Sunday, September 25, 2016

Kejutan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

11 Sept merupakan tarikh keramat bagi aku.
"hahaha..."
Bukan keramat mana pun, hanya tarikh lahir buat aku sahaja. Genap umur aku 35 tahun dan masih memegang title BUJANG.
"hurm... bila agaknya aku akan menamatkan zaman bujang aku",

In Sya Allah, kalau ada rezeki aku, ada juga nanti.

Terima kasih buat sahabat aku kerana mengejutkan aku dengan sambutan yang diberikan. Sesungguhnya aku memang tidak menyangka. dan kali pertama aku betul-betul menerima kejutan.





Hari-Hari Yang Sibuk.

Asslammualaikum dan salam sejahtera.
Salam muafakat Johor.


Dalam beberapa bulan ini, kehidupan aku agak sibuk sedikit dalam menguruskan kehidupan aku. Manakan tidak, aku terlibat dengan minat dan perniagaan kawan aku, perniagaan kek. 


Pada awalnya aku terlibat secara tidak langsung, kerana aku sekadar membantunya sahaja dalam menyiapkan tempahan-tempahan. Banyak perkara yang aku belajar dalam mengendali dan membuat juga men'deco' kek ini.

Dalam masa yang sama, dia sebenarnya mengajak aku berusaha menambah kewangan aku, maksud, menambah pendapatan sampingan. Terima kasih aku ucapkan kepada beliau kerana memberi dorongan kepada aku selama beberapa bulan ini bagi menambah baik kedudukan kewangan aku.


Buat masa ini, aku tidak lagi berani menerima tempahan-tempahan kerana tidak berapa yakin dengan hasil tangan aku sendiri. Aku juga berasa tidak puas hati dengan hasil yang aku berikan. Ada beberapa buku kek yang aku hasilkan, tetapi kebanyakanya aku hanya membantu sahaja.

Terlalu sibuk dengan dunia kek, aku hampir terlupa ingin menambah post di laman kesayangan aku ini.
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...