Saturday, February 13, 2010

PLaZa Low YaTt




hari ini aku menemankan sahabat baik aku yang seorang ini untuk pergi membuat beberapa urusan di Plaza Low Yat, kuala Lumpur, pergi dengan menaiki kereta, aku ingatkan hari ini kl dah lengang rupanya belum lagi, jalan masih sesak dan nak cari parking pula paling bawah skali kat Plaza Low Yat tu.



setelah itu aku mengajak sahabat aku tu bersiar-siar di Mid Valley, terlalu lama juga aku tidak menjejakkan kaki aku di sini, sejak aku bekerja di sektor kerajaan ini. hanya satu tujuan aku pergi ke Mid Valley iaitu melihat pet wonderland, saja nak tengok haiwan peliharaan di situ. suka tengok ikan laut kat situ, berwarna-warni dang mengasyikkan, bila lah agaknya aku akan dapat membela ikan dari lautkan.



seperti sebelum ini. sahabat aku ini berjanji mahu belanja aku makan nando's dan hari ini hasrat beliau tercapai, sebenarnya aku yang minta dia belanja, sebab dia dah berjanji dengan aku. kesian dia kena ketuk ngan aku.




selesai sahaja makan kami terus pulang ke putrajaya kerana sahabat aku ini terpaksa kerja, overtime malam pula, post ini pun aku buat semasa di office dia, tak tau apa yang ingin dilakukan di sini. dia pun buat kerja dia jer. *sibuk ngan facebook..... aku pun sama juga, sibuk ngan facebook. hahaha...... apa aktivi malam ini yer.....

MaJLis PerKAHWinaN


pada minggu lepas aku telah pun pergi ke jalan peel untuk menghadirkan diri untuk majlis perkahwinan sepupu aku, sebenarnya aku tak merancan untuk datang yang kat kl ni, begini ceritanya, pada hari sebelum itu (sabtu) aku telah pun pergi ke muar untuk majlis perkahwinan sepupu aku juga. dan aku juga ibu aku telah pun singgah ke rumah makcik aku.



dan kami pun lepak untuk menghilangkan rasa letih akibat kepanasan dan juga menghilangkan rasa mengantuk. ibu aku berborak dengan makcik aku dan makcik aku itu beria-ia nak pergi majlis perkahwinan di jalan peel tu, aku memang lah terasa malas nak pergi sebab minggu dapan (minggu ini) aku akan turun lagi ke kl ni.



oleh kerana aku tak mahu mengecilkan hati makcik aku tu, kami pun telah membawa beliau ke kl dan bermalam di rumah adik aku di putra perdana, puchong. dan keesokan hari nya kami pun pergi lah mengenyangkan perut di majlis perkahwinan tersebut. but aku tak makan sangat nasi minyak, tak minat dan perut aku akan mengalami macam-macam masalah akibat dari memakan rempah yang banyak kuantitinya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...