Sunday, July 16, 2017

Persembahan Joget


Dalam bulan Syawal ini, pasti banyak majlis-majlis rumah terbuka samada persendirian atau peringkat-peringat dan yang besar-besar.

Jika majlis tersebut melibatkan satu organisasi yang besar, pasti pihak yang menganjurkannya inginkan satu majlis yang meriah dah hapening. Supaya majlis terus terus diingati dan menjadi perbualan antara yang lain-lain.

Dan sudah pasti dikerahkan orang yang dipertanggungkan untuk menyediakan aturcara yang agak meriah.

video

Mukadimah sahaja aku dah ambil beberapa perenggan, saja aku inginkan setiap post aku punya mukadimah. Jangan marah.

Dan beberapa hari akan datang, pihak Hq akan mengadakan satu majlis makan malam peringkat Johor. Dan dikehendaki setiap jabatan menghantar penyertaan persembahan. Telah juga ditetapkan setiap daerah akan apa persembahan yang akan dilakukan pada hari tersebut.

video

Jabatan aku, telah diarahkan menyediakan persembahan "joget". Aku mendapat surat arahan bertugas, iaitu menjadi ahli dalam persembahan "joget" tersebut. Agak menggelikan hati juga, kerana aku jenis kaku kejung ini dipilih untuk menyertai persembahan tersebut. Tapi perkara tersebut telah pun dipilih dan merupakan arahan "DARI MASA KE SEMASA" oleh itu aku perlu juga menyertai aktiviti tersebut.

ikut sahaja lah labu, kayu kejung pun kaku lah.

Wednesday, July 12, 2017

Nilai Sahabat

video

sedang aku scroll whats app group, aku terima satu video ini. just nice video i think. sebab tu aku macam terpanggil nak sharekan di sini.

Sepasang burung pipit. Tidak kisahlah dia sepasang kekasih atau kawan.

Yang aku fikirkan semangat setia kawan yang ada di situ. Sanggup bertungkus lumus supaya sahabatnya itu kembali pulih, tanpa ada rasa mengalah.

Dalam kehidupan kita, masih ada lagikah sahabat atau kawan yang ingin membantu kita dengan sepenuh hati. Mungin ada, tapi tidak ramai. Zaman sekarang ini, ramai kawan-kawan yang lebih ingin mengambil kesempatan sahaja. Tidak ada yang betul-betul ikhlas ingan berkawan.

Teringat aku pada seorang sahabat aku ini. Pada awalnya, kami berkenalan kerana aku telah menyertai kelas bawah kelolaan dan beliau yang mengajar di dalam kelas tersebut. Dan hubungan kawan itu tidak berhenti setakat kelas tersebut. Sentiasa juga dia menghubungi aku dan bercerita masalah yang beliau alami.

Sepanjang perkenalan aku dengan beliau, telah beberapa kali aku datang ke rumah beliau. Dua kali mingkin, dan aku juga telah tahu bagaimana kehidupan seharian beliau dan susah senang beliau dengan keluarganya (parent).

Apa yang aku tidak puas hati sangat dengan beliau? begini ceritanya,

Beliau mengalami kesulitan kewangan dan memerlukan bantuan, tidak nampak di matanya kawan-kawan yang boleh membantu. Dia bertanyakan dengan aku samada aku boleh memberikan pinjaman tersebut. Dan aku yang baik hati dan juga telah mengetahui bagaimana kehidupan dia, memberikan pinjaman sejumlah wang.

Dan beberapa bulan berlalu. Tidak bertanya khabar walaupun salam. Aku menghubungi beliau dan bertanyakan perihal wang yang aku pinkamkan dahulu. Dia berjanji ingin membayar sebelum puasa, dan selepas raya masih lagi tidak ada khabar berita. Aku faham kedudukan kewangan dia, tetapi kecewa dengan dia yang seperti sengaja mendiamkan diri. Bukan kerana wang yang aku fikirkan, tetapi nilai persahabatan.

Dan apa yang terbaik dia beri pada aku, dia telah pun unfriend  aku dari list facebook. tidak mengapa lah fikir aku. Biarkan sahaja diri dia begitu.

Ada aku bercerita dengan partner aku tentang perihal tersebut, dan pada aku ada beberapa barang kepunyaan beliau dan beliau inginkan barang tersebut. Partner aku berkata pada aku,
"biarkan sahaja barang dia itu, tidak perlu dipulangkan",

Cate N Coco

Assalammualaikum, Salam 12 Syawal.

Pagi tadi, sahabat aku telah datang ke rumah, dengan tujuan membawa Cate dan Coco ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sebenarnya keduanya adalah haiwan peliharaan kami. 

Berkenalan dulu dengan mereka berdua,



Cate, kucing pertama yang sahabat aku bawa ke rumah aku, tujuannya menemani dia bila dia balik ke rumah untuk membuat kerja part time kami, membuat kek apabila aku tiada di rumah (bekerja), jantina betina, dan agak nakal juga, suka bermain, tak silap aku telah dua bulan dia bersama aku. Kenakalan dia ini, kadang-kadang boleh buat aku naik hangin. aku juga suka melayan karenah dia, manakan tidak, kebanyakan masa aku hanya bersendirian di rumah. Dan dia lah peneman aku.

Tetapi sejak kedatangan Coco selama seminggu ini, Cate agak kurang bermanja dengan aku. Kalau tidak, pantang aku berbaring menonton tv, pasti baring di dada dan menggigit dan menjilat-jilat.

Coco pula baru sahaja seminggu bersama aku. Kebetulan aku bersama sahabat aku dan ibu aku pergi berjalan ke rumah makcik aku. Dan kitten (Coco) hanya seeokor sahaja yang mampu hidup dan bertahan, kerana ibunya tidak pandai mengasuh anak. Empat ekor mati begitu sahaja.

Aku perhatikan sahabat aku, seperti berminat dengan Coco. Aku pun bertanya, adakah dia menginginkan kucing tersebut. Sekadar senyum yang menampakan dia seolah-olah rasa ingin tetapi malu untuk meluahkan. Dan akhirnya aku bertanyakan kepada makcik aku samada boleh atau tidak aku membawa pulang kitten tersebut, dan jawapan positive. Terpancarlah seri muka sahabat akau itu.


Lupa pula aku nak cerita, bagaimana kehadiran Cate, merupakan anak kucing terbiar yang berada di berek sahabat aku. Sahabat aku bertanyakan kepada aku, samada boleh atau tidak dia membawa pulang kucing tersebut ke rumah kami. Aku membenarkan sahaja, sebab memang aku gemarkan kucing dan aku juga tahu sahabat aku ini juga sukakan kucing.

Ingin dijadikan cerita, Cate merupakan kucing liar yang diambil untuk dijadikan peliharaan, jadi berkemungkinan berpenyakit itu besar, masalah Cate adalah masalah kutu. Memang penuh kutu. Dan kehadiran Coco pula menjadikan perkara tersebut lebih rumit, kerana Coco kucing rumah yang dibela. Masalah kutu tersebut berjangkit ke Coco. Dan jumlah kutu yang ada agak besar.

Jadinya, hari ini sahabat aku membuat keputusan membawa mereka ke Jabatan Veterinar untuk diberikan rawatan. Aku harap masalah kutu tersebut selesai, Petang nanti aku perlu mandikan keduanya. Mengikut pegawai veterinar itu, aku perlu mandikan terus apabila sampai ke rumah. Tetapi aku bekerja dan sahabat dapat panggilan untuk masuk kerja. Jadi itu sahaja story untuk hari ini.

Sunday, July 2, 2017

Syawal 2017

Assalammualaikum,
tidak terlewat rasanya jika aku ingin mengucapkan Salam Syawal. Kerana baru 8 Syawal pada hari ini.


Seperti yang diketahui dan aku pernah menyatakan bahawa blog ini ada lah tentang apa yang ingin aku kongsikan, dari segi apa yang aku alami dan aku lalui. Sekaar mahu berkongsi kehidupan aku dengan kawan-kawan aku yang mengikuti blog aku ini sejak dari dulu.


Syawal pada tahun ini, terasa seperti tidak semeriah syawal sebelum. Tidak pasti pula mengapa dan apa silapnya. Tapi merupakan syawal terindah juga kerana kesemua adik beradik aku balik ke rumah ibu. 


Seperti yang lain, dan rutin syawal. Hari pertama kami akan ke kampung arwah abah di Muar. 
Hari kedua, open house, berkumpul keluarga sebelah ibu aku.

tidak banyak yang ingin aku kongsikan tentang syawal mungkin.

Tuesday, June 20, 2017

Ada Betulnya Di Situ.



Subuh selepas hari raya, saya menyapa seorang jiran yang bersolat jemaah subuh bersama saya, "Anak cucu ramai balik, penuh rumah agaknya,  Mak Lang. "Dia membalas, "Mak Lang dah siap awal, Mak Lang dah tempah homestay.  Mak Lang suruh yang lelaki tidur di homestay,  tinggal anak isteri saja di rumah Mak Lang.  Bimbang balik beraya buat dosa, dosa melihat aurat ipar lamai,  sepupu, biras. "

Cerita balik raya di kampung memang seronok tetapi hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang.  Apa tidaknya bila beberapa keluarga berhimpun dalam satu rumah,  tidur bergelimpang hingga ruang tamu kerana tak cukup bilik, akan berlakulah penampakan aurat ipar,  sepupu,  biras dsbnya masa tidur,  keluar bilik mandi,  masa menyusu badan.  Kalau dah tidur,  tetaplah terbuka aurat.

Paling resah adalah wanita yang kena berbungkus 24 jam kerana sentiasa ada orang yang bukan mahram diselilingnya,  rimas,  panas.  Ditambah pula beratur di bilik mandi.  Inilah cerita tidak seronok balik kampung beraya yang tidak terzahirkan kerana nak jaga hati banyak pihak,  tetapi wanita yang solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami dan mentua serta ipar. 

Namun suami yang perihatin dan mentua yang mengambil berat sepatutnya mengambilkira persediaan menyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa.

Suami yang perihatin sepatutnya mengambilkira untuk tetap menyembunyi aurat isteri,  meringankan pengorbanan kena berbungkus 24 jam.

Tindakan Mak Lang itu adalah sesuatu yang betul. Zaman dulu dimana masalah aurat tidak diberi penekanan,  hal ini diremehkan.  Tetapi pada kita yang sentiasa menjaga aurat, jangan diambilmudah bila beraya bersama ipar lamai, sepupu, biras kerana hukum aurat tidak berubah dlm situasi apa pun. 

Nak jaga hati emak dan mentua, bukan bermakna boleh main cincai dlm masalah aurat, boleh lebih kurang, biar tidur bersesak, terselak sana sini, asal boleh tidur. Pemisahan lelaki wanita yang bukan mahram tetap kena berlaku dan diutamakan dari soal kekeluargaan.

Maka menyedia ruang pemisahan ini wajib atau mengasing dengan menyewa homestay atau hotel,  walaupun belanja tinggi tetapi itu lebih baik dari sekali terpandang aurat ipar atau sepupu atau yang lain yang bukan mahram. Bukan sahaja bila balik beraya, bahkan bila berkampung kerana kenduri kendara.
Keadaan seperti ini sudah menjadi kebiasaan bila berkumpul beramai-ramai di kampung halaman.Walaupun ianya satu kenangan manis namun perlu ada ruang pemisah di antara yang bukan mahram.
Jangan ambil mudah soal aurat,  kasihanilah isteri anda dan anak dara anda,  kerana suami juga tetap terseret jika aurat isterinya terdedah jika dia tidak bersedia mengelaknya. 

Kisah Tsalabah bin Abd Rahman yang terlihat betis wanita bukan mahramnya, merasa amat berdosa lalu mengasing diri ke gua hingga nabi menemuinya, adalah contoh betapa beratnya dosa melihat aurat wanita bukan muhrim(hadis ini dikatakan daif tetapi boleh jadikan teladan). Jangan balik beraya,  menggendong dosa.

Jangan peduli sindiran orang yang menyebut, "balik kampung tapi tidur homestay, hotel", kerana mereka mungkin tidak faham kita nak mengelak dari terbuat dosa. Selain itu faktor keperluan untuk mandi manda dan membuang air juga penting kerana itu keperluan hidup yang boleh menjejas kesihatan.

Kesimpulannya, apa juga yang kita buat, jangan kadar merancang untuk melaksanakannya, tetapi rancanglah supaya apa yang dibuat menjadi kebajikan, apa yang dibuat terelak dari dosa. 

Bantulah isteri anda dlm memelihara auratnya, bahkan memelihara aurat isteri itu satu kecemburuan y:ang mandatory, yang wajib dilaksanakan. Wallahu a'lam

Monday, June 19, 2017

Drama Sangat

Salam Ukhwah.

Post kali ini bukanlah satu post yang penting mana pun, Kerana sahaja ingin berkongsi cerita dan apa yang sedang aku alami sekarang ini.

Begini, perkenalan aku dengan partner aku. Menjadikan aku melayan kebanyakan drama-drama television sekarang. Pada waktu sebelum, aku bukanlah seorang yang mengikuti drama-drama tv. Lebih suka menonton movie.  Yang tiada berepisod.

Bagi aku, apabila kita menonton drama tv, dan telah mengikuti beberapa episod. Pasti akan terjadi, kita terikat dengan drama-drama tersebut. Ini kerana ingin mengetahui lebih lanjut apa yang akan terjadi seterusnya.

Pada waktu aku menulis blog ini. Antara drama yang sedang ditayangkan dan menjadi ikutan penonton dan menjadi viral di alam maya, dan aku mengikuti drama tersebut. Antaranya adalah, Andainya takdir, Semusim Rindu dan lain2. Kenapa aku meletakan dua drama ini sahaja? Kerana dua drama ini sahaja yang menarik minat aku untuk terus menonton.

ANDAINYA TAKDIR.

sedikit sinopsis tentang drama ini, aku sekadar berkongsi sahaja,



Drama ini mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita bernama Fatihah, yang cuba mempertahankan rumah tangganya bersama Airil. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri bernama Aleeya. Kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil. Bukan itu saja, Fatihah juga sering dipukul.

Fatihah yakin dia mampu bertahan dengan sikap suaminya itu hanya kerana Aleeya. Kesengsaraan Fatihah bukan hanya kerana suaminya saja, tetapi ibu mertuanya Normah, seorang yang keras kepala, suka menghasut dan berprasangka buruk terhadap Fatihah. Normah sememangnya tidak disenangi oleh orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat.

Fatihah tidak terlepas menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang oleh Normah. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya dan perkara itu membuat Fatihah berasa terpinggir.

Tidak kurang penderitaannya, Fatihah juga mempunyai adik iparnya Norlin, seorang yang obses kepada kanak-kanak. Dia amat mencemburui kecantikan Fatihah dan rezeki Fatihah kerana mempunyai zuriat. Seperti ibunya, Norlin juga bermulut jahat dan suka menghasut.

Walaupun Airil panas baran dan sering memukul Fatihah, jauh disudut hati dia amat menyayangi Fatihah. Tetapi dia tidak tahan dengan sikap cemburu butanya. Kerana sayangnya pada Fatihah, Airil cuba mengubah sikapnya.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni? Saksikan drama menarik ini di saluran Samarinda TV3.
 
 
Dan satu lagi drama yang aku ikuti setiap hari:
 
SEMUSIM RINDU



 
Drama ini mengisahkan tentang Hajar Adira (Intan Ladyana) yang telah kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun lagi, sejak itu dia tinggal bersama-sama dengan ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Oleh kerana tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilaluinya selama 5 tahun, Hajar telah nekad untuk melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar telah hilang punca tanpa mengetahui arah yang perlu  dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan pasangan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.
Muncul pula Ikhman (Ben Amir), lelaki yang amat suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun disebabkan keegoannya yang tinggi telah menjadi penghalang untuknya  berterus-terang. Pertemuaan diantara mereka itu juga telah membuka jalan untuk Hajar bertemu semula dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun untuk mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.
Hajar dan Ikhman pula telah setuju untuk disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka telah berlangsung dengan syarat, yang mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin.
 Sekian, jom layan Drama.
#dramasangat

Tuesday, June 13, 2017

10 Artis Malaysia Dengan bilangan Followers

Sekarang ini, Instagram menjadi satu laman sosial yang diminati oleh mereka yang suja berkongsi cerita melalui gambar. Aku juga memiliki account tersebut dengan jumlah pengikutnya yang suam-suam kuku sahaja. Bagi aku, memiliki Instagram sekadar suka-suka dan berkongsi dengan rakan-rakan tentang aktiviti yang aku lakukan.

Tetapi golongan artis sudah pasti mendapat jumlah pengikut yang agak tinggi. Setakat ini, kedudukan mereka seperti di bawah,

10. Yana Samsudin ( 3'093'618 follower)



9. Rozita Che Wan ( 3'191'822 follower)



8. Awal Ashaari (3'313'600 follower)


7. Elfira Loy (3'562'782 follower)


6. Hanis Zalikha ( 3'615'768 follower)


5. Scha Alyahya (3'840'808 follower)


4. Dato' Siti Nurhaliza (3'964'294 follower)


3. Zizan Razak (4'225'747 follower)


2. Neelofa (4'820'687 follower)


1. Nora Danish (4'843'620 follower)





dan akhir sekali, bukanlah artis sekadar org biasa, tidak terlibat di mana-mana senarai pun,
"hahahahahaha........................",

000. Faizal Danny ( 3'288 follower)




Yang Jelek.

Makin diam makin menjadi, Kalau serang pula nanti, salahkan kita.
Maaf jika TERMAKAN CHILI.


Di mana jua kita berada, pasti tidak lari dari hubungan sesama manusia, dari rakan pejabat hingga ke pelanggan. Apabila kita di luar waktu pejabat pula, kita akan berhubung dengan orang lain yang dipanggil jiran atau komuniti setempat sama ada kampung atau taman perumahan.

Kadang-kadang terdapat juga mereka-mereka yang sedikit tidak ada rasa ingin menjaga hubungan sesama sendiri. 

Sebenarnya, aku ingin luahkan sedikit rasa kecewa dan rasa tidak puas hati. Manakan tidak, kes aku boleh sampai ke daerah-daerah lain.

Beberapa minggu yang lepas, seorang sahabat aku dari daerah lain, telah menghubungi aku dan bertanya dengan nada marah.
"zal, kenapa engkau nak berhenti kerja?',
"Bila pula aku cakap aku nak berhenti kerja?', ujar aku.


Dan perbualan kami berlanjutan dan sedikit sebanyak aku tahu cerita tersebut berpunca dari mana. Selama ini aku tidak pernah kacau urusan dan kerja orang lain, walaupun aku mengetahui. Aku juga tahu kelebihan dan kekurangan orang lain, tetapi tidak pula aku menyampai-nyampaikan keburukan orang lain ke orang lain. 
"Maruah dia kot?",

Begitulah manusia, lebih-lebih lagi yang memegang title Melayu. Ada sahaja yang tidak berpuas hati, dan bercerita perihal orang lain menjadi rutin dan kemestian apabila bertemu. Tidak ada perkara lain yang lebih utama dan berfaedah yang ingin dibincangkan.

Bukan sekali perkara ini berlaku, telah berkali-kali. Aku sekadar mendiamkan diri sahaja, malas ambil tahu. Tetapi, bukan aku nak berbaik dengan orang yang seperti itu. Yang tidak sedar akan diri sendiri.

Dan, ada lagi satu perkara.

"JANGAN IKUT PERANGAI BURUK"

Yang ini juga satu hal, ini juga jenis mulut orang-orang yang tidak sedarkan diri. Nampak kesalahan orang lain tetapi kesalahan diri dia sendiri yang amat menyerlah tidak pula dia sedari. Orang melihat dan orang juga akan menilai.

Tidak pernah aku  tidak mengaku dengan kesalahan-kesalahan yang pernah aku lakukan. Tetapi tidak perlu nak bercerita satu kampung. Bukankah perkara itu mengaibkan orang. Boleh sahaja aku aib kan dia. Bukan susah untuk aku melakukan perkara itu, sekadar dihujung jari. Ingin sahaja bercerita di dalam kawasan komuniti. bila-bila masa juga boleh. Tetapi untuk apa.

Memang orang Melayu macam tu ke?

Kalau difikirkan teramat sakit di dalam hati ini. biarlah, bukan Tuhan itu tidak ada.

 



Monday, June 12, 2017

Menjelang Syawal 1439H

Tahun ini, 2017. bertambahnya umur aku. bertambah tua lah juga diri aku ini. Masih juga membujang dan masih juga mencari siapa gerangan yang ingin menghuni hati aku.
"argghhh..... biarkan sahaja, kalau ada rezeki, ada lah nanti",
Bukankah aku perlu berusaha mencari, kerana ia bukan datang bergolek. biarkan lah. banyak perkara yang perlu aku selesaikan.

Syawal tahun ini, kemungkinan besar adik beradik aku akan beraya bersama di teratak ibu aku. Alhamdulillah, mungkin meriah tahun ini. Kerana ada penambahan ahli dalam keluarga aku. Sudah ada empat orang anak saudara aku. Bila pula aku ada anak sendiri kan?

Biar tuhan tentukan.


Ini dia anak saudara aku,  dah hampir setahun dah umur dia ni, merupakan anak kepada adik aku yang bongsu. Agak manja juga dengan aku. Kekadang aku pula yang terasa rindu pada dia ni,

Lupa pula nak bagitahu nama dia ni, Mohammad Rizki Farish.



Yang budak perempuan ni pula, anak kepada adik aku yang nombor tiga. aku lupa nama penuh dia ni,
Qisya jer yang aku ingat, 
"hahahahaha....... ", ketawa.
Yang ini, bukan anak saudara aku. tetapi anak partner aku, Iman luthfiya.

terasa kekok ingin menulis semula ni kan, kena asah balik kepala aku ngan ayar-ayat. dan aku juga kurang membaca sekarang ni. Memang kena membaca semula.

Assalammualaikum,
Salam 17 Ramadhan 1439.

Terasa rindu pada blog  aku ini yang telah lama aku tinggalkan. tetiba sahaja teringat kembali kerana seorang kenalan aku telah bertanyakan tentang perihal blog aku ini.

"Ya, ada", jawab aku. dan aku menerangkan bahawa aku ketandusan idea untuk menulis dan mengarang. Masihkah ada lagi pengikut blog aku ni?

Entah lah, kerana terlalu lama  aku tinggalkan ia bersawang dan berhabuk.

Mungkin sahaja aku terlalu sibuk mengejar hal-hal kerja hakiki dan kerja part time aku.

mungkin banyak perkara yang ingin aku kongsikan di sini.

Aku cuba buat yang terbaik.

Kerana di sini aku meluahkan segala apa yang ada di dalam hati aku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...