Isnin, 3 Oktober 2011

Majlis Open House.


Pada hari Jumaat yang lepas, Pejabat Tanah Segamat telah mengadakan satu majlis yang agak compact juga, yang mana terdapat beberapa majlis di dalam satu majlis yang diadakan. Agak meriah juga lah, tetapi majlis itu boleh dikatakan majlis yang tertutup juga kerana hanya kakitangan dan keluarga kakitangan sahaja.



Aturcara bermula dengan bacaan marhaban beramai-ramai yang diketuai oleh En Hanafi dan rakan-rakannya. Bergema juga suara bacaan marhaban di dalam Dewan Serbaguna Segamat. Seterusnya En Sahlan pula memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis pada malam itu. Tuan Haji Muzaldin pula dialu-alukan memberikan ucapan beliau.


Antara majlis yang diadakan pada hari Jumaat itu adalah, 
  1. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Tanah Segamat,
  2. Majlis Kesyukuran Sempena Penglibatan Warga Kerja Pada Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Segamat,
  3. Majlis Meraikan Bakal Haji,
  4. Majlis Meraikan Anggota Yang Telah Bersara,
  5. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.






Selesai Pentadbir Tanah memberikan ucapan, majlis diteruskan dengan acara makan hidangan yang disediakan. Terima kasih kepada pihak yang berusaha menyediakan makan malam pada hari itu, kerana makanan yang disediakan tidak kurang hebat, memang sedap. dalam menikmati makan malam itu, kami dihibirkan dengan persembahan nyanyian dari anggota jabatan.

Selesai acara menikmati hidangan acara diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan cenderamata oleh Tuan PTD kita, Di dalam majlis yang diadakan pada kali ini, kami anggota Pejabat Tanah Segamat dikehendaki menyediakan hadiah, seorang satu. Ini bagi tujuan majlis pertukaran hadiah antara anggota pejabat. Hadiah-hadiah tersebut telah dikumpulkan sehari sebelum majlis berlangsung, dan pada hari tersebut hadiah itu diberi dengan mengadakan cabutan undi yang menggunakan bola ping pong, mengikut nombor yang ada pada bola ping pong dan dipadankan dengan nombor yang terdapat pada hadiah itu.


Bagi kanak-kanak (anak-anak anggota pejabat) pula, pasti seronok apabila Tuan PTD sudi memberikan duit raya di dalam majlis itu. Tersenyum lebar dan tidak bersabar-sabar kelihatan, keceriaan terpancar diwajah masing-masing.

Di dalam majlis ini juga terdapat hadiah bagi keluarga ceria, keluarga yang bertuah adalah keluarga En Ishak. Tahniah dari saya. Dan kenangan manis bagi aku pada malam itu kerana aku memenangi hadiah Grand Prize pada malam itu, tidak menyangka, kerana mungkin tuah aku menjadi juruacara pada malam itu agaknya.


Tahniah pada pihak pengurusan yang menjayakan majlis pada malam itu, dan agak meriah juga. Kelihatan kemesraan antara anggota pejabat. Mungkin pada tahun depan boleh diadakan lagi majlis seperti ini.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...