Khamis, 12 Mei 2016

Rombakan Dan Anjakan.

Salam Muafakat Johor.

Setiap kita akan mengalami perpindahan, perpisahan dan lain-lain. Dalam kehidupan kita juga, kita akam mengalaminya dan yang terkahir kematian dan perpisahan yang kekal di dunia. Tidak semua perkara kekal sentiasa, sedangkan barang-barang juga punya tempoh hayat yang tersendiri.

Seperti tidak masuk sahaja aku punya mukadimah pada post ini. Sebenarnya, aku ingin kongsikan pada kewan-kawan semua bahawa bukan sahaja dalam peringkan kerajaan negeri dan perseketuan yang mengalami perubahan. Di peringkat jabatan aku juga mengalami perubahan.

Perubahan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran agak besar juga pada kali ini. Mereka melakukan reshuffle  di peringkat dalaman. Berlaku perubahan yang mana melibatkan perpindahan kakitangan dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Tarikh berkuatkuasa juga dijangkakan pada bulan ini.


Juga terdapat empat kerani baru yang melapor diri masuk ke jabatan tempat aku bekerja ini. Seramai empat orang dan diagihkan mengikut bahagian yang lebih memerlukan kakitangan kerana kekurangan. Semoga dengan pemindahan dan penambahan ini, mereka lebih pantas dalam melakukan kerja-kerja hakiki mereka.

Dan yang paling utama, yang ingin aku ceritakan di sini adalah. Aku akan menerima banyak kerja pada waktu yang terdekat ini. Ini kerana, berlakunya pertukaran tuan kepada komputer-komputer yang sedia ada. Aku perlu melakukan pemeriksaan terhadap komputer tersebut supaya kelancaran mereka melakukan kerja-kerja. Selain itu, aku juga perlu melakukan pemasangan aplikasi-aplikasi yang diperlukan oleh setiap kakitangan tersebut.

Sudah pasti, mereka akan berasa tidak puas hati terhadap komputer tersebut. Perkara ini bukan tidak pernah aku alami. Sentiasa sahaja aku terima aduan kerana cerewetnya mereka. Dan ada sahaja yang tidak memuaskan hati dan ada kekurangan yang mereka adukan.

Tapi perlu pikir positif. Terima sahaja aduan yang mereka beri dan lakukan kerja dengan sebaiknya dan berkhemah.

Aku ucapkan selamat maju jaya dalan melakukan kerja-kerja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...