Wednesday, December 9, 2009

SeNGaL


petang tadi selepas balik kerja, mak aku call suruh ambil dia di depan jackel segamat, so aku pergilah, dan makan di satu kedai makan di situ.

bukan nak cerita pasal kedai makan tu, memang sedap pun lauk-lauk yang ada di kedai tu, yang aku nak ceritakan adalah tentang giant di segamat tu (sorry), aku bengang betul, aku masuk pakai lah jacket, lepas tu ada sorang guard tu datang dan cakap tak boleh pakai bila masuk, pelik, selalu aku pergi di mana-mana pun tak ada yang macam tu. tah lah,

kalau sebelum aku masuk dia dah cakap tak apa, ni dah masuk dan pusing-pusing kat dalam tu baru nak bagi tau, walhal mamat bangang tu duduk kat pintu masuk giant tu lagi, sekadar pandang dan bukan nak bagi tau yang tak boleh nak pakai jacket tu...sengal....

hilang mood aku nak bershopping hari ini...

BuDAk MoToR

aku bengang betul dengan budak-budak motor kat tempat aku ni, memang kelas bawahan, yer lah, macam tak ada tempat lain nak melepak, kat sinpang-simpang jalan juga dia nak melepak, ada ke baghal sungguh,
aku tak kisah kalau dia nak melepak kat mana pun, ini di tengah-tengah simpang, pi lah lepak kat warung ker, tepi parit ke, duduk dalam parit pun tak der hal lah. sungguh menyusahkan orang sahaja. kalau kena langgar siapa yang susah, tak mak bapak ko org juga ker.....
dah tak perlu lepak jer, baring sekali kat atas jalan tu, senang kurang sikit budak-budak yang bermasalah dan susah nak dengar cakap ni, boleh melepak tapi tempat yang strategik lah bro.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...