Selasa, 21 Februari 2023

Banjir Di Dapur.

 

 
Jam 0315, dengan keletihan yang teramat, terjaga aku dari lena diulit mimpi indah, mimpi apa? Aku pun x ingat. Tersedar kerana terdengar bunyi deruan air. Berlari aku menuju ke bilik air, 
"Tu dia, Kepala paip Pecah",
alhamdulillah, DIA ingin berikan aku rezeki yang lebih dan melimpah ruah.
Ini kali ketiga aku mengalami keadaan yang begini, tetapi bahagian yang lain-lain, Sememangnya duduk di Kuarters begitu, ada sahaja peralatan yang mengalami kerosakan dan perlu ditukar ganti.

Sememangnya tidak ada lah kedai hardware yang buka pepagi buta, kebetulan sebelum ini aku ada pinjam kepala paip dari seorang ustaz dari tingkat bawah, Mujur ada lagi dan masih lagi dalam simpanan, tukarkan kepala paip tersebut dan sambung tidur.

Ketiga-tiga kejadian, ini kejadian yang tidak menyebabkan kebanjiran teruk di kawasan dapur rumah aku. Hanya sedikit air yang melimpah di kawasan hadapan bilik air, Selepas waktu kerja nanti baru ke kedai hardware dan cari kepala paip yang ok sikit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...