Wednesday, March 31, 2010

BuTTerFly FaRM

minggu lepas, aku telah berjanji akan masukkan post tentang aku berjalan-jalan di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. sebenarnya tidak dirancang untuk ke taman ini, cuma aku terniat sahaja dan niat untuk pergi ke taman ini telah lama disimpan, dan kali ini berpeluang berjalan-jalan di taman tersebut.


dapat juga menikmati pemandangan di sekitar dan melihat keindahan rama-rama di situ. hanya beberapa jam sahaja aku bersiar di situ kerana kami telah membuat perjumpaan dengan seseorang untuk membeli lap top untuk adik sahabat aku. tetapi lap top yang diinginkan telah kehabisan stock, terpaksalah kami memilih yang lain, tetapi dalam lingkungan jenama yang sama.


tersasar dari cerita, memang menarik juga taman ini, dan ada galeri info yang boleh dirujuk oleh para pengunjung tentang jenis-jenis rama-rama juga serangga yang terdapat di seluruh dunia. tetapi bukan sepenuhnya.


di sini aku letakkan antara gambar yang menjadi koleksi aku semasa aku berkunjung ke taman tersebut. jom cuti-cuti malaysia.


2 comments:

Indah Cuma Seketika.... said...

rama rama dengan warna yang indah, akan mengindahkan lagi suasana... nice place...

budak_nakal said...

:) yup very nice.....like it....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...