Wednesday, March 31, 2010

GeNTinG

hari isnin yang lepas aku serta adik juga mak aku dan disertai sahabat aku telah pergi ke Genting Highland untuk berjalan juga berseronok di atas sana, yang penting mahu melupakan masalah di tempat kerja yang entah apa-apa entah.



kami bertolak dari puchong jam 730a.m, pada mulanya ingin bertolak awal kerana risaukan jam di kl nanti, tetapi adik aku bangun lewat dan terpaksa menunggu dia siap dahulu. dan seperti yang dijangka kami akan menempuh kesesakan lalu lintas, dan terpaksa melayan kesesakan tersebut. dan alhamdulillah kami tiba di cabel car dalam pukul 845a.m, dan kami menaiki cable car untuk sampai ke atas.


jam 930a.m, kami tiba di atas, pertama sekali yang kami cari adalah tempat untuk bersarapan. terasa lapar juga perut. selesai sarapan kami terus pergi ke kaunter untuk mebeli tiket. dan seterusnya macam-macam lah permainan yang kami cuba di sana. sebenarnya ini kali kedua aku pergi, hanya untuk berjalan membawa ibu aku sahaja.


dari jam 10 pagi hingga jam 4 ptg kami di atas dan sememangnya kami terasa sangat letih hingga aku terlupa call member aku 'owner me myself and mine, dan membuatkan dia terus merajuk dengan aku, i'm so sorry dear.


BuTTerFly FaRM

minggu lepas, aku telah berjanji akan masukkan post tentang aku berjalan-jalan di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. sebenarnya tidak dirancang untuk ke taman ini, cuma aku terniat sahaja dan niat untuk pergi ke taman ini telah lama disimpan, dan kali ini berpeluang berjalan-jalan di taman tersebut.


dapat juga menikmati pemandangan di sekitar dan melihat keindahan rama-rama di situ. hanya beberapa jam sahaja aku bersiar di situ kerana kami telah membuat perjumpaan dengan seseorang untuk membeli lap top untuk adik sahabat aku. tetapi lap top yang diinginkan telah kehabisan stock, terpaksalah kami memilih yang lain, tetapi dalam lingkungan jenama yang sama.


tersasar dari cerita, memang menarik juga taman ini, dan ada galeri info yang boleh dirujuk oleh para pengunjung tentang jenis-jenis rama-rama juga serangga yang terdapat di seluruh dunia. tetapi bukan sepenuhnya.


di sini aku letakkan antara gambar yang menjadi koleksi aku semasa aku berkunjung ke taman tersebut. jom cuti-cuti malaysia.


Sunday, March 28, 2010

How To TraIN YoUR DraGOn

salam semua, semalam dari tengahari sehingga awal pagi, aktiviti aku berlangsung, first aku telah pun pergi Plaza Low Yatt, Kuala Lumpur untuk membeli sebuah lap top bagi kegunaan adik sahabat baik aku. tetapi sebelum pergi ke lokasi aku telah pergi ke kawasan Tasik Perdana, Kuala Lumpur untuk berjalan, niat di hati untuk bersiar-siar di taman burung atau taman rama-rama. apa aktiviti di taman tersebut aku akan bincangkan dalam post yang akan datang.


setelah penat bersiar di taman tersebut, aku terus menuju ke Plaza Low Yatt untuk settle kan urusan pembelian sahabat aku itu.selesai dari urusan tersebut, pada mulanya aku ingin pergi ke Menara Kuala Lumpur, tapi memandangnya pada malam tadi telah diadakan earth day, pada jam 8.30pm hingga 9.30pm, akan di padam lampu untuk mengurangkan kepanasan global, aku melupakan niat aku, dan terus menuju ke Alamanda, Putrajaya dengan niat menonton wayang, dan aku menonton How To Train Your Dragon. satu filem yang menarik, memang tidak puas, seperti ingin menontonnya semula.

sememangnya aku peminat cartoon,






Thursday, March 25, 2010

KeMArAU DaN KRiSis

hampir masuk kepada bulan yang ketiga kawasan aku mengalami musim kemarau. dan ianya sangat menyesahkan. dan tidak pula bila hujungnya. mungkin ini adalah dugaan yang diberi atau sebagai hukuman pada mereka mungkin diri aku juga, tandus dan menjalani hari-hari yang bahang.

hujan hanya turun beberapa hari sahaja, itu pun hanya membasahkan permukaan bumi. dan hanya beberapa jam selpas itu kering semula akibat panas di permukaan.


sebenarnya aku mahu berkonsi masalah yang dihadapi di kampung aku, bekalan air. sakit sungguh apabila bekalan air tidak ada. semua perkara pun buat tak jadi. dah hampir sebulan perkara ini berlaku. kampung sebelah tidak mengalami perkara ini, tetapi hanya kampung aku sahaja.

mengapa? kerana, kampung aku melakukan sendiri proses tersebut. dan bekalan air yang diambil adalah dari sungai yang berdekatan, dan proses pembersihan juga dilakukan sendiri. akibat dari musim kemarau yang berpanjangan ini, sungai tersebut pun kering kontang, dan ada yang mengatakan bahawa sungai tersebut telah pun dialihkan atau dialirkan ke sungai yang lain untuk kerja-kerja pembinaan jalan raya dari bukit kepong ke cha'ah. aku pun tak tahu.


aku tak pasti sampai bila keadaan ini akan berlarutan, dan sangat memeritkan melalui perkara ini, dan mood aku pun tak stabil sekarang ni, dan cepat sahaj nak melenting.....

mari lah bersama agar kita berdoa supaya perkara ini dapat di atasi.


Wednesday, March 24, 2010

CeRitA SedIH

dalam minggu ini sahaja aku mendengar dua kisah sedih dari dua sahabat aku, kedua-duanya bercerita pada aku tentang kekecewaan dalam bercinta.

kisah pertama: mungkin silap dari diri member aku sendiri, dari luahan yang dia ceritakan pada aku, aku sedar kesilapan berpunca dari sikapnya. actuali aku pernah berada dalam situasi boyfriend dia tu. akibat desakan dan sering berprasangka buruk, sedangkan perkara tersebut tidak berlaku pun.
dan dari ceritanya juga, aku dapat merasakan bahawa boyfriend dia tu seperti telah tawar hati dengan dia. akibat perbuatan sendiri, diri sendiri yang merana, dalam perhubungan ni, harus ada sikap saling percaya, dan saling bertolak ansur. aku cuma cakap ngan dia supaya lebih berhati-hati dalam tingkah laku, dan menjaga perhubungan. dan bersabar dengan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.


kisah kedua: sahabat aku yang lagi seorang ini pula lain kisahnya. dia berkenalan dengan seseorang, dan titik perkenalan tersebut berputik mesra, kemudian dia bagi tau pada aku bahawa dia telah pun declair dengan budak tu, mungkin semasa dia declair tu, budak yang dia kenal tu mempunyai masalah dalam hubungan yang terdahulu.

dan pada hari ini, dia menyampaikan berita sedih dan gembira pada aku,

sedih: budak tersebut telah memutuskan hubungan dengan dia kerana ingin kembali kepada orang yang terdahulu, alasan yang diberikan mudah, kerana terlalu sayang dan tidak mahu sahabat aku ini kecewa, dia lepaskan sahabat aku ini.

aku sampaikan pada sahabat aku, bersabarlah, mungkin benar dengan apa yang dia katakan, dan tak mahu melihat sahabat aku ini lebih terluka dengan memendam rasa. mungkin dia sedar bahawa diri dia macam mana, dan melihatkan sahabat aku ini seorang yang baik, dan tidak sanggup mempermainkan perasaan, so dia lepaskan supaya tidak melarat.

gembira: sudah pasti budak tu telah kembali ke pangkuan pasangannya yang terdahulu.

Tuesday, March 23, 2010

peRsTAn SAma diA


salam, aku pun tak berapa faham dengan sikap segelintir manusia yang tidak boleh melihat orang lain senang, apa yang telah aku lakukan? aku tidak pun menganggu hidup dia, tidak juga aku ganggu mak dia, kakak dia, adik dia, mahupun nenek dia. tetapi mengapa dia terlalu jaki sangat dengan aku...... KAU APA HAL.


baru-baru ini ada disampaikan satu perkhabaran kepada aku, bahawa seorang budak ini bertanyakan pada dia atau meluahkan sesuatu pada dia, apa kerja aku di dalam bilik ini, asik mengadap skrin komputer sahaja, "WOI....TANYA DULU LAH, BARU BOLEH MENGHUKUM".


sejak dari dulu lagi dia ni tidak berpuas hati dengan aku, aku tidak tahu apa yang telah aku lakukan dan apa kesilapan aku terhadap dia. kekadang jika aku duduk bersendirian, aku terfikir, apa sebabnya dia begitu sakit hati dengan aku. mengapa yer?





malas lah aku nak ambil tahu, tetapi bengang juga sebab cara dia melihat aku. hermm.... apa-apalah, yang penting aku tidak ada buat masalah dengan kau, dan buat lah apa kau suka nak buat, sesungguhnya yang sakitnya kau....BODOH,





Monday, March 22, 2010

LamA GiLer


salam for all my blog's friend, rasanya dah lama sangat aku tak update blog aku ni, haha.....

bukannye apa sibuk ngan facebook aku, main game jer yang lebih, lihat sahaja list game aku tu.... ni dah malas nak layan dah.... haha.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...