Saturday, February 26, 2011

Bukit Kepong, Muar


Sebenarnya mukim di mana aku tinggal sekarang iaitu Bukit Kepong, mempunyai sejarahnya tersendiri, dan hampir di ketahui umum di Malaysia. Sejauh mana pengetahuan mereka aku tidak pasti. Bukit Kepong merupakan antara sebuah mukim yang terdapat di Daerah Muar.sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Muar, Johor. Ia terletak berhampiran Sungai Muar. Pekan ini terkenal dengan peristiwa Bukit Kepong yang tragik.

Bukit Kepong merupakan antara sebuah mukim yang terdapat di Daerah Muar.sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Muar, Johor. Ia terletak berhampiran Sungai Muar. Pekan ini terkenal dengan peristiwa Bukit Kepong yang tragik.

Ramai anak muda tempatan yang berhijrah ke kota mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Kebanyakan penduduk pekan adalah peniaga kecil. Sementara kampung berhampiran penduduk banyak yang terlibat dalam aktiviti pertanian. Terutama kelapa sawit,dusun buah-buahan dan getah. Segelintir pula terlibat dalam aktiviti menangkat ikan air tawar serta udang galah yang boleh didapati dengan amat senang suatu ketika dulu sepanjang Sungai Muar yang mengalir melalui pekan ini. Pada ketika ini hasil udang galah amat berkurangan disebabkan oleh masalah pencemaran sungai oleh kilang-kilang, terutamanya kilang getah. Suatu ketika dahulu Pekan Bukit Kepong amat mudah dinaiki air setiap kali musim hujan.



Happy Besday

Selamat hari ulang tahun buat sahabat aku, owner of Pulse Of My Heart, (http://aizulazril.blogspot.com/) Tidak pasti pula aku berapakah umur dia sekarang, kerana telah lama aku tidak keluar minum bersama.

Sebelum ini, aku seperti kasihan pada dia dengan apa yang dia harus jalani dalam hidupnya, sekarang tahniah aku ucapkan kerana dia telah pun mempunyai kerja yang agak bagus jawatannya, bagi aku. Mengapa aku cakap "bagi aku" kerana sebelum ini ada beberapa pihak atau sahabat beliau dahulu memperkatakan tentang pekerjaan beliau. Apa yang pasti dia bekerja dengan kerja yang halal tidak pula melakukan kerja yang tidak diredhai oleh agama islam.

So teruskan lah usaha dalam memperbaiki hidup.

Thursday, February 24, 2011

Tarian Zapin

Johor tempat kelahiran aku ini juga tidak kurang dengan budayanya, contoh post yang sebelum ini seperti ghazal dan kuda kepang. Satu lagi tarian yang cukup terkenal dan menjadi lambang budaya Negeri Johor adalah Tarian Zapin.



Mengikut apa yang telah aku baca sebelum ini, Tarian Zapin ini berkembang di negara ini, dan hingga sekarang masih diteruskan di Johor. Tetapi tarian ini telah diubah mengikut kekreativiti kumpulan tarian tersebut, walaupun begitu tarian yang asal tetap dikekalkan hanya ditambah mengikut kesesuaian.Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat di negeri Johor.


Terdapat dua jenis Zapin yang ada di Negeri Johor ini, iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab yang boleh dilihat perbezaannya dari segi unsur peradaptasiannya. Sebenarnya kedua-dua jenis tarian ini berasal dari satu kesenian masyarakat Arab yang dibawa Hadramaut. Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga pada sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlah terutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab.

Di Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.


Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor terserlah.


contoh tarian zapin.

Wednesday, February 23, 2011

Muzik Ghazal


Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.

Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga,Singapura. Di Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.

Perkembangan seni muzik ghazal di Negeri Johor sering dikaitkan dengan nama Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga memperkenalkan seni ghazal dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian tertentu.Selain daripada Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan kesenian muzik ini. Di antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid , Ungku Sulaimen Bin Daud, Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.


Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika itu muncullah Haji Musa Bin Yusof atau lebih di kenali dengan panggilan Pak Lomak. Pak Lomak adalah cucu kepada Datuk Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di tengah-tengah keluarga mencintai seni ghazal, Pak Lomak tidak dapat memisahkan dirinya daripada seni ini. Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan begitu mendalam sekali. Ditinjau daripada sudut sejarah perkembangan seni muzik ghazal di Johor dari tarikh perkembangannya bermula dari tempat asalnya di Tanah Arab hingga ke zaman Pak Lomak, perkembangan seni muzik ini telah melalui satu penjelajah yang agak panjang dan mengambil masa yang lama.

Peralatan muzik ghazal pada mula-mulanya terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do(Gendang). Kemudian alat-alat ini ditambah lagi dengan beberapa jenis alat muzik yang sesuai seperti gitar, kecepi Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik yang lain seperti ukeleli dan sebagainya tetapi oleh kerana terlampau riuh dan mengganggu serta boleh menghilangkan silau dan lemah lembut lagu-lagu Melayu maka alat-alat itu dibatalkan. Hanya alat-alat yang dinyatakan di bawah ini sahaja di gunakan sebagai Muzik Ghazal Melayu Johor yang tradisional iaitu:-




  • Harmonium, alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu Johor.
  • Satu set alat tabela (tabla) yang juga merupakan alat muzik yang berasal dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.
  • Gambus alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.
  • Gitar sejenis alat muzik yang perlu untuk permainan Ghazal Melayu Johor. Alat jenis bertali ini sebagai alat melodi atau rentak.
  • Tamborin alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.
  • Marakas sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.
  • Violin alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor.

Tuesday, February 22, 2011

Peragut Yang Tewas


Pagi tadi aku terkejut dengan satu berita di dalam Harian Metro. Manakan tidak, terlihat gambar seorang lelaki yang mati di dalam parit.

Rupa-rupanya seorang peragut mati di dalam parit tersebut. "Bagus", fikirku.

Mengapa aku berkata sedemikian, kerana mereka ini amat menyusahkan orang ramai, dan membuatkan kaum wanita yang lemah takut untuk menjalankan aktiviti harian mereka. Memang layak mereka begitu. Mempunyai tulang empat kerat yang mampu mencari rezeki yang halal, tetapi mengambil jalan mudah dengan kelemahan orang lain.

Di sini aku letakkan artikal tentang berita itu:


AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.

Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.


Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.


Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.


Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.

Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.

Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.

“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.

“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.

Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.

“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.

“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya.


Sini Ada hantu


Rama, seorang penyelia kompeni penghantaran dan penyewaan kenderaan mencari driver yang sanggup menghantar sebuah keranda ke luar kota dengan cepat. Rama berhasil mendapatkan khidmat Ah Meng dan Bakri. Mereka perlu sampai ke destinasi keesokan pagi. Semasa dalam perjalanan, radio telah mati. Bagi menghilangkan kebosanan dan mengantuk, mereka bercerita kisah seram yang pernah mereka dengar.



Bakri bercerita tentang hantu pokok pisang… HANTU POKOK PISANG. Kisah berlaku di sebuah desa. Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri. Noraini adalah kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap playboy. Zam cuba memisahkan mereka berdua. Setelah mendengar cerita tentang hantu pokok pisang daripada seorang dukun, Zam cuba untuk melihatnya melalui cara yang diperkatakan oleh dukun tersebut. Ternyata benar, hantu pokok pisang memang wujud! Zam membawa Farid untuk bertemu ‘kekasihnya’, iaitu hantu pokok pisang.


Setelah melalui pengalaman bersama ‘gadis’ tersebut, Farid jadi ketagih. Inilah masanya untuk Zam membuktikan pada Noraini siapa Farid sebenarnya. Zam bawa Noraini ke rumahnya supaya Noraini boleh melihat sendiri kecurangan Farid. Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila Noraini memotong kain merah yang menghubungkan pokok pisang dan katil Zam… KISAH SERAM 4D Cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati. Mereka berempat sepakat untuk mencuba nasib pula. Mereka mengunjungi kubur yang dikatakan hantunya sangat hebat, iaitu seorang perempuan yang berpakaian cheong sam. Tetapi lain pula yang terjadi... Seorang demi seorang akhirnya mati setelah diganggu oleh hantu cheong sam tersebut. TANDAS ASRAMA BERHANTU Kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya.


Yakob kemudian mendapati mereka semua takut untuk ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada Yakob, itu semua tidak masuk akal. Suatu malam Yakob sakit perut dan terpaksa ke tandas. Amin dan Johan menemankan Yakob. Malangnya, mereka benar-benar berhadapan dengan hantu-hantu Jepun. VAN Cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, mereka pula dikacau hantu pakcik tua yang mahu melarikan van mereka. Ah Meng dan Bakri terpaksa mengejar van tersebut untuk mendapatkan semula keranda yang ada di dalamnya. Dapatkah mereka mencari semula van tersebut? Siapa pakcik tua yang di dalam van tersebut? ‘Sini Ada Hantu’ bakal menemukan jawapannya.


Kerja



Beberapa minggu yang lepas, aku telah berjumpa dengan seorang sahabat aku yang dahulunya bekerja di Cyberjaya di sebuah syarikat. Aku amat bersimpati dengan apa yang telah berlaku pada beliau. Bahagian tempat beliau bekerja di syarikat itu telah ditutup. Kerana apa aku tidak pasti kerana waktu aku berjumpa dengan beliau amat singkat kerana masing-masing mempunyai perkara yang perlu diselesaikan.

Bagi aku kehilangan kerja amat menyakitkan. Manakan tidak, untuk mendapat pekerjaan yang baru bukan satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi di zaman ini. Apa yang pasti bergantung pada rezeki dia yang telah ditentukan. Jika murah rezekinya, insyaallah, segala urusan akan dipermudahkan.

Aku juga pernah lalui perkara ini, semasa aku mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah kilang di Muar. Memang berat untuk aku membuat keputusan, telah 4 tahun aku bekerja di kilang tersebut. Mungkin terlalu ikutkan darah muda aku, kerana tidak sabar dengan tindakan aku punya head yang memilih kasih. Politik bila bekerja di kilang itu, perlu pandai ambil hati orang atas baru kedudukan kita baik. memang ramai yang mengakui perkara tersebut.



Kemudian aku berhijrah di Puchong, dan amat menyakitkan kerana mahu mendapatkan kerja sememangnya sukar. Tersenyum seketika semasa menaip post ini, manakan tidak, pelbagai kerja yang aku lakukan untuk menanggung perbelanjaan aku. juruwang di Jusco, supervisor di Reject Shop, dan pekerjaan aku yang terakhir sebelum mendapat kerja tetap ini adalah menjadi juruteknik di sebuah syarikat kecil.

Mungkin aku diuji dengan semua itu oleh Nya supaya aku lebih bersyukur. Dan aku amat bersyukur dengan jawatan yang aku jawat sekarang. Walaupun aku tidak minat untuk duduk di kampung, tetapi kerja aku sekarang ini sememangnya membuatkan masa depan aku lebih kukuh.

Alhamdulillah dengan segala rezeki yang telah diberikan kepada aku. Dan kepada sahabat aku aku doakan agar segala urusan beliau akan dipermudahkan. Aku tahu dia selalu mengikuti perkembangan Blog aku ini, sorry dengan perlawaan tempoh hari kerana aku telah berpunya, dan aku perlu menjaga diri aku kerana dia begitu menjaga dirinya untuk aku.




Kekeliruan.



Aku tidak tahu mengapa, sejak akhir-akhir ini, banyak perkara yang aku lakukan serba tidak kena. Tetapi kerja-kerja itu aku selesaikan dengan baik, hanya mengambil masa yang lebih panjang berbanding kebiasaan.

Adakah aku disebabkan oleh masalah yang aku hadapi sejak akhir ini. Kekadang aku tersenyum sendirian, manakan tidak, ada beberapa perkara yang boleh diselesaikan dengan cepat, penyelesaian di depan mata tetapi aku boleh pergi tempat lain dahulu mencari penyelesaian, apa yang hampir tidak kelihatan di mata aku.


Masalah family yang aku hadapi hampir menemui penghujungnya. Aku gagal memujuk supaya perkara itu tidak terjadi. Tetapi apa yang aku boleh cakap di sini, andai perkara itu terjadi juga, aku akan lepas tangan kerana tanggungjawab bukan lagi terletak di bahu aku. Perkara yang terjadi di kemudian hari bukan lagi masalah aku, kerana ada yang lebih bertanggungjawab ke atas segala yang berlaku.




Tetapi aku juga berasa terkilan dan sedih dengan keputusan yang dibuat. Begitu juga dengan adik-adik aku yang lain. Terasa berat batu yang menghimpit di dalam dada aku ini. Aku tidak terdaya untuk lebih berkata, andai terlebih aku jadi derhaka. " Diluah mati mak ditelan mati bapak". Aku hanya akan melihat sahaja apa yang akan terjadi.


Monday, February 21, 2011

Domain Dan IP

Hari ini terlalu banyak kerja yang perlu aku lakukan dan ada yang tertunggak. Pada paginya, aku telah menghantar sahabat aku menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur, kerana semalam dia telah mengikut aku pulang ke rumah.

Kemudian aku ke Pekan Labis untuk pergi di pejabat yang menjadi rutin ku untuk meninjau sama ada di pejabat tersebut mempunyai masalah atau tidak. Sebenarnya aku mendapat report dari seorang staf yang menyatakan bahawa komputer beliau menghadapi masalah. Aku turun untuk memastikan apa masalah sebenar yang beliau hadapi.

Dalam jam 12 aku mendapat panggilan menyatakan ada perbincangan dengan group it, terpaksa aku meninggalkan kerja aku di Labis dan pulang ke Segamat. Perbincangan tersebut melibatkan penukaran domain pada semua komputer yang menggunakan internet. Sebelum ini, komputer di pejabat tempat aku bekerja ini menggunakan IP add.

Perbezaannya dan apa yang aku faham, semasa kami menggunakan IP address sebagai alamat komputer di pejabat. Capaian di internet tidak meluas dan hanya capaian yang dibenarkan sahaja yang boleh di access. Dengan penggunaan domain ini, banyak perkara dan web yang boleh dicapai.

Kebaikan menggunakan domain ini, pihak ict yang berada di Johor Baharu boleh meninjau segala aktiviti yang dilakukan oleh staff mereka, sama ada mereka ini melakukan kerja atau sebaliknya. Bagi aku ini adalah satu perkara yang baik, kerana kerja-kerja aku melibatkan internet, dan memerlukan internet untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Sunday, February 20, 2011

Thank You


Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang telah melawat blog aku yang tidak seberapa ini, dan pada mereka yang telah meninggalkan pesan di kotak chat, aku telah melawat blog-blog anda. Ada yang telah aku menjadi follower mereka, dan pada yang belum aku akan lakukan sedemikian juga.

Terima kasih juga kerana bagi support dan kata yang memberangsangkan untuk aku terus menulis lagi. thanks and thanks and thanks all.

Mereka.


Aku mendapati ada beberpa blog yang sengaja menguji tahap kesabaran orang lain. Di mana mereka secara sengaja mengutuk dan mencaci orang lain. Tidakkah beliau sedar bahawa setiap yang diciptakan Nya mempunyai kebaikan dan juga keburukan, ada kelebihan dan juga kekurangan.

Mengapa Dia mencipta makhluk serta hambanya sedemikian rupa? Sebenarnya Dia menyuruh kita berfikir dan bersyukur dengan segala pemberiannya, jadikan ikhtibar untuk memperbaiki diri sendiri, bukan mengutuk mencaci sifat kekurangan orang lain.

Sejenak aku terfikir, adakan beliau telah cukup sempurna untuk mencaci orang lain. Adakah dia cukup bagus SIKAPnya di dunia ini sehingga terang-terangan mengumpat orang lain di dalam blog?

Tidakkah dia juga sedar hukumnya mengaibkan orang lain, aku sedar bahawa blog dia itu mendapat sambutan di seluruh dunia. Tidakkah dia terfikir bahawa dengan apa yang beliau itu mungkin akan menjatuhkan air muka orang yang terlibat secara langsung dan secara terang-terangan diperkatakan dalam blog beliau.

Pada awal dahulu, aku juga pernah terkena perkara ini. Secara sengaja diletakkan gambar aku di dalam blog seseorang. Dengan tidak meminta izin dahulu diletakkan gambar tersebut. Walaupun gambar itu diletakkan di dalam account tetapi bukan seharusnya ia dijaja seluruh dunia. Perkara itu akan menjejaskan pekerjaan aku. Pada asalnya aku tidak sedar akan perkara itu. Tetapi setelah aku selidik dan memahami apa keburukannya jika aku secara menyerlah membawa segala kehidupan aku di dalam blog ini, kelak akan memusnahkan kerjaya aku.

Aku sekadar berkongsi apa yang ada di dalam hati aku. Tidak elok bagi kita mengaibkan seseorang itu walaupun kita tidak menyukai mereka. Mungkin dia belum terkana mungkin. Seharusnya kita ada sikap menghormati orang lain.

Saturday, February 19, 2011

Tidak Mengerti.

Aku mengalami perkara yang sungguh mnguji kesabaran aku sejak akhir-akhir ini, mengapa aku diuji sebegini, sungguh sakit untuk aku menanggung semua ini. Walau aku sedar bahawa setiap hambanya akan diuji tahap kesabaran diri.

Ingin sahaja aku berkonsi masalah aku di sini, tetapi apakan daya apabila aku bercerita sudah pasti aku akan berasa malu dengan diri sendiri. Jangan salah faham, bukan aku yang bikin masalah, tetapi aku mengalami masalah family. Bagaimana ingin aku menyelesaikan perkara ini? aku tidak pasti,yang mana apabila aku bersuara pasti orang tua aku akan terasa hati dan menjadikan aku sebagai derhaka.

Jika perkara ini tidak melibatkan pihak lain dari keluarga aku, tidak aku pening kepala seperti ini. Perkara ini telah melibatkan beberapa pihak luar, dan semua pihak itu mencari aku dan memaksa aku menyelesaikan perkara ini, walhal, perkara ini tercetus akibat dari pihak dari sebelah dia.

Aku berfikir seketika, mengapa mereka tidak mencari apakah punca dari pihak mereka sehingga orang tersebut menimbulkan kekacauan ini. Dan mereka cuba meletakkan beban itu kepada aku. Apabila aku bertanay pada mereka adakah perkara tersebut berpunca atau salah dari pihak keluarga aku. Tidak sekali mereka mengakui perkara itu, dan hanya meminta pertolongan dari aku untuk menyelesaikan perkara ini. Tetapi mereka tidak sedar mungkin, jika aku sahaja berusaha tetapi mereka hanya menunggu, tidak selesai perkara ini, so aku harap mereka menyelesaikan konflik yang berlaku dalam keluarga mereka.

Saturday, February 12, 2011

Gambar Sekita Banjir Febuary 2011

Lori yang rosak semasa cuba mengharung air, dan terperangkap di dalam banjir selama satu minggu.



malam ketika menjemput adik aku. keesokan harinya tempat aku berdiri ini ketinggian air separas dada.



Ladang ternakan itik yang musnah, tidak pasti ke mana itik-itik itu telah pergi.




Terputus hubungan. jalan yang sering aku lalui untuk ke pejabat. Mengambil masa dalam seminggu untuk surut sepenuhnya.



dalam perjalanan menuju ke kereta aku selepas menjemput adik aku, menaiki kereta semula dengan keadaan seluar yang lencun. habis seat kereta aku lembap dua hari, dan nasib baik tidak berbau setelah kering.




kasihan tuan tilam ini yang mencari selama seminggu di mana letaknya tilam beliau, rupanya di atas jalan.






tokeh-tokeh kedai mengalami kerugian yang banyak.



Dua buah van yang mati di dalam air dan terpaksa ditolak oleh beberapa orang pemuda.


keadaan jalan raya di kampung aku yang ditenggelami banjir.

Banjir





Seperti yang aku khabarkan sebelum ini, sebelum aku mendaki ke tanah tinggi a.k.a Cameron Highland. Berlakunya banjir pada 30 Febuary 2011. Pertama kali aku menghadapi banjir, iaitu aku terpaksa mengharung banjir separas pinggang untuk menjemput adik aku yang berada di Segamat.






Apa yang menjadi kenangan bagi aku pada malam itu adalah kerana menharung banjir tersebut dengan arus yang deras, terdapat sebiji Hoda Civic yang telah terapung seperti bot, dan sebuah lagi tidak dapat aku kenal pasti modelnya. Kelihatan seorang lelaki cina yang mengharung banjir bersama payungnya, dan beberapa orang yang ingin bersiar di dalam banjir itu.




Satu lagi kenangan adalah, Kereta Pesona aku yang hanya baharu dipakai empat bulan telah mengharung banjir sedalam paras lutut. Jika aku tidak harung banjir tersebut sudah pasti aku juga akan ditempatkan di pusat penempatan banjir, dan tidak pasti hanyut ke mana kereta kesayangan aku itu.





Difahamkan bahawa banjir pada tahun ini adalah lebih buruk berbanding yang berlaku pada tahun 2006. Memang menjadi satu kenangan bagi aku, dan sudah pasti tidak akan aku ulang perkara ini. Biar menjadi kenangan dan menjadi panduan.

Wednesday, February 9, 2011

Kuantan.


Belum pun hilang lelah bercuti di Cameron Highland. Ibu aku mengajak aku pergi ke Kuantan pula bertemu dengan adik lelaki aku yang nombor 4. Kami bertolak dari rumah aku di Labis ini Jam 1 petang, setelah ibu aku siap mengemas rumah dan melakukan beberapa kerja.

Manakala aku pula memberi makan kepada haiwan kesayangan aku. Terasa juga meletakkan gambar mereka di dalam blog aku ini untuk dikongsikan bersama, mungkin aku akan letakkan kemudian. Sebelum aku lari tajuk, labih baik aku tumpukan tentang perjalanan aku menuju ke Kuantan.

Kami pergi bertiga, bersama-sama kami, owner for entry Aku Dan Dia. Yang mengikut aku pulang ke rumah dari Puchong, Selangor. Sebelum itu aku telah menghantar ibu aku ke majlis persandingan yang berlangsung di kampung aku.

Tiba di Kuantan lebih kurang dalam pukul 4 petang. Kami mengambil adik aku di Jaya Gading, dan terus menuju ke Bandar Kuantan. Destinasi pertama adalah aku membawa mereka ke Taman Gelora, Dan berehat sebentar juga menikmati lunch houry yang telah terlewat. Kemudian bersiar-siar pula di pesisiran pantai yang kebetulan pada waktu itu air sedang pasang.



Setelah puas menikmati pemandangan di situ, kami terus bergerak memasuki pusat bandar, tujuan utama adalah mencari hotel untuk bermalam. Bagi aku ini kali pertama kami bermalam di Kuantan yang niat hanya ingin berjumpa dengan adik aku itu. Kami menginap di Hotel Pavilion, dan mengenakan bayaran yang berpatutan dan kemudahan juga suasana dalaman yang menarik. Walaupun Keadaan biliik yang tidak begitu besar, tetapi bagi kami bilik tersebut memang selesa.

Kami berehat seketika, sambil menunaikan Solat Maghrib. Setelah semua siap, kami terus keluar hotel menuju ke tempat makan malam. Destinasi makan malam kami adalah di Tanjung Berlumpur. Apa yang menarik adalah, kawasan tersebut adalah lokasi utama bagi mereka yang ingin menikmati makanan laut, apa yang disediakan adalah ikan bakar, segala jenis masakan ikan contohnya, masam manis, tiga rasa dan bermacam lagi.

Pada malam itu kami pesan Ikan Kerapu masak tiga rasa, sotong goreng tepung, ketam masak black paper, lala masak sambal dan sayur kailan ikan masin. memang sedap didengar, tetapi sebenarnya ada masalah dengan menu tersebut, aku akan ceritakan di post yang akan datang.

Selesai menikmati makan malam, aku menghantar adik aku pulang ke tempatnya kerana waktu berada di luar hampir tamat. Setelah menghantar beliau, kami terus menuju ke Benteng. Sebenarnya kawasan Benteng ini adalah kawasan rekriasi yang dibina sepanjang Sungai Pahang. Tempat yang aku sering pergi semasa belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dahulu. Tempat dating dengan awek.





Terdapat pembeharuan di Benteng di mana Majlis Perbandaran Kuantan telah mengadakan tempat untuk berniaga di sepanjang sungai tersebut. Bermacam juga yang ada dijual. Kami hanya berjalan menyusuri sungai dan melihat barangan yang dijual di kawasan tersebut.

Hampir dua jam kami duduk menikmati angin malam di tepi Sungai Pahang. Kami menuju ke hotel kerana terasa letih berjalan pada siang hari. Dan aktiviti yang berlangsung selepas itu, menikmati mimpi indah,




Keesokan harinya, selepas sarapan pagi, kami check out hotel, terus menuju ke Teluk Chempedak, antara tempat perlancongan yang menarik di Kuantan ini. Bersiar, melepak dan menikmati pemandangan sambil merasa tiupan angin Laut Cina Selatan. Dan menyusur pantai aktiviti yang kami lakukan.

Setelah puas, kami masuk ke Pusat Bandar semula untuk menikmati makan tengahari. Dan terus bertolak pulang ke kampung. Terasa letih juag dibuatnya.



Follower

Salam, aku ada terbaca satu blog tu, blogger itu meletakkan post tentang follower. Betul juga apa yang diperkatakan itu.

Kekadang apabila aku membuka blog member, terasa cemburu juga melihatkan ramainya follower yang dia ada. Bukan seperti aku ini, yang ada hanya beberpa orang sahaja, tetapi oklah tu dari tidak ada. Tetapi sekarang ini, aku terfikir, bagi mempunyai follower yang banyak sebegitu, aku perlu mempunyai kekreativiti yang banyak, dan mempunyai ide yang bagus dan bernas. Tetapi untuk menulis blog ini pun satu hal juga, apa yang perlu aku postkan, tidak pasti kerana tidak mempunyai ide yang baik. Mungkin dengan kesibukan bekerja, aku tinggalkan sahaja, dan berbulan juga aku tidak punya post yang baru.

Dan pada beberapa bulan yang lepas, aku ada baca satu artikal di surat khabar, dinyatakan bahawa akan dikenakan bayaran a.k.a cukai kepada penulis blog, kerana dengan menulis blog, blogger itu akan mendapat pendapatan, bergantung juga, seperti blog aku ini, langsung tiada pendapatan, so how come. Bagi mendapatkan pendapatan dengan menulis blog ini, sesuatu blog itu mesti mempunyai kunjungan yang ramai, dan ada beberapa syaratnya. Tetapi bagi blog aku ini, tiada yang dapat menarik ramai pembaca. Hanya sebagai satu hobi dan suka berkongsi dengan rakan-rakan yang ingin mengetahui perkembangan aku.

Entah, aku pun tidak pasti. Tetapi yang pasti, dengan blog ini, bermacam perkara yang kita boleh luahkan, seperti politik, ketidak puasan hati, gosip, fitnah mengutuk dan pelbagai lagi, tetapi bagi aku semua perkara boleh diluahkan di sini tetapi perlu beretika. perlu menjaga semuanya kerana yang membacanya bukan orang yang kita pasti tentang mereka.


Cameron Highland III


Hari ke tiga aku berada di Zon Sejuk di Malaysia ini. Terasa semakin letih, kerana malam tadi sukar untuk aku melelapkan mata, dan terasa tidak selesa untuk tidur dan bermimpi indah. Tidurku pula sering terjaga.

Hari ini juga merupakan hari terakhir aku bercuti di kawasan tinggi ini. Terasa bahagia juga kerana dapt bertemu semula dengan haiwan peliharaan aku semua. Di hati hanya fikirkan bagaimana keadaan mereka, entah makan entah tidak.

Seperti biasa, memang terasa malas untuk aku bangun di pagi hari yang sejuk, lebih baik terus duduk diselungi selimut tebal. Nasib baik juga ramai ahli di dalam bilik hotel tersebut yang menunggu giliran untuk mandi, dapatlah aku memanjangkan masa tidur aku.




Hari ini, rancangan yang telah dijadualkan adalah, pergi semula ke pasar, atas permintaan makcik aku. oleh itu, kami pun terus menuju ke pasar setelah urusan check out selesai. Seperti sedia maklum, keadaan di Brinchang akan bertambah sesak tambahan pula hari cuti perayaan begini, di mana ibu bapa mengambil keputusan untuk membawa anak-anak mereka berjalan. Dan makcik aku membuat keputusan untuk membatalkan sahaja rancangan beliau.

Terus sahaja aku menuju ke Tanah Rata. Setibanya di Tanah Rata, aku terus menuju ke satu kedai makan untuk bersarapan, ada satu kedai yang membuat ro canai di situ, memang sedap. Hanya kedai itu menjadi pilihan aku untuk bersarapan pada hari terakhir.

Selesai bersarapan, kami terus menuju ke Mardi, kerana di situ terdapat pelbagai bunga dan tanaman yang dipamerkan. Dan terdapat juga barangan yang dijual sebagai cenderamata dan tumbuhan dan pokok bunga yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.




Itu sahaja lokasi pada hari terakhir, dan kami terus menuju ke bawah untuk pulang ke rumah. Bermacam kenangan yang aku telah dapat pada percutian pada kali ini. Memang menyeronokkan dan memang meletihkan. Adanya suka dan duka, perkara tersebut adalah perkara biasa, yang mungkin boleh dijadikan panduan pada masa akan datang, mungkin mengalami situasi yang serupa.

Monday, February 7, 2011

Cameron Highland II

Hari kedua,



Terasa sejuk di awal pagi, membuatkan aku menarik toto (aku tidak pasti nama dia, tetapi orang gelarkannya sebagai toto) hingga ke leher aku. Sejuknya terasa sehingga ke tulang, ditambahkan lagi dengan keadaan kesihatan aku yang tidak begitu baik.

Digagahkan juga kudrat yang ada, supaya keluarga makcik dan adik aku tidak berasa kecewa dengan percutian yang hambar. Kerana menyewa bilik yang mempunyai satu sahaja bilik mandi (aku rasa mana-mana pun hanya punya satu bilik mandi) jadi, terpaksa menunggu giliran untuk mandi.




Selesai mandi aku mengikut ibu aku, adik lelaki aku dan juga makcik aku dan anaknya turun ke cafe untuk menikmati sarapan pagi. terlupa pula aku nak inform yang kami pergi seramai 14 orang dan menaiki tiga buah kereta.

Selesai bersarapan, aku naik ke bilik untuk mengambil barang-barang aku, dan terus menuju ke kereta untuk memanaskan enjin. Tiba-tiba Makcik aku menegur aku dan menyatakan bahawa tayar kereta aku tiada angin, "Aduh", keluh dalam hati. Menjadi satu kerja di pagi hari pula, membuka tayar kereta. tetapi bernasib baik kerana ramai yang membantu menukarkannya kepada tayar spare.




Bernasib baik, kerana bengkel kereta masih buka pada hari cuti begini. Menunggu juga kami kerana tuan kedai ingin membakar mercun dahulu, pemilik berbangsa cina. dan kami diberi dengan limau yang menjadi tradisi bagi masyarakat cina di hari chinise new year ini. Tayar kereta aku diperiksa dan beliau menyatakan bahawa tayar aku mungkin dibuang anginnya. kerana tiada kebocoran yang berlaku.

Selesai sahaja memasang kembali, aku terus membawa keluarga aku meneruskan lokasi pada hari kedua ini. Dan lokasinya:




Kawasan Gunung Brinchang,

1. Ladang Sayur.

Untuk tiba di lokasi ini, aku perlu membawa mereka melalui jalan yang curam dan rosak. Dengan kereta yang baharu sahaja diguna selama 4 bulan. "hahaha", ketawa seketika. Dan bernasib baik lagi pakcik aku bersikap spoting kerana kereta yang beliau bawa 'Honda Freed' yang belum seminggu diambil boleh dibawa naik melalui jalan yang begitu azab sekali.




Setibanya kami di ladang tersebut, kami disambut ramah oleh pekerja dan tuan ladang tersebut. Dan tidak lupa juga pada anak kambing yang berusia dua hari. Seperti biasa, jika berada di ladang ini, kami akan dibawa melawat ke seluruh kawasan ladang, letih juga berjalan kaki melihat ladang tersebut. Mengambil gambar juga menjadi aktiviti utama.




Selesai melawat ladang, kami diberi peluang untuk memilih sendiri sayuran yang ingin dibeli di ladang tersebut, sayuran yang dibeli adalah, kobis, kami diberi peluang untuk menuai hasil ladang tersebut, (mengikut apa yang telah kita pilih). Cabut lobak putih dan memetik beberpa biji tomato.

Tidak lupa, diladang tersebut juga menanam, strawberry yang menjadi tarikan utama selain mempunyai suhu yang rendah di Cameron Highland ini. Dan kami diberi peluang memetik buahan tersebut dan hasilnya akan ditimbang dan bayaran dibuat mengikut beratnya. Terdapat juga ladang strawberry dikawasan Tringkap dan beberapa lokasi lain. Tetapi ada tempat yang akan dikenakan bayaran untuk memasuki kawasan ladang tersebut.

2. Ladang Teh.




Selesai segala urusan di ladang sayur, aku membawa mereka ke ladang teh pula. tidak aku membawa mereka ke kilang kerana aku tidak pasti kilang tersebut dibuka atau tidak. Sebenarnya, ladang teh ini telah kami lalui semasa menuju ke ladang sayur tadi.

Aku berhenti di sini hanya memberi mereka peluang untuk mereka bergambar dan melihat sendiri bagaimana rupa pokok teh yang menjadi minuman kegemaran di kala petang.

3. Cactus Valley dan Big Red Strawberry Farm.




Selepas menuruni jalan ke Gunung Brincang, kami ke kawasan Pekan Brinchang. Seterusnya aku membawa mereka ke lokasi yang telah dinyatakan di atas. Lokasi ini adalah yang pertama kalinya aku pergi, dan sungguh berdebar juga kerana jalan untuk ke kawasan meletakkan kereta terlalu curam, Alhamdulillah kereta aku tidak mengalami masalah, tetapi aku melihat ada beberapa biji kerata yang berasap hitam akibat mendaki jalan tersebut.

Namanya sahaja telah menunjukkan dan dapat kita membayangkan apa yang ada di lokasi perlancongan ini, Sudah pasti bermacam jenis cactus yang di pamerkan dan dijual untuk kenang-kenangan. Di sini, masuk adalah percuma.

Akibat keletihan, kami tidak pergi ke semua tempat di kawasan ini, hanya berehat di cafe yang ada, dan menikmati produk yang dihasilkan dari buah strawberry sahaja. Apa yang boleh aku katakan "Memang sedap".

4. Pasar Malam.

Menjadi keutamaan untuk pergi ke pasar malam, kerana ingin membeli juadah makan malam. Aktiviti yang aku berikan pada waktu malam adalah bebas. Kerana aku juga ingin berehat kerana keletihan. Pada malam ini, aku bersama pemilik entry kau dan aku bersama adik lelaki aku berjalan seketika di pasar malam dan minum di kedai makan sahaja, sambil menikmati burger dan sejuk malam di Cameron Highland.



Sunday, February 6, 2011

Cameron Highland

Dalam kesibukan akibat banjir tersebut, pergi melancong pula aku ke Cameron Highland buat sekian kalinya. Tujuan aku mendaki semula ke kawasan tinggi ini, semata-mata ingin mebawa makcik aku berjalan. Aku berada di Cameron Highlan selama 3 hari 2 malam.





Kami bertolak dari Puchong, Selangor jam 7 pagi, dan tiba di Brinchang dalam pukul 12 tengah hari. Tiada yang istimewa bagi aku, kerana aku telah pun pergi beberapa kali di kawasan pelancongan ini.





Kami pergi menaiki tiga buah kereta dan penginap di Hotel Titiwangsa. Tapi yang pasti, aku dalam keadaan tidak sihat, demam kerana mengharung banjir dan hujan pada malam sebelum.

Hari pertama:

Setibanya di Cameron Highland, (Brinchang) kami terus pergi chek in hotel yang telah di booking sebelum kami menaiki kawasan tersebut. mereka meminta untuk berehat seketika untuk melepaskan lelah akibat perjalanan yang jauh.

Satu jam selepas, mereka mengajak aku berjalan,





1. Cactus Point.






Apa yang menarik, di sini kita boleh melihat bermacam jenis cactus yang dipamerkan dan dijual, dari semurah 4 pasu berharga 10 hingga beratus ringgit satu pasu. Di sini juga di jual bermacam jenis bunga, juga boleh dibeli, tetapi bagi aku, pokok bunga ini tidak sesuai diletakkan di kawasan rumah aku kerana suhu yang panas. Hanya pokok cactus yang aku beli pada tahun lepas sahaja yang bertahan dan membesar.

Tidak lupa juga, di sini ada dijual pelbagai cendramata yang boleh dibeli untuk simpanan peribadi dan mungkin untuk diberikan kepada rakan.


2. Rose Valley.

Lokasinya terletak di Tringkap, Cameron Hinghland. Aku difahamkan terdapat lebih kurang 450 jenis bunga rose yang ada di sini. Yang mempunya perbezaan dari segi warna, saiz dan harumannya. Memang puas juga aku menikmati keindahan bunga rose di sini.

Terdapat juga bunga yang lain di sini, seperti lily, gerbera dan bermacam lagi. Aku tidak pasti pula apa nama bunga yang selebihnya. Mungkin aku perlu study dulu jenis bungaan yang ada di sana.


3. Market.

Lokasi yang pasti akan singgah. Bermacam-macam perkara yang dijual di sini, sayuran, makanan, teh, kopi, cendramata dan pelbagai lagi barangan yang boleh dibeli. Sehingga rambang mata jadinya.






Ini sahaja lokasi pada hari pertama, kerana hari pun telah lewat, dan semakin gelap, kami menuju ke hotel untuk berehat, tetapi sebelum itu, kami singgah di pasar malam yang akan dibuka setiap hari pada hari cuti dan dibuka pada hari sabtu atau ahad pada hari biasa.

Aku akan sambung pada post yang akan datang tentang pengalaman aku bersama family aku semasa di Cameron Highland.

Yang pastinya, semasa aku menaip post ini, aku baharu tiba dari kuantan setelah seminggu berjalan. Terasa letih juga.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...