Wednesday, December 15, 2010

Maha 2010

Dalam dua minggu lepas, aku telah membawa ibu ku ke Maha 2010. aku membawa juga sahabat aku dan adik aku.

Apa yang kelakarnya, kami tidak di lokasi awal satu jam, dan ketika itu hanya ada beberapa buah kereta sahaja, tujuan kami datang awal semata-mata ingin mendapatkan park kereta yang berdekatan dengan tempat pameran.

Banyak perkara yang dipamerkan di Maha, dari ternakan, sayuran, tanaman dan tanaman hiasan, dan yang pastinya tujuan ibu aku adalah untuk menyaksikan dan membeli bunga untuk dihiaskan di halaman rumah beliau, Dan sememangnya meletihkan, dan kami tidak lawati keseluruhan pameran di tapak Maha itu.


Dan kami keluar dari tapak pameran dalam pukul satu petang, dan selepas itu aku hanya berehat di rumah sahaja kerana keletihan,


Informasi tentang Maha 2010 mungkin boleh didapati di http://www.mahaexpo2010.com

Lama

Lama juga aku tidak update aku punya blog ini. Bukan apa, hanya kerana tidak mempunyai idea apa yang ingin di letakkan di sini.

Baru-baru ini berlaku satu perkara yang tidak memuaskan hati aku. Di mana aku seperti dikhianati, sedangkan apa yang aku lakukan telah aku inform kan. Tetapi mereka seperti tidak mengetahui apa yang aku lakukan. Sedikit tidak berpuas hati.

"ah!, Biarlah dia dengan cara dia", fikir aku, kerana apa yang berlaku itu atas kecuaian diri aku sendiri, tetapi mengapa aku diperlakukan sedemikian rupa. Apa kesalah yang telah aku lakukan kepada beliau.

Entah, biar sahaja, aku malas ingin memikirkan lebih lanjut kerana banyak perkara yang boleh aku lakukan daripada memikirkan manusia bangang itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...