Sunday, November 15, 2009

BaTU PAhat



sorry for megan fox, but she so nice....i like her, semalam sebelum aku ambil kereta, aku telah pun ke batu pahat untuk berjumpa dengan sahabat baik aku, aku kenal dia ni pun semasa kursus induksi khusus hari tu, berjumpa dengan dia untuk berbincang dan just hang out sahaja.

then aku belanja dia pizza hut, selera besar betul perempuan tu, tapi tak ada hal sebab dia dah tolong aku, dan aku pun dah lama tak makan pizza hut. makan sambil berborak dengan bermacam topik yang diperkatakan, aku sebenarnya bukan selalu keluar dengan dia ni, tetapi dia ni happening. so best buat kawan.

selepas makan pizza hut, kami berjalan-jalan pula di carefour batu pahat kerana beliau ingin membeli beberapa perkakasan untuk dibawa ke johor bahru, dan sempat pula dia belikan cenderahati untuk aku, ermmm aku rasa, aku akan masukkan kemudian apa yang telah dia beri untuk aku, thanks so much, niza.

selesai, aku pun tergesa-gesa nak balik kerana aku nak ambil kereta di bengkel, datang pulak penjual dari mana tah, memberikan satu kupon, alah....macam gores dan menang, aku cakap ngan member aku tu, tak perlu layan, tapi dia nak layan gak, so kena pi office budak tu.

nasib baik member aku ni kira ok kepala dia, maksudnya tak lurus ler, dia cancel benda-benda tu semua, huh.....tapi yang aku tak boleh lupa tu, member aku ngan aku berlaku sebagai suami isteri, dan penjual cina tu percaya.....

hahaha...niza....kau ni memang ler....merepek jer...tau dek lover aku mampus aku kena pancung!!!!!!!........




KeREta


semalam, aku ambil kereta aku yang kecil molek ni kat bangkel, alhamdulillah selesai proses pembaikan dan aku try bawa, memang best, tak macam dulu, biasalah baru lepas service. nak jaga semula.

sebenarnya kereta aku ni bukan aku sahaja yang pakai, nama jer atas nama aku, tapi kereta ni pernah adik ipar dan ayah aku yang pakai, so macam-macam lah yang telah di bikin pada kereta ini,

aku still percaya kat ayah aku yang pakai, tetapi dapat pada adik ipar aku, macam-macam yang berlaku, hermmm.....kekadang tu rasa geram juga, sebab aku nak dapatkan kereta ini bukan mudah, tapi bila dia minta senang jer dapat.

masa tu dia nak pakai kereta, then memikirkan adik aku so aku bagi, dan aku ambil wira, selang beberapa tahun aku mengalami kemelesetan ekonomi, aku nak hantar sahaja kereta wira tu balik kampung, tapi adik ipar aku cakap dia nak kereta wira tu, ayah aku setuju jer lah, kena lah ikut cakap ayah, then ayah aku pakai kancil untuk beberapa bulan dan aku pakai motor sahaja.

tapi yang aku marah sangat kat dia tu, mudah dapat kereta tapi tak mahu jaga dengan baik pun, walaupun kereta tu dia yang pegang dan bayar. jaga lah dengan baiuk, contohnya, kereta kancil tu, macam-macam nak kena buat semula, aku pun tak faham macam mana tah dia jaga.












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...