Khamis, 19 Mei 2016

Rehat-Rehat 1

Jom ketawa


Tukun.

Salam Muafakat Johor,

Dalam zaman teknologi sekarang ini, Kita tidak boleh ketinggalan dalam ilmu pengetahuan tentang keluaran dan barangan serta teknologi yang terkini. Ini akan menjadikan kita buta akan peralatan dan kemudahan yang telah muncul.

Perkembangan dalam dunia teknologi sekarang amat pantas, ada sahaja keluaran yang terbaru dan lebih baik dari sebelumnya. Lebih-lebih lagi perkembangan gadget seperti handphond atau smart phone.

Sebenarnya, post kali ini aku ingin share tentang beberapa komputer yang ada di tempat aku bekerja. Komputer tersebut telah berusia sangat lama, dan boleh sahaja terus dilupuskan.

Ada satu di kalangan komputer tersebut, aku repaire minggu lepas. Yang mana, terlalu sukar bagi aku untuk melakukan pembaikan. Bukan kerana apa, kerana aku sukar mendapatkan barang gantian bagi memulihkan komputer tersebut. Kerosakan yang dialami adalah, kegagalam ram dalam berfungsi dengan baik, kerosakan hard disk.

Aku bernasib baik kerana mother board komputer tersebut telah menyediakan sambungan sata. Sekadar mengalami kesukaran bagi mendapatkan RAM sahaja. Puas aku mencari RAM yang elok untuk digantikan. Dan nasib menyebelahi aku, masih ada beberapa keping lagi yang boleh diguna pakai.

Ambil masa dalam seminggu kerana kesukaran aku mendapatkan barang gantian tersebut. Dan keadaan menyebelahi aku juga, kerana staff tersebut tidak memberikan complain akibat lambat menyiapkan komputer tersebut. Mungkin kerana staff baru dan tidak berani lagi memberikan kata-kata kepada yang senior

Itu sahaja post pada kali ini, kepala agak bengal kerana tidak cukup tidur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...