Ahad, 1 Oktober 2017

Geng Hero Dapur





Lebih satu tahu aku melibatkan diri dalam dunia bakery. Pada mulanya aku sekadar membantu ahaja sahabat aku dalam membuat kek-kek, kerana dia menjalankan perniagaan tersebut secara part time. Setelah beberapa bulan, beliau mengajak aku menceburi dunia bakery, dengan membawa aku ke satu kelas kek perkahwinan.

                Pada asalnya, aku tidak berminat ingin melibatkan diri dalam dunia bekery ini. Tetapi lama-kelamaan minat itu muncul dan aku mula seronok dalam membuat kek. Genap setahun aku rasa, penglibatan aku di dalam dunia bakery ini. Macam-macam juga yang telah aku kenal. Bukan sahaja resepi-resepi, tetapi aku dapat mengenali dan menambah kawan-kawan dalam dunia bakery ini. Bukan sahaja wanita, rupa-rupanya amai juga lelaki yang melibatkan diri dalam dunia bakery ini.

                Ada satu group yang telah di”invite” oleh sahabat biz aku, merupakan satu group yang disertai oleh beberapa orang baker lelaki seluruh Malaysia termasuk sabah dan serawak. Group tersebut diberi nama atau diberi gelaran sebagai GENG HERO DAPUR. 

                Pada awal penyertaan, aku aku sedikit agak segan kerana aku bukan lah seorang yang hebat dalam dunia baker atau memasak. Tapi group tersebut memang sampoi, dan agak kegilaan. Dan mereka yang berada di dalam group tersebut memang mereka yang agak hamble dan mereka tidak berasa lokek untuk berkongsikan ilmu, tips dan juga resepi-resepi.

                Dan dalam bulan lepas, Geng Hero Dapur telah melancarkan satu group fb yang penyertaannya dibuka untuk semua warga, tidak kira lelaki dan wanita. Di dalam group tersebut, mereka dibenarkan berkongsi resepi dan tips. Tujuan group tersebut diadakan juga adalah untuk membantu mereka yang punya masalah dalam dunia masakan juga baking.

                Alhamdulillah, dalam dua minggu group tersebut telah mencapai 10k++. 

KLIK LINK DI BAWAH, ANDA AKAN DIBAWA KE GROUP TERSEBUT:



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...