Wednesday, February 9, 2011

Cameron Highland III


Hari ke tiga aku berada di Zon Sejuk di Malaysia ini. Terasa semakin letih, kerana malam tadi sukar untuk aku melelapkan mata, dan terasa tidak selesa untuk tidur dan bermimpi indah. Tidurku pula sering terjaga.

Hari ini juga merupakan hari terakhir aku bercuti di kawasan tinggi ini. Terasa bahagia juga kerana dapt bertemu semula dengan haiwan peliharaan aku semua. Di hati hanya fikirkan bagaimana keadaan mereka, entah makan entah tidak.

Seperti biasa, memang terasa malas untuk aku bangun di pagi hari yang sejuk, lebih baik terus duduk diselungi selimut tebal. Nasib baik juga ramai ahli di dalam bilik hotel tersebut yang menunggu giliran untuk mandi, dapatlah aku memanjangkan masa tidur aku.




Hari ini, rancangan yang telah dijadualkan adalah, pergi semula ke pasar, atas permintaan makcik aku. oleh itu, kami pun terus menuju ke pasar setelah urusan check out selesai. Seperti sedia maklum, keadaan di Brinchang akan bertambah sesak tambahan pula hari cuti perayaan begini, di mana ibu bapa mengambil keputusan untuk membawa anak-anak mereka berjalan. Dan makcik aku membuat keputusan untuk membatalkan sahaja rancangan beliau.

Terus sahaja aku menuju ke Tanah Rata. Setibanya di Tanah Rata, aku terus menuju ke satu kedai makan untuk bersarapan, ada satu kedai yang membuat ro canai di situ, memang sedap. Hanya kedai itu menjadi pilihan aku untuk bersarapan pada hari terakhir.

Selesai bersarapan, kami terus menuju ke Mardi, kerana di situ terdapat pelbagai bunga dan tanaman yang dipamerkan. Dan terdapat juga barangan yang dijual sebagai cenderamata dan tumbuhan dan pokok bunga yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.




Itu sahaja lokasi pada hari terakhir, dan kami terus menuju ke bawah untuk pulang ke rumah. Bermacam kenangan yang aku telah dapat pada percutian pada kali ini. Memang menyeronokkan dan memang meletihkan. Adanya suka dan duka, perkara tersebut adalah perkara biasa, yang mungkin boleh dijadikan panduan pada masa akan datang, mungkin mengalami situasi yang serupa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...