Monday, November 21, 2011

Jemputan.

Esok merupakan hari Keputraan D.Y.M.M Sultan Johor. "Daulat Tuanku". Dan satu jamuan diadakan diperingkat Daerah Segamat. Dengan nama jamuan tersebut, "Jamuan Teh Rakyat" yang akan diadakan di Dataran Segamat.

Tarikh dan masa telah tertera dalam gambar yang telah aku sisipkan, rasanya tidak perlu aku terangkan lagi,


Di sini aku letakkan sedikit tentang Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar, baginda merupakan Sultan Johor yang ke -25 dan baginda ditabalkan sebagai sultan pada 23 Januari 2010 selepas kemangkatan ayahanda baginda.




Baginda diputrakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, merupakan anak sulung daripada 10 orang adik-beradik.Pada 3 Julai 1981 baginda ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor, dan pada 25 April 1984 Baginda dilantik sebagai pemangku Sultan Johor semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-8.

Mendapat pendidikan di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1, dan pada 1968 - 1970 baginda belajar di Trinity  Grammar School, Australia, seterunya kembali belajar di Maktab Sultan Abu bakar (MSAB). Selain itu baginda juga mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru.

Kemudiannya baginda dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan. Seterusnya baginda mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara di Fort Bening, Amerika Syarikat. Seterusnya beliau dilantik sebagai Timbalan Komander Angkatan tentera Johor.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...