Rabu, 20 Januari 2021

Ayong My BFF Hiker.

 


Ayong, bukan nama sebenar, terkenal di Segamat dengan keenakan kek-kek yang pernah beliau hasilkan. Beratus juga kek-kek yang pernah dia hasilkan. Lebih rasanya kerana telah lebih 4 tahun dia melibatkan diri dalam perniagaan Homemade Baker. Lebih lima tahun kami berkawan.

Perkenalan aku bermula dari sebuah kelas membuat kek perkahwinan yang diadakan di sebuah Dewan Serbaguna di kawasan Segamat. Dan membawa kami menyertai satu group whats app. yang disertai oleh beberapa orang homemade baker di Segamat. 

Tidak habis di kelas kek tersebut, kami seing keluar dengan beberapa orang ahli untuk berbincang dan berbual kosong, dari situ kami mula rapat dan menjadi kawan baik.

Seorang yang gila-gila, happy go lucky apabila mula kenal dan rapat dengan dia, Jenis yang masuk air juga kepala, ngam lah dengan aku dan beberapa orang lagi yang memang jenis kepala masuk air. Persahabatan kami tidak lebih seperti adik beradik dan punya batas-batas mengikut islam.

Tetapi sejak kebelakangan ini, kami jarang bertemu dan lepak bersama kerana aku telah berpindah tempat kerja akibat jawatan yang aku sandang sekarang dan peluang aku pulang ke Segamat agak tipis kerana musibah yang sedang berlaku dalam negara pada tika ini. 

 


BFF Hiker.
Bagaimana wujud group ini? Pertengahan tahun 2020 merupaka satu titik sejarah team kami ini wujud. Memandangkan kami punya minat dan hobi yang sama. Maka hubungan persahabatan kami berempat bertambah rapat dengan dikuatkan lagi dengan sikap gila-gila masing-masing. Pada awak kewujudan group ini, hanya mempunyai empat orang sahaja di antara kami, Ayong, Aku (Danny), Ejam dan juga Bob.

Penghujung tahun 2020 kami berjaya menarik seorang lagi kawan karib kami Apex, untuk menyertai group hiking kami ini. Maka berlima kami dalam group BFF HIKER.


Tetapi penghujung tahun 2020 juga merupakan tahun akhir Ayong bersama kami, terpaksa meninggalkan hobi, buat seketika mungkin kerana mempunyai masalah-masalah tanggungjawab yang pperlu beliau selesaikan. Tetapi ini bukan penghujung bagi beliau, kerana kami akan terus meracuni fikiran beliau untuk menyertai semula apabila selesai urusan beliau.

 

"BFF HIKER" tiada hujung dan tiada tarikh luput. INI PASTI. JANJI TETAP JANJI.

Melalui Ayong juga aku terjebak menyertai "GROUP SEGAMAT OUTDOOR CREW". Aku akan ceritakan tentang group ini kemudian. 

Antara gunung dan bukit yang telah kami mendaki bersama-sama Ayong:

  1. Bukit Jementah, Segamat
  2. Bukit Manis, Pemanis, Segamat.
  3. Gunung Lambak, Kluang, Johor.
  4. Gunung Berlumut, Kluang, Johor.
  5. Gunung Berembun, Jelebu, Negeri Sembilan.
  6. Gunung Tapis, Sungai Lembing, Kuantan.
  7. Bukit Panorama, Sungai Lembing, Kuantan.
  8. Perkhemahan di Ampung Jatuh, Asahan, Melaka.
  9. Pendakian di Dataran Minda, Ampung Jatuh, Asahan, Melaka.

 

Sebenarnya, banyak gunung lagi yang dia dah berjanji dengan kami untuk kami tawan bersama. Janji tetap janji, kami akan tuntut. Janji dia dengan aku adalah Gunung Tahan, Pahang.



Amalan Dan Doa Penyembuh Dari Wabak dan Virus

 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...