ke perkara yang baik mahupun yang sebaliknya.

Kali ini aku ingin kongsi sedikit apa yang berlaku di dalam kehidupan aku sendiri, 
"bila pula aku kongsi atas perkara yang bukan aku lalui",

Begini, setelah whats app mewujudkan satu lagi tambahan dalam aplikasi mereka. Iaitu "group" merupakan salah satu tambahan yang punya banyak kebaikan, membolehkan kita mewujudkan satu kumpulan yang disertai oleh keluarga dan kawan-kawan, dan melibatkan penyertaan semua.

Begitu juga di dalam pejabat, memudahkan penyampaian maklumat yang penting disampaikan secara menyeluruh tanpa ada mereka yang tertinggal maklumat. Tetapi bergantung kepada penglibatan individu juga, sama ada melibatkan diri atau tidak, Mengapa aku berkata sedemikian, kerana aku juga punya group yang tidak sempat untuk aku campur secara sepenuhnya akibat dari kekangan kerja dan masa. Banyak perkara yang tertinggal.


Beberapa ketika setelah mempunyai group ini. Bagi aku, apa yang telah kita bualkan di dalam group tidak perlu kita hebahkan kepada dunia sebelah atau dunia lain. Apa yang telah dibincangkan atau apa yang berlaku di dalam group hanya orang yang berada di dalam itu sahaja yang terlibat. Tidak perlukan orang luar untuk campur mahupun ikut serta dalam permasalahan di dalam group.

Tetapi ada segelintir yang sengaja atau tidak telah membawa perkara rahsia di dalam group, dan dihebahkan kepada orang lain hingga menimbulkan satu situasi yang melibatkan beberapa orang lain. Dan agak menyusahkan.
Pasti ada yang berasa cemburu kerana tidak ditarik untuk melibatkan diri di dalam group atau dia sendiri yang punya alasan untuk berbuat demikian. Apa yang terjadi adalah orang yang disampaikan cerita sampaikan kepada orang yang tidak perlu ketahui apa permasalahan juga perbincangan tersebut.

Tetapi perkara itu telah dijelaskan dan orang yang bertanggungjawab telah menyedari kesalahan beliau dan memohon maaf kepada yang lain atas kealpaan yang berlaku pada beliau. Dan berjanji dan memastikan perkara itu tidak lagi berlaku.

Sekadar ada yang menggunakan situasi untuk kepentingan diri sendiri. Tetapi yang teraniaya tidak sedar bahawa diri dipergunakan.


Di dalam budaya group ini pun, kita kena membiasakan diri. Manakan tidak, penglibatan satu group kekadang disertai oleh hambpir puluh orang. Jadi, pasti tidak terlayan dan ada yang terasa seperti tidak dilayan lebih tepat tidak rasa kehadiran diri dalam group. Hingga ada yang terasa hati dan keluar group dengan alasan "hanya kroni sahaja" yang berada di dalam group.

Kekadang aku juga berasa sedemikian, kerana apabila aku mencelah. Seolah-olah, perbualan aku itu tidak disedari oleh yang lain. Perkara itu biasa jika penyertaan group itu melebihi sepuluh orang. Sekadar fikir positif dan ambil mudah sahaja perkara tersebut. Tidak perlulah diperbesarkan.
Tambah lagi ketika mereka sedang sibuk berbual dan bercerita. Pasti kekadang tidak perassan dengan kehadiran kita. Bagi aku, isu tersebut tidak lah besar mana.

Rabu, 12 Julai 2017

Nilai Sahabat


sedang aku scroll whats app group, aku terima satu video ini. just nice video i think. sebab tu aku macam terpanggil nak sharekan di sini.

Sepasang burung pipit. Tidak kisahlah dia sepasang kekasih atau kawan.

Yang aku fikirkan semangat setia kawan yang ada di situ. Sanggup bertungkus lumus supaya sahabatnya itu kembali pulih, tanpa ada rasa mengalah.

Dalam kehidupan kita, masih ada lagikah sahabat atau kawan yang ingin membantu kita dengan sepenuh hati. Mungin ada, tapi tidak ramai. Zaman sekarang ini, ramai kawan-kawan yang lebih ingin mengambil kesempatan sahaja. Tidak ada yang betul-betul ikhlas ingan berkawan.

Teringat aku pada seorang sahabat aku ini. Pada awalnya, kami berkenalan kerana aku telah menyertai kelas bawah kelolaan dan beliau yang mengajar di dalam kelas tersebut. Dan hubungan kawan itu tidak berhenti setakat kelas tersebut. Sentiasa juga dia menghubungi aku dan bercerita masalah yang beliau alami.

Sepanjang perkenalan aku dengan beliau, telah beberapa kali aku datang ke rumah beliau. Dua kali mingkin, dan aku juga telah tahu bagaimana kehidupan seharian beliau dan susah senang beliau dengan keluarganya (parent).

Apa yang aku tidak puas hati sangat dengan beliau? begini ceritanya,

Beliau mengalami kesulitan kewangan dan memerlukan bantuan, tidak nampak di matanya kawan-kawan yang boleh membantu. Dia bertanyakan dengan aku samada aku boleh memberikan pinjaman tersebut. Dan aku yang baik hati dan juga telah mengetahui bagaimana kehidupan dia, memberikan pinjaman sejumlah wang.

Dan beberapa bulan berlalu. Tidak bertanya khabar walaupun salam. Aku menghubungi beliau dan bertanyakan perihal wang yang aku pinkamkan dahulu. Dia berjanji ingin membayar sebelum puasa, dan selepas raya masih lagi tidak ada khabar berita. Aku faham kedudukan kewangan dia, tetapi kecewa dengan dia yang seperti sengaja mendiamkan diri. Bukan kerana wang yang aku fikirkan, tetapi nilai persahabatan.

Dan apa yang terbaik dia beri pada aku, dia telah pun unfriend  aku dari list facebook. tidak mengapa lah fikir aku. Biarkan sahaja diri dia begitu.

Ada aku bercerita dengan partner aku tentang perihal tersebut, dan pada aku ada beberapa barang kepunyaan beliau dan beliau inginkan barang tersebut. Partner aku berkata pada aku,
"biarkan sahaja barang dia itu, tidak perlu dipulangkan",

Rabu, 11 Mei 2016

Menjelang Hari Tua.

Salam Muafakat Johor.

2016, meningkat lagi tahun seterusnya. Begitu juga umur aku yang tidak dapat berhenti daripada sama ikut dari tahun ke setahun. September 2016, gemap umur aku 35 tahun. 
"Tidak percaya?",
Itulah hakikatnya, walaupun muka tidak menggambarkan yang seumpanya (perasan). Tapi di kepala dah banyak yang menonjolkan diri "uban", bukan kutu yer....

Setiap kali aku menyatakan umur aku kepada rakan-rakan yang bertanyakan perihal tersebut, rata-rata tidak mempercayainya.
"Aku dah 35 tahun lah....",

bukan tidak risau dengan peningkatan usia aku ini, bukan risau dari segi kesihatan, Alhamdulillah aku dikurniakan kesihatan yang baik sehingga hari ini. Sekadar risau aku belum lagi berkahwin. Adakah aku tidak ada yang mahu? 

"Kau memilih sangat", nyata kawan-kawan aku. 

Bukan memilih, tetapi mungkin aku terlalu merendah diri, tetapi memilih itu ada juga, sekadar sikit-sikit sahaja, Perlulah memilih kalau mencari calon isteri kan?

Dan aku juga tidak punya keyakinan untuk menanggung anak orang, kerana aku bukanlah seorang yang berharta. Seolah-olah kais pagi makan pagi yang ingin menanggung diri sendiri seolah-olah tidak mampu.

"Argghhhh.......", jeritan dalan hati.


Adik-adik aku semua telah bekerluarga, dan dalam tahun ini sahaja aku bakal menerima 2 orang anak saudara. Aku bila lagi?

Bukan tidak cemburu melihat kawan-kawan punya anak dan jalan bersama isteri masing-masing. Bahagianya rasa, Seronok kalu punya anak sendiri.

Semalam aku ada  berbual dengan seorang rakan alam maya "facebook", berceritalah aku yang terasa ingin mendirikan rumahtangga. 
"Berapa orang anak abang mahu?", tanya beliau kepada aku.
"3 atau 4 orang cukup lah kot", jawab aku.
"sikit sangat", ujar beliau lagi.
"Abang dah tua, takut tak mampu nak hantar sekolah nanti.... hahahaha", aku berseloroh.

Punya anak yang ramai, memang seronok. Akan datang akan memudahkan bila hari tua, jika diasuh dan diajar atau didik dengan sempurna. Ekonomi tidak beberapa stabil, mungkin itu salah satu perkara mengapa aku jawab seperti itu.

Aku berdoa sangat agar tahun depan aku akan berkahwin. 
"Calon?", 

Tidak punya lagi.

"Hahahahaha...... ", ketawa sendiri apa bila soalan seperti itu diajukan kepadaku.

Ada yang inginkan aku untuk dijadikan suami ker?

Mampukah aku bertanggungjawab. soalan yang sering berlegar-legar di kepala aku.
Mampukah aku membahagiakan seseorang.

sering sahaja aku mengeluh sendiri apabila kepala aku terlintas teringatkan perkara ini.

Sumpahan pada masa lepas mungkin ketika aku adalah seorang play boy. Bukannya bekas-bekas girlfriend  aku itu tidak cantik atau tidak baik. Semuanya baik sahaja. Tetapi aku masih muda dan masih fikir ingin enjoy menyebabkan aku tidak ambil seriouse. Sekarang menyesal. Dan difikirkan semula, kenapa aku takut mahu tackle perempuan seperti dulu-dulu. 

"entah.....",

Sakit kepala pula pikirkan benda ini, 
"Stop and next topic please", jawaban yang sentiasa aku berikan apabila aku telah malas ingin melayan pertanyaan atau topik-topik yang agak membosankan.

Sampai sini sahaja aku nak bercerita tentang diri aku yang agak membosankan ini. kikikiki


Isnin, 25 April 2016

Tidak Mengerti.

Dalam aku bersahabat atau berkawan. Tidaklah aku minta yang lebih. Sekadar duduk semeja dan berbual. Tidak pernah pula aku merasa aku ingin melebihi dari perhubungan sebagai seorang kawan.

Pada awal aku bekerja di pejabat ini. Aku mempunyai seorang kawan, sering aku lepak di kantin apabila lunch break tetapi beliau telah ditukarkan ke daerah lain, kerana mngikuti suaminya. Dan kawan aku berbual dan lepak pada waktu itu bertambah dengan beberapa orang.


Perbualan kami sekadar berbual kosong dan aku tidak berminat utnuk bercerita tentang perihal orang lain (mengumpat). Perbualan antara kami juga berkisar tentang masalah-masalah diri masing-masing yang ingin dikongsikan atau ingin meminta pendapat. Selebihnya hanya gurauan yang mahu menghilangkan tekanan semasa bekerja.

Tetapi di dalam setiap perhubungan persahabatan, pasti ada beberapa yang pasti akan menyakiti dan mengecilkan hati orang lain. Aku tidak terlepas dari merasa perasaan seperti itu. Dan jika ingin terus berfikir sedemikian, pasti hubungan persahabatan itu tidak akan kekal.

Sebenarnya, ada seseorang ini yang baru beberapa bulan join group perbualan kami ini. Pada awal dia campur memang tidak ada masalah, tetapi setelah beberapa ketika ia menjadi punca aku telah kurang rasa berminat untuk lepak bersama.


Dia ini seorang wanita dan berkahwin, dan di pejabat ada seorang lelaki ini. Lama kelamaan aku telah mendengar apakah hubungan mereka berdua. Aku sekadar dengar dan tidak ingin mengambil tahu apa-apa, kerana aku bukanlah seorang yang semppurna untuk menjatuhkan hukuman kepada orang lain.

Ada seorang teman aku menyatakan bahawa lelaki itu tidak berkenan jika perempuan itu duduk lepak bersama-sama dengan aku. Bagi aku, siapa yang join siapa. Dan mengapa pula lelaki itu nak cemburu sedang aku dan lelaki itu tahu perempuan ini adalah isteri orang. Dan aku juga tidak berminat untuk menjalinkan hubungan walaupun sebagai seorang scandle.

Aku respect mereka sebagai kawan-kawan aku. Dan tidak akan sesekali aku merosakan hubungan persahabatan itu. Dan aku juga tidak merasa rugi jika perempuan itu tidak mahu berkawan dengan aku. Teman aku ini menyatakan bahawa lelaki itu cemburu dengan aku. Ingin cemburu apa? kelakar sungguh.

Biarlah mereke dengan cara hidup mereka. Tidaklah aku ingin mengambil tahu. Dan apabila sesuatu perkara seperti ini berlaku, pasti aku akan lebih berdiam dan cuba menjauhkan diri. Bukan kerana aku takut, tetapi tidak mahu benda menjadi keruh dan terjadi sesuatu yang diluar jangkaan.

Aku sekadar ikhlas ingin berkawan dan bersahat. Bukan mencari scandle, musuh atau lawan.


Isu "Update"

Alhamdulillah, perjalan hidup aku agak tenag sekarang tidak seperti dulu semasa aku dikawal oleh seseorang. Ingin melakukan sesuatu terpaksa berhati-hati supaya aku tidak melukakan dan mengecewakan hatinya. 

"Eyh... sebelum aku lari tajuk",

Kerja aku sekarang ini semakin baik, alhamdulillah. Walaupun aku bukanlah seorang pekerja yang baik dan juga merupakan salah seorang pekerja yang bermasalah.

"hahaha........", ketawa sendirian.
 

Berbalik kepada tajuk yang ingin aku kongsikan pada post kali ini. Ia tentang beberapa orang kawan pejabat aku yang konon-konon agak bijak dan pandai. 

Sekarang, apabila kita update komputer. Kita akan mendapat offer dari pihak windows untuk menaik taraf window 7 kepada windows 10. Dan dengan sekali klik setuju, window akan dinaik taraf.

Tetapi, ia amat menyusahkan aku sebenarnya. Kerana golongan yang kenkonon bijak pandai ini, menaik taraf komputer masing-masing tanpa bertanyakan dahulu perkara tersebut kepada aku. Bagi aku windows tersebut tidaklah susah untuk dikendali, hanya interface sahaja yang agak berbeza. Bagi aku, ia hanya mengambil masa 5 minit sahaja untuk kita dapat mengusai dan menggunakan windows tersebut.



Tetapi, golongan tersebut pula, merupakan golongan yang agak malas untuk explore benda-benda ini.

Eyh.... terlalu emo pula aku. Bukanya apa. tadi ada seorang staff yang menghubungi aku bertanyakan prihal tersebut. Dan dia meminta aku downgrade kan pc beliau. memang menyusahkan. 
"hahahaha......................".




Selasa, 19 April 2016

Pengganti.

Assalammualaikum, Salam Sejahtera.

Telah masuk bulan April dan hampir ke hujung bulan juga. Bermacam yang aku lalui sepanjang tempoh setahun menjadi seorang yang seperti hilang pertimbangan juga pedoman.

sekadar hiasan
Sepanjang tempoh aku ditinggalkan, aku cuba perbaiki kehidupan aku yang telah aku abaikan, dari segi kehidupan juga kewangan. Dan akibat mengabaikan dan melebihkan, aku seperti terkais-kais sendiri. Banyak yang telah aku perhabiskan dalam mengejar kasih sayang. Tetapi smeua dusta belaka, penipuan demi mendapatkan kehendaknya. Aku menjadi seorang yang bodoh kerana mengikuti sahaja kehendaknya selama ini.

"Kau memang bodoh", tempik rakan aku kepada aku, yang juga meruoakan kawannya dan sememangnya mengetahui tentang dirinya yang sebenar.

Argghh...... ya, memang aku pernah bodoh kerana percayakan janji-janji yang telah dia berikan. Tidak aku sangka janji tersebut hanyalah janji kosong yang hanya mahu memenuhi kehendak dia dan kemahuan juga kemewahan mungkin.

Setelah beberapa ketika selepas perpisahan, Ada pelbagai orang yang teks kepada aku menceritakan segalanya. Memberitahu kapada aku siapakah dia sebenarnya. Dalam tempoh aku bersama dia, ramai juga yang dia cuba mengajak untuk menjadi couple, jika scandle itu sememangnya sudah pasti.

sekadar hiasan

Dan baru-baru ini, aku mengenali seseorang, dan tempoh dia kenal si dia agak seusia tempoh aku bersama-sama (mempunyai hubungan). Dan sering bertemu. Sungguh aku tidak menyangka.

Biarlah, dia dah punya kehidupan dia sendir dan mungkin sekarang lebih bahagia. Untuk apa aku mengingati kisah-kisah bersama dia. Sekadar menambah kesakitan dan luka di hati.

Dan sekarang punya teman baru. Mungkin tidak sempurna, tapi dia mempunyai hati yang baik. Mengapa aku cakap sedemikian? Dalam tempoh dua bulan ini, dia sering mengajak aku ke majlis keluarga dia dan sering juga bersama. Dan dalam tempoh itu aku melihat, siapa dia sebenarnya. Bagi aku dia lebih baik dari yang dulu.

In Sya Allah, tahun depan aku cuba untuk mendirikan rumah tangga. Ya Allah, kau permudahkan, AMin.




Selasa, 12 April 2016

Bersarang.

Assalammualaikum dan Salam Muafakat Johor.

Lama juga aku menepi dalam menyerikan aku punya ini. Bukannya tidak mahu menulis lagi, tetapi disebabkan kekangan kerja di pejabat membuatkan aku tidak sempat mengemas kini laman aku ini.

Dari awal tahun lagi, pelbagai program yang ada di pejabat ini. pelbagai audit yang datang dan pelbagai juga perkara yang perlu dilakukan. Jadi lupakan seketika apa yang tidak penting dan melakukan sahaja kerja-kerja hakiki.

Mana kan tidak, ada dua jenis audit yang hadir melakukan pemeriksaan, SSR dan 5s. Jadi banyak perkara yang perlu kami sebagai kakitangan perlu lakukan. Kekadang ingin tergelak mengenangkan peristiwa semasa melakukan kerja-kerja. Sehingga ada yang bertengkar.

Dan, pada waktu sekarang ini juga, aku telah melakukan dua kerja dalam satu hari. Pertama, aku melakukan kerja hakiki aku pada waktu siang hari, manakala pada sebelah malam pula aku membantu ibu aku di kedai makan ayah tiri aku. Oleh sebab itu, masa untuk aku berehat adalah kurang.

Banyak perkara juga yang telah terabai. Sehinggakan ada beberapa ekor ikan emas aku yang mati akibat terabai. Teruknya aku ini.

Tidak mengapalah. Aku cuba lakukan yang terbaik dalam menguruskan hidup aku sekarang. Dan banyak perkara yang perlu aku perbaiki.

by the way, aku punya seorang penghibur hati sekarang ini. alhamdulillah.

Selasa, 27 Oktober 2015

Facebook Account

Baru-baru ini ada kenalan aku menghubungi aku dan bertanyakan tentang account facebook aku. Dia bertanya samada aku mempunyai account lain selain yang sekarang. Aku memberitahu kepada beliau bahawa aku hanya mempunyai satu account sahaja (buat masa ini)

Sahabat aku ini menyatakan bahawa account tersebut mengandungi gambar-gambar yang agak seksi. 
"Benarka?", aku mencari kepastian di dalam ceritanya.
"Ya zal, budak-budak kecoh berbual tentang perkara ni", jelas belia kepada aku.
Aku meminta id facebook tersebut. Dan memang benar account tersebut menggunakan gambar aku sebagai profile picture.

Apa yang mampu aku lakukan hanya menghubungi owner facebook tersebut untuk menghentikan perbuatan beliau terhadapa aku. Meminta secara baik.
Alhamdulillah, beliau telah meminta maaf dari aku dan akan delete account tersebut. Dan beberapa hari ini, profile tersebut telah tidak nampak di laman sosial tersebut.

Terima kasih aku ucapkan kepada beliau.


https://www.facebook.com/mfaizal.danny
ini sahaja lama facebook yang aku ada

Manusia.



Assalammualaikum, Salam Selasa. post kali ini aku nak ceritakan tentang manusia dan perhubungan. Baru-baru ini, seorang kenalan aku menghubungi aku bercerita dan meminta bantuan dari aku dalam menyelesaikan masalah beliau. Ia berkaitan dengan orang yang rapat dengan aku.

Semasa perbualan tersebut, sahabat aku ini terlepas cakap tentang apa yang orang itu bercerita tentang diri aku. Dalam baik rupa-rupanya mereka memburukan aku dibelakang orang lain. Mereka juga menyebar-nyebarkannya. Walhal bukan jauh mana mereka dengan aku.


Bukan sekadar diri aku sahaja, selama aku mengenali mereka ini, bermacam onar yang telah mereka timbulkan. Ramai juga kenalan aku yang telah menjadi mangsa mulut mereka ini. Untuk menutup dan risau keburukan diri sendiri diketahui umum, mereka menggunakan kelemahan, kesilapan dan keburukan orang lain untuk dijadikan isu hangat supaya yang lain lupa tentang apa yang telah berlaku pada diri mereka.

Bukan aku dan mangsa-mangsa mereka tidak mengetahui apa yang telah terjadi di kalangan mereka. Setiap keburukan mereka telah lama diketahui oleh aku. Hanya aku diamkan diri dan tidak menyebarkan aib mereka kepada orang lain. Boleh sahaja aku post  di facebook/ twiter bermacam lagi laman sosial.

Tapi bagi aku, untuk apa. Apa yang aku dapat dengan menyebarkan aib mereka. Tidak mendatangkan keuntungan pada diri aku mahupun keluarga aku. Sesungguhnya Allah itu ada, mereka tidak sedar bahawa keburukan mereka semakin lama semakin diketahui orang. Bukan dari mulut aku sendiri, tetapi orang lain. Aku mengetahuinya kerana ada orang lain hadir bertanyakan perihal mereka pada aku. Jawapan yang aku beri sekadar "tidak tahu".

Biarlah apa yang mereka ingin lakukan kerana Tuhan itu ada untuk membalasnya. Dan aku ingin menyampaikan ribuan terima kasih di atas information yang diberikan kepada orang sekitar.

Ahad, 10 Mei 2015

Belajar Memaafkan.

Assalammulaikum dan salah sejahtera.
Berbulan-bulan lamanya saya tidak membuka blog ini, sehinggakan saya sendiri hampir lupa password untuk log in.

Pelbagai perkara yang aku lalui selama awal tahun ini, kebanyakannya berduka. Sehingga hampir setiap malam aku menangis mengenangkan apa yang telah aku lalui selama hampir sebulan. Sehingga ada seorang sahabat menasihati aku supaya cuba untuk memaafkan. 

Pada mulanya, memang sukar untuk aku lakukan kerana memikirkan sakit yang telah aku terima. Mengingatkan apa yang telah aku lakukan dan berikan. Sebenarnya apabila aku mengingatkan itu semua, maka akan bertambahlah rasa sakit dah tersiksa lah bain dan hati.

Sekarang aku cuba untuk melupakan daripada terus mengingat perkara-perkara yang telah berlalu. Suapay tidak terasa sangat dengan apa yang telah berlaku. Belajar menerima dan redha.

Bila difikirkan semula, hampir aku tergelak. Manakan tidak, tidak pernah aku berduka sedemikian rupa walau apa yang aku tempuh itu lebih menyakitkan dan lebih memilukan. Sekarang aku hanya lakukan dengan mencari kawan-kawan lama semula dan mencari kenalan baru yang boleh dibuat rakan unyuk berbual atau bersenda supaya tidak memikirkan apa yang telah berlaku.

Dan aku juga telah melakukan beberapa aktiviti semasa lapang bagi sibukkan diri aku agar tidak terlalu mengingat. Bila berada di pejabat, memanglah dipenuhi dengan kerja-kerja, tetapi apabila di rumah banyak masa yang aku bazirkan begitu sahaja.

Aktiviti pertama: Aku telah membina sebuah reban ayam, niat dalam hati ingin membela ayam kampung dan ingin aku jual apabila sampai tempoh. Pada awal-awal ini aku sekadar membeli dan membela 10 ekor anak ayam yang aku beli di sebuah kedai yang membekalkannya di Muar. Dalam bulan depan aku merancang ingin membeli lagi 10 ekor. dan begitulah juga pada bulan-bulan yang berikutnya. Harap-harap Tuhan menyebelahi aku dari segi rezeki, Amin.

Aktiviti kedua: Ingin aku menanam cili, tapi ini dalam perancangan kerana keluasan tapak rumah ibu aku tidak seluas mana. sekadar kecil-kecilan. Juga dengan niat sibukkan diri dengan kerja-kerja berfaedah. Memandangkan ingin membeli dan mencari cili kampung agak sukar pada masa ini. Sekadar ingin makan sendiri boleh lah.

Harap-harap apa yang aku lakukan ini tidak "sehangat tahi ayam sahaja" 
hahahahaha.... doa kan aku jadi penternak berjaya yer kawan-kawan.
terima kasih

Ahad, 14 Disember 2014

Yang Jelik.

Aku teringatkan tentang seorang sahabat aku ini. Kisah beliau adalah, ada lah satu hamba Allah ini. Dari segi perwatakan yang aku lihat, dia ini memang seorang yang suka bergurau, dan percakapan dia di antara kawan-kawannya agak kasar. Bagi aku memang cara masing-masing. Kerana aku juga begitu dengan kawan-kawan yang agak biasa dengan aku dan sebagainya. Kerana masing-masing dah tahu hati budi masing-masing, oleh itu tiada masalah kalau bergurau yang agak kasar.

Mahu dijadikan cerita, pada awalnya Hamba Allah ini (aku letakkan pengganti sebagai K) ini berbual-bual dan bersenda mengenakan seorang lagi sahabat (aku gantikan sebagai H) di dalam pejabat. Kata-kata K mengenakan H agak kasar juga, manakala H berfikiran bahawa K memang seorang yang suka bergurau.

Setelah K mengenakan H, dan ada juga gelak ketawa dari kawan-kawan yang campur berbual di kalangan mereka. Si H pula mengenakan K, dengan niat bergurau seperti mana K mengata dan mengutuk Si H. Tiba-tiba sahaja K melenting dan tidak boleh menerima gurauan daripada H. Yang lain juga berasa amat terkejut dengan tindakan K, kerana pada fikiran mereka K ada seorang yang boleh menerima gurauan kasar dari melihatkan kata-kata yang K keluarkan.

Apa yang menjadi masalah adalah Si K, telah melakukan sesuatu di luar jangkauan, di mana K telah melakukan sesuatu terhadap kenderaan H. Akibat daripada tidak puas hati.

Hakikatnya, Jika kita tidak boleh menerima gurauan daripada orang lain. Maka jagalah kata-kata yang keluar dari mulut sendiri. dan jangan bergurau dengan orang kalau diri sendiri tidak boleh tahan dengan gurauan orang lain.

Sejak dari hari itu, aku mengambil ikhtibar dari cerita sahabat aku itu dengan diri K, supaya aku tidak tersalah cakap dengan beliau. Dan yang pasti, aku perhatikan bahawa ramai dikalangan kawan-kawan aku yang mengelak daripada berjumpa juga berselisih dengan K ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...