Tuesday, January 25, 2011

Khasiat Ayat Kursi

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.




Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.



Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Bukan Mudah II.





Sebagai Abang.

Sebagai yang sulung sudah pasti aku akan menjadi contoh kepada adik aku yang lain. Ini yang susah sikit, kerana aku tidak punya sikap yang begitu baik, kerana aku juga ada sikap nakal dan kedegilan aku sendiri.

Kekadang aku juga ada sikap pentingkan diri sendiri, yang mana aku tidak begitu ambil peduli dengan adik-adik aku. Seperti apa yang mereka ingin lakukan, biarlah, mereka ada kehidupan mereka sendiri, yang penting aku ok. Begitu sellfish bila dengar aku berkata sedemikian.




Aku tidak punya sifat yang bertanggungjawab, mungkin itu yang boleh aku perkatakan tentang diri aku sendiri. Sehingga Adik aku yang ke empat berkata,

"aku ikut perangai along, dia boleh buat, ok sahaja aku lihat",

Tergelaka aku sendirian bila teringat kembali kata-katanya itu, ya, itu aku yang dulu, kadang-kadang terasa seperti menyesal tidak menjadi seorang yang baik dahulu. Kerana mengikut keinginan dan kepuasan diri sendiri.

Adik aku yang ketiga, lelaki, aku tidak mempunyai banyak masalah dengan dia, sememangnya dia seorang anak yang baik, pada pandangan aku. Kerana sentiasa turuti segala arahan ibu dan ayah aku. tidak seperti aku yang hanya "bila di hadapan, pijak semut tidak mati, bila di belakang, sebesar gajah pula tumbang", (tidak seperti pepatah yang sebenar).

Aku rasakan aku tidak punya sikap yang baik untuk diikuti mungkin. Sekarang aku juga sedar akan perkara itu, dan aku cuba untuk mengubahnya agar adik aku yang lain punya rasa hormat pada diri aku. Adakah aku sudah terlewat? Aku tidak pasti.

Huh!, mengeluh. kesederan menjelma sebaik sahaja aku memikul segala tanggungjawab sebagai ketua keluarga, itu juga masih punya sikap yang sambil lewa dalam diri aku. BUKAN MUDAH bagi aku berubah mungkin. Jika boleh, aku kena kuat dan punya semangat untuk berubah menjadi yang terbaik bagi mereka.





Jika dikenang kembali sejarah masa silam aku, memang aku menggelengkan kepala atas perkara yang pernah aku lakukan. Ya Allah, ampuni segala dosa ku, dan berikan kekuatan kepadaku untuk menghadapi segala kemungkinan yang mendatang.

Persoalannya, Adakah aku boleh berubah untuk menjadi yang terbaik? Adakah aku juga boleh menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab?

Bukan Mudah.


Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik kepada :

Ibu:

Sekarang ini aku hanya punya seorang ibu sahaja, sejak kematian ayah aku dua tahun lalu. Mungkin doa darinya, aku mendapat kerja yang berdekatan dengan kampung halaman, walaupun jauh disudut hati aku ini, aku lebih suka untuk tinggal luar dari kampung aku.



Mungkin orang akan berkata " Bagus kau duduk kampung, tidak perlu bayar sewa rumah, tak perlukan belanja yang tinggi untuk makan, juga sewa rumah",

Yang pasti aku tidak mempunyai jiwa kampung. Aku seperti mati kutu duduk di kampung ini. Ingin keluar lepak bersama kawan? siapa sahaja yang tinggal di kampung ini. Waktu siang aku habis di pejabat, dan waktu malam pula aku hanya menghabiskan masa bersantai di rumah.



Mungkin ada hikmah aku ditakdirkan begini, jika tidak mungkin aku akan terus hanyut dalam dunia aku sendiri, mungkin?

Sejak kebelakangan ini, berlaku satu tragedi yang melibatkan ibu aku. Susah bagi aku memahami isi hatinya. Hingga aku terfikir, mengapa perkara sedemikian berlaku dalam kehidupan aku, mengapa aku harus menghadapi semua ini. Sebelum ini aku hanya mendengar cerita dan hanya melihat di kaca television sahaja, tetapi kini aku baharu sahaja melalui perkara yang aku lihat dan dengar sebelum ini.



Pedih hati ini mengenangkan perkara tersebut, masih lagi teringat peristiwa tersebut. "Ibu aku dituduh cuba merampas suami orang", adakah benar perkara itu. Bila malam menjelang, berbaring aku di katil, memikirkan apa yang ibu aku lalui, malu untuk aku akui bahawa mengalir juga air mata aku. kekadang tersedu menahan dari terus mengalir.

Terlalu sayang kepada ibu aku, tidak sanggup aku mendengar dan melihat perkara itu berlaku. Dan pada malam itu aku menerima panggilan dari anak lelaki tersebut, dan tercabar juga dengan kata-kata beliau, sebagai anak yang sulung, aku perlu memantau segala aktiviti ibi dan juga adik-adik aku yang lain. Seperti tidak dapat bagi aku menunaikan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh ayah tercinta.




Apabila perkara itu dan pelbagai masalah yang di hadapi terasa makin kuat rindu aku pada arwah. Biarlah, diamkan sahaja, mungkin itu perkara yang terbaik untuk aku lakukan di kala ini. Bak kata pepatah, mendiamkan diri bukan bererti kalah, bukan bererti marah. Biar tuhan yang tentukan.

Mungkin sahaja, sahabat aku akan mengatakan bahawa aku nampak cool, seperti tidak punya masalah, tetapi mereka tidak pernah tahu, bahawa disebalik wajah yang tenang ini, tersimpan pelbagai masalah, tersimpan segala kesedihan, tersimpan segala duka lara.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...