Ahad, 20 Disember 2015

Dalam kita menjalani kehidupan ini, mustahil jika seseorang itu tidak memerlukan seorang sahabat atau kawan. Tidak kira apa juga kepentingan dia berkawan. Begitu juga aku, memerlukan seorang sahabat untuk aku berbual dan meminta bantuan jika memerlukan.

Tetapi bagi aku, kebiasaannya aku berkawan bukan untuk aku mengambil kesempatan terhadapa kawan-kawan aku. Sekadar ingin mempunyai teman untuk aku berbual dan lepak bersama jika ada kelapangan. Untuk bercerita masalah mungkin tidak, kerana aku tidak pandai bercerita tentang masalah yang aku hadapi.

Aku mempunyai beberapa kenalan baru, dan sering juga aku keluar lepak bersama. Tetapi ada yang mempunyai sikap yang terlalu bangga diri. Dan setiap perkataan yang keluar dari mulut seolah-olah tidak boleh dipercayai kerana banyak keraguan. Aku menilai setiap perbualan, bukan menerima bulat-bulat dan terus mempercayai.

Dan aku juga akan menilai setiap kenalan aku, bukan memilih tetapi ingin melihat bagaimana cara mereka. Sama ada boleh bersahabat lama atau mereka sekadar sebentar sahaja. Setiap orang ada cara masing-masing, tetapi bagi aku, aku ingin mempunyai satu persahabatan yang lama dan berkekalan. Biar banyak kawan jangan banyak musuh.

Pada suatu masa dulu aku mempunyai ramai kenalan dan kawan-kawan. Mungkin kerana kealpaan aku, dan menuruti cakap orang tersayang yang ingin aku tinggalkan semua, aku tinggalkan. Nah!!, sekarang apa yang berlaku. Aku ditinggalkan. Silap aku, bukan dia atau mereka.

"Lebih dari seorang kawan?",

Ramai yang meminta dan mengajak, tetapi hati aku belum bersedia untuk menerima. Terlalu beku dan tidak mampu bagi aku membuka pintu hati aku. Mungkin apa yang telah berlaku pada masa lepas membuatkannya terus membeku. Aku cuba untuk menerima, tetapi memang sukar. Aku tidak pasti nak cakap macam mana. Biarlah masa yang menentukan.

Setiap yang berlaku punya sebab yang tertentu. Dan kita perlu menerima dan menempuhnnya denga redha.

Bersahabat di alam maya?

Bagi aku tiada masalah, kalau betul dengan caranya. Tetapi di alam maya ramai yang tidak jujur aku rasa. Ada yang cuba mengambil kesempatan, contoh cuba meminjam atau meminta duit. Dan ada beberapa yang cuba minta top up handphone, dan selepas tu, senyap begitu sahaja.

Entah, bergantung pada niat masing-masing.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...