Monday, November 21, 2011

Perkampungan Felcra Bukit Kepong.

Dalam post yang lepas aku pernah berceritakan tentang sejarah atau peristiwa Serangan Komunis Di Bukit Kepong. Aku masih lagi mencari maklumat penubuhan perkampungan aku sebenarnya, perkampungan Felcra Bukit Kepong. Apa yang aku dapat hanya sedikit sahaja, apa-apa pun aku hanya bercerita sedikit tentang penubuhannya dan apa aktiviti yang ada di perkampungan aku.

Asal Bukit Kepong.

Sebenarnya  nama bukit kepong itu bukanlah berdasarkan pada peristiwa serangan komunis, tetapi berdasarkan kepada sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan tersebut. Dan sebenarnya kawasan ini ramai di diami oleh orang asli, dan kemudian datang pula orang Cina dan Indonesia yang datang mengusahakan Ladang Gambir dan lada hitam.


Felcra Bukit Kepong,

Pada tahun 1972, tertubuhnya perkampungan ini dengan pembukaan kawasan ladang peringkat 1 Tambahan dengan mempunyai keluasan 1,235.22 hektar. kawasan ladang ini ditanam dengan tanaman kelapa sawit pada 1973 dan mula mengeluarkan hasil pada 1976.

Seterunya pada tahun 1980 ladang peringkat 2/3 mula mengeluarkan hasil. Projek ini dikenali juga dengan Rancangan Tanah Belia Felcra dengan pengambilan peserta seramai 378 orang dengan setiap orang mempunyai pegangan seluas 10 ekar.

Sebenarnya, perkampungan/ projek rancangan ini terbahagi kepada dua, iaitu

  1. peringkat 1 Tambahan yang mempunyai 226 orang peserta dan
  2. perinkat 2/3 yang mempunyai 152 orang peserta.
Pada tahun 1980 mula wujudnya perkampungan yang aku diami sekarang, Perkampungan Felcra Bukit Kepong. mengambil nama sempena nama di mana perkampungan ini terletak iaitu di Mukim Bukit kepong.

Selanjutnya akan aku cuba sisipkan di dalam post yang akan datang.

Jemputan.

Esok merupakan hari Keputraan D.Y.M.M Sultan Johor. "Daulat Tuanku". Dan satu jamuan diadakan diperingkat Daerah Segamat. Dengan nama jamuan tersebut, "Jamuan Teh Rakyat" yang akan diadakan di Dataran Segamat.

Tarikh dan masa telah tertera dalam gambar yang telah aku sisipkan, rasanya tidak perlu aku terangkan lagi,


Di sini aku letakkan sedikit tentang Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar, baginda merupakan Sultan Johor yang ke -25 dan baginda ditabalkan sebagai sultan pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan ayahanda baginda.




Baginda diputrakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, merupakan anak sulung daripada 10 orang adik-beradik.Pada 3 Julai 1981 baginda ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor, dan pada 25 April 1984 Baginda dilantik sebagai pemangku Sultan Johor semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-8.

Mendapat pendidikan di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1, dan pada 1968 - 1970 baginda belajar di Trinity  Grammar School, Australia, seterunya kembali belajar di Maktab Sultan Abu bakar (MSAB). Selain itu baginda juga mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru.

Kemudiannya baginda dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan. Seterusnya baginda mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara di Fort Bening, Amerika Syarikat. Seterusnya beliau dilantik sebagai Timbalan Komander Angkatan tentera Johor.




Pecah.

Perkara ini berlaku dalam dua minggu lepas, di mana bilik komputer yang menempatkan aku bersama seorang staff lagi a.k.a operator data, dirobohkan bagi pengubahsuaian pejabat. Sekarang ini menumpang sekejap di meja orang, perkara ini berlarutan selama dua minggu, dan semasa aku menaip post aku ini, proses tersebut sedang berjalan, dan sedikit lengsa kerana aku tidak dapat menjalankan kerja-kerja aku.


 gambar menunjukkan di mana aku menumpang dan meletakkan komputer aku.

Pengubahsuaian tersebut adalah bagi menempatkan staf ict di pejabat ini. Bagi aku baguslah kot perkara ini sebab lebih terbuka dan lebih mesra dengan staff lain kot, dan apa yang bagus lagi tentang perkara ini adalah, tempat yang aku duduk (meja aku) kawasannya nampak lebih luas.


keadaan semasa kerja pengubahsuaian (sebelum)


Terima kasih buat PPTM aku kerana menyediakan satu bilik untuk aku melakukan kerja pembaikan komputer dan juga tempat bagi meletakkan komputer yang berada dalam simpanan aku. Ada sedikit keselamatan juga kerana kerisauan dalam hati aku apabila berlakunya kehilangan terhadap barang yang dalam simpanan aku, Hak Milik Kerajaan tu. Jika berlaku kehilangan bagaimana pula dapat aku menggantikannya, bukan berduit sangat aku ini.

 keadaaan selepas pengubahsuaian dan kerja-kerja belom siap sepenuhnya.

Cuma pada ketika ini aku tidak sabar untuk menantikan tempat bekerja aku sendiri kerana terasa macam menyusahkan orang lain dan menyempitkan lagi ruang kerja sahabat aku ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...